Tuesday, October 15, 2019

Cervical Polyps / Polip Servik

Cervical polyps adalah ketumbuhan yang kecil, panjang dan ‘bertangkai’ pada pangkal rahem (cervix). Ia sangat rapuh, jadi ia mungkin mudah berdarah apabila disentuh. Sebab itu bagi wanita yang mempunyai polyp pada pangkal rahim akan mengadu mengalami pendarahan dalam faraj setelah melakukan hubungan intim bersama suami.

Polyps berbentuk seolah-olah bertangkai, selalunya melekat pada permukaan dalam di pangkal rahim, hujungnya (seolah-olah kepala) keluar dari rongga rahim ke dalam rongga faraj. Bilangan polyp boleh berganda. Tidak semestinya hanya satu, mungkin dua, tiga atau empat.



Selalunya wanita yang berusia 40-50an lebih mudah mengalami masalah ini, terutama mereka yang mempunyai anak lebih dari dua orang.

Pertumbuhan polyps dipengaruhi oleh hormone estrogen. Oleh itu ia tidak berlaku sebelum seorang wanita akhil baligh. Polyp biasa berlaku semasa kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan hormone estrogen pada masa itu.

Namun jangan risau kerana cervical polyps selalunya bersifat benign (ketumbuhan yang tidak bahaya). Jangkitan kuman human papilloma virus (HPV), juga boleh menyebabkan berlakunya polyps. Ramai wanita yang tidak menyedari mereka ada polyps kerana polyps selalunya tidak memberikan sebarang masalah.

Saya mencadangkan agar wanita yang mengalami masalah berikut untuk melakukan pemeriksaan doctor bagi membezakan pendarahan (dari faraj) adalah pendarahan yang tidak berbahaya dan bukan disebabkan oleh kanser pangkal rahim atau kanser rahim.

Antara masalah pendarahan yang mungkin berbahaya ialah :

1. Pendarahan setelah melakukan hubungan intim dengan suami

2. Pendarahan antara dua kitaran haid

3. Pendarahan melepas melakukan ‘douching’

4. Pendarahan selepas menopause

Bagi pendarahan yang disyaki disebabkan kanser (sama ada kanser pangkal rahem atau kanser rahim), doctor akan melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D