Tuesday, October 15, 2019

Cermin Kereta Kalis Air - Rain Repellent

Sekarang musim hujan. Setiap petang hujan turun, sampai setengah tempat naik air banjir kilat kat area Kuala Lumpur ni.

Abg nak kongsikan 1 benda yang boleh tolong pemandu-pemandu kereta yang redah hujan tiap hari.

Rain Repellent....



Rain repellent ni boleh dibeli dari kedai MR Diy. Ada macam-macam jenis brand. Yang brand dalam gambar ni hanya RM 6 sebotol, siap kepala spray. Yang brand lain, harganya lain, tanpa penutup spray.

Fungsi rain repellent ni, dia bantu aliran air kat cermin depan pemandu. Cermin depan akan jadi macam kalis air. Jadi bila dalam keadaan hujan, kalau tak on wiper pun masih boleh nampak jalan dengan jelas. Tengok gambar kat bawah abg snap hasil rain repellent;




Cara gunanya mudah je.

Spray-spray kat cermin depan, pastu lap dalam bentuk bulatan sampai kering. Siap. Untuk yang bukan jenis botol spray, kena tuang rain repellent tu atas kain lepas tu lap dalam bentuk bulatan sampai kering. Sebulan sekali lap kat cermin.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kempen Takafulink - Had Perlindungan Tanpa Pemeriksaan Kesihatan


Berita baik! Kempen Had Tanpa Pemeriksaan Kesihatan yang lebih tinggi bagi Takafulink adalah sehingga 9 Disember 2019

Jadi rebutlah peluang ini untuk meningkatkan jumlah perlindungan asas takaful tanpa perlu melalui pemeriksaan kesihatan !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cervical Polyps / Polip Servik

Cervical polyps adalah ketumbuhan yang kecil, panjang dan ‘bertangkai’ pada pangkal rahem (cervix). Ia sangat rapuh, jadi ia mungkin mudah berdarah apabila disentuh. Sebab itu bagi wanita yang mempunyai polyp pada pangkal rahim akan mengadu mengalami pendarahan dalam faraj setelah melakukan hubungan intim bersama suami.

Polyps berbentuk seolah-olah bertangkai, selalunya melekat pada permukaan dalam di pangkal rahim, hujungnya (seolah-olah kepala) keluar dari rongga rahim ke dalam rongga faraj. Bilangan polyp boleh berganda. Tidak semestinya hanya satu, mungkin dua, tiga atau empat.



Selalunya wanita yang berusia 40-50an lebih mudah mengalami masalah ini, terutama mereka yang mempunyai anak lebih dari dua orang.

Pertumbuhan polyps dipengaruhi oleh hormone estrogen. Oleh itu ia tidak berlaku sebelum seorang wanita akhil baligh. Polyp biasa berlaku semasa kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan hormone estrogen pada masa itu.

Namun jangan risau kerana cervical polyps selalunya bersifat benign (ketumbuhan yang tidak bahaya). Jangkitan kuman human papilloma virus (HPV), juga boleh menyebabkan berlakunya polyps. Ramai wanita yang tidak menyedari mereka ada polyps kerana polyps selalunya tidak memberikan sebarang masalah.

Saya mencadangkan agar wanita yang mengalami masalah berikut untuk melakukan pemeriksaan doctor bagi membezakan pendarahan (dari faraj) adalah pendarahan yang tidak berbahaya dan bukan disebabkan oleh kanser pangkal rahim atau kanser rahim.

Antara masalah pendarahan yang mungkin berbahaya ialah :

1. Pendarahan setelah melakukan hubungan intim dengan suami

2. Pendarahan antara dua kitaran haid

3. Pendarahan melepas melakukan ‘douching’

4. Pendarahan selepas menopause

Bagi pendarahan yang disyaki disebabkan kanser (sama ada kanser pangkal rahem atau kanser rahim), doctor akan melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 11, 2019

Ilmu Tampan Luka Berdarah, Henti Pendarahan Kecil

Mulanya abg simpan je benda ni. Tapi fikir balik, ilmu kalau simpan tak ke mana. So malam abg nak kongsi ilmu tampan darah bagi luka-luka kecik.

Ilmu ni abg dapat dari kawan (umur baya ayah abg dah). Waktu tu ada sorang member terkerat sikit jari dengan gunting. Darah banyak keluar. Sekali kawan abg ni datang tolong tampan darah member ni, berhenti terus darah kat jari. Bawak pergi hospital, kena 3-4 jahit kat jari.

Seminggu lepas kejadian, abg mintak ilmu dia, dan dia 'sedekah' ilmunya... 

Nak tampan darah luka;

1. Ambil ibu jari tangan kanan, lekapkan sekejap pada lelangit dalam mulut. Niat dan doa untuk berhentikan darah luka.

2. Keluarkan ibu jari dari mulut, ambil tisu/kain/daun, dengan ibu jari tadi lekapkan tisu/kain/daun pada tempat yang berdarah tu (waktu kejadian dulu kawan abg guna tembakau rokok), serentak baca " wal ya tala taf"



Dengan izin Allah, darah luka akan berhenti mengalir. Boleh pergi klinik/hospital untuk rawatan lanjut.

Ayat yang dibacakan adalah petikan kalimah di dalam surah Al-Kahfi, yang terjemahannya bermaksud; 

dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan besungguh-sungguh


Tulisan ayat ini di dalam Al-Quran, dicetak dengan warna merah.

Ada yang mengatakan, sejarah di sebalik perkataan ini dicetak merah adalah ketika Sayyidina Uthman bin Affan RA terbunuh, percikan darahnya mengenai mushaf Al-Quran tepat pada tulisan “وليتلطف”.

Maka kerana itu ia ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Sayyidina Uthman bin Affan RA. Tidak dapat dipastikan asal-usul dan kesahihan kisah ini.

Semoga dikurniakan manfaat berpanjangan untuk kawan abg yang kongsi ilmunya ini.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, October 7, 2019

Kesilapan Ibu Bapa Dalam Hal Pergigian Anak

Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun.

Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.

Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:

1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?

2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.



Kita ambil senario ini

-Senario 1-

Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?

-Senario 2-
Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.

Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan di bawah Bius Umum.

Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur.

Inilah namanya KARIES SUSU.



TIPS CEGAH KARIES SUSU.

1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.

2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.

3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.

4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!

5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.

Photo atas adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.

Ini adalah contoh Karies Susu.

Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa?

Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.

Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula?

Yes, I feel you. I understand you.😊

Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.

Saya kongsikan caranya:

Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini👇🏻

Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.

Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..

Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis-manis belaka.

Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.

Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;

”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)

Alhamdulillah
Semoga bermanfaat.
Azila Dentist
Klinik Pergigian Azila Bangi

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Info Kesihatan - Vertigo

Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Senawang Specialist - Bronchitis - RM 4,770

Anak demam, batuk, selesa.
Caj hospital Rm 4,770 untuk 3 hari 😅

Mujur ada medical takaful
Bulan-bulan hanya Rm 150 je

Punya la mahal kos kesihatan sekarang ni



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kartun Tajwid - Ikhfa' Hakiki & Hamzah Wasal

Ada orang share dalam group whatsapp, belajar tajwid dari karikatur kartun. Abg share dalam ni moga bermanfaat untuk orang yang membaca dan orang yang buat karikaturnya.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kartun Tajwid - Izhar Halqi, Idgham & Iqlab

Ada orang share dalam group whatsapp, belajar tajwid dari karikatur kartun. Abg share dalam ni moga bermanfaat untuk orang yang membaca dan orang yang buat karikaturnya.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kartun Tajwid - Mad Jais

Ada orang share dalam group whatsapp, belajar tajwid dari karikatur kartun. Abg share dalam ni moga bermanfaat untuk orang yang membaca dan orang yang buat karikaturnya.






About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kartun Tajwid - Mad Silah

Ada orang share dalam group whatsapp, belajar tajwid dari karikatur kartun. Abg share dalam ni moga bermanfaat untuk orang yang membaca dan orang yang buat karikaturnya.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kartun Tajwid - Mad Wajib Muttasil

Ada orang share dalam group whatsapp, belajar tajwid dari karikatur kartun. Abg share dalam ni moga bermanfaat untuk orang yang membaca dan orang yang buat karikaturnya.






About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Panel Hospital Zurich Takaful (Updated @ 3 Oktober 2019)

Kemaskini senarai Panel Hospital Zurich Takaful @ 3 Oktober

Hospital berikut telah dikeluarkan daripada senarai panel;

1) Pusat Perubatan Avisena (DEMC), Shah Alam
2) NSCMH Medical Centre,Seremban

Senarai hospital yang masih kekal menjadi panel adalah seperti di gambar ye.








About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 1, 2019

Notis Pra Luput @ Notis Kecukupan Dana

Assalamualaikum semua

Ada terima surat 'Notis Pra Luput @ Notis Kecukupan Dana' dari Zurich Takaful ?

Tenang semua...
Jangan panik, jangan gabra. Tenang-tenang saje 💁

Abg pun ada terima surat ni.
Jadi, dengan menggunakan contoh surat abg, 
mari abg jelaskan sama-sama.

Nota; 
Penjelasan ini hanya terpakai untuk klien yang ambil polisi dengan abg sahaja.
Yang ambil dengan ejen lain, sila rujuk ejen masing-masing kerana pelan anda tidak sama dengan apa yang abg bagi pada klien.

Okay...

First sekali, surat ini dikeluarkan kerana;

1) Pelasaran ilustrasi jualan oleh Bank Negara yang mengkehendaki caruman yang dibayar pelanggan hendaklah boleh bertahan sehingga tarikh matang sijil takaful ; 

atau

2) Sijil takaful anda berpotensi untuk luput dalam tempoh 12 bulan dengan mengandaikan tiada bayaran caruman dibuat dan sijil berjalan di atas nilai cash value (simpanan).




Dalam surat yang dihantar, dinyatakan 3 pilihan yang klien perlu buat;

1. Tambah caruman bulanan

Dengan penambahan caruman bulanan, dijangkakan sijil takaful akan dapat bertahan hingga akhir tarikh matang, sebagai contoh untuk klien abg selalunya abg letak tarikh matang pada umur 80 tahun.

Caj takaful sebenarnya akan meningkat apabila umur peserta takaful meningkat. Jadi dengan caruman sedia ada, kebanyakkan sijil takaful akan kekurangan dana cash value untuk menampung caj takaful yang semakin tinggi sedangkan klien masih membayar caruman yang rendah dari caj yang dikenakan.

Dengan caruman sedia ada, sijil takaful klien adalah dijangkakan hanya bertahan sekitar umur 64 tahun dan selepas itu akan lupus sekiranya klien tidak buat pelarasan caruman.

2. Bayar secara lump sum

Ini adalah pilihan yang mustahil bagi klien untuk buat bayaran lump sum perlindungan takaful untuk kekal perlindungan sehingga 80 tahun. 

Jadi abg memilih untuk tak mengulas pilihan ni.

3. Kurangkan jumlah perlindungan takaful

Dengan membuat pengurangan perlindungan takaful, caj takaful yang dibayar akan berkurang. Tapi manfaat yang bakal diterima, juga akan berkurang.




Apa nak pilih ???

Okay, untuk klien abg sekalian, TAK PAYAH buat apa-apa pilihan. Tak perlu reply surat tersebut.

Sebaliknya, TERUSKAN bayar caruman bulanan seperti biasa. Abg tahu coverage apa yang abg bagi pada klien-klien abg.

Sungguh pun dengan teruskan caruman seperti biasa, polisi hanya boleh bertahan setakat umur 64 tahun, tak bertahan sampai umur 80 tahun, itu nanti abg cerita lain. Masa panjang lagi untuk sampai umur 60 tahun. Tak guna rendahkan perlindungan takaful (pilihan 3), atau terseksa bayar caruman bulanan tinggi (pilihan 1) yang akhirnya klien tak mampu bayar dan polisi luput lebih awal lagi.


Abg nak tulis panjang lebar tapi abg takut tulisan abg ni akan disalah tafsir (pemahaman orang lain-lain) oleh klien lain yang ambil dengan ejen lain.

Jadi untuk klien abg, kalau nak info lanjut, roger abg kat whatsapp. Abg boleh jelaskan okay.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Polisi Dah Lapse (Luput) Tapi Nak Claim

Polisi takaful bila lapsed bukan masalah besar. Masih boleh hidupkan semula (reinstatement). Caranya adalah dengan bayar caruman tertunggak untuk hidupkan balik polisi tu. 

Polisi takaful yang dah lapse boleh dihidupkan semula. Dengan keadaan dan syarat berikut akan dikenakan;

  • Polisi akan kena tempoh bertenang (cooling off) selama 30 hari.
  • Apa-apa penyakit sedia ada dan sedang ada, ada kebarangkalian tidak akan cover lagi


Yang selalu jadi masalah ialah, ramai orang nak hidupkan semula polisi takaful waktu dah kena arah masuk hospital, waktu dah sah ada penyakit. Situasi yang macam ni KOMFEM takaful akan reject claim dan tolak permohonan hidupkan polisi. Maka kalau boleh, elakkan polisi daripada lapse.



Moga kita dilindungi.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus