Monday, June 3, 2019

Kalau Anak Lelaki Mengadu Sakit Bahagian Telur

Emak dan ayah, kalau anak lelaki mengadu sakit tiba-tiba bahagian telur, elak daripada ambil ringan complaint mereka.


Ada pemeriksaan ultrasound, bila diminta, kami memang boleh kata jatuh hukum wajib untuk buat tanpa tangguh. Tak kisah waktu yang mereka minta. 

Testicular torsion salah satunya.

Testicular torsion, saya pasarkan bahasa jadi testis/telur berputar. Hmm bolehlah faham kan?



Telur orang lelaki ini, dia tergantung dalam kantung oleh spermatic cord yang bersambung ke bahagian dalam abdomen.

Dalam spermatic cord ni, ada macam-macam struktur, termasuklah saluran darah keluar masuk ke testis.

Torsion of the testis ni jadi bila spermatic cord dan testis itu terputar/terpilin/twisted. Ini boleh sebabkan aliran darah ke bahagian testis terganggu.

Insiden torsion ni banyak jadi pada remaja lelaki. Tapi tak bermaksud tak boleh kena pada kumpulan umur yang lain.

Kenapa ia adalah sejenis emergency?

Sebab kalau torsion terjadi dan aliran darah ke testis terhenti terlalu lama, ada risiko untuk testis itu 'rosak' dan tak dapat nak diselamatkan.

Simptom biasa

1. Sakit pada bahagian skrotum secara tiba-tiba. Kebiasaannya belah kiri.

2. Skrotum bengkak

3. Posisi salah satu testis itu sama ada lebih tinggi dari asalnya, atau dalam keadaan melintang

4. Loya, muntah.

5. Kerap kencing


Biasanya kami di radiologi akan bantu diagnosis dengan buat ultrasound pada bahagian skrotum. 

Paling utama sekali adalah untuk menilai aliran darah ke testis, dan untuk cari tanda yang beri high suspicion of torsion pada spermatic cord.

Kalau positif torsion, satu-satunya cara untuk selamatkan telur itu adalah dengan pembedahan.


Tapi harus diingat, penyebab sakit pada bahagian telur itu bukanlah torsion semata. 

Yang penting, kalau anak-anak mengadu (atau sendiri yang alami), sila lah ke klinik berdekatan untuk diperiksa dengan teliti.

2 comments:

  1. apa punca benda ni berlaku..@
    macam mana nk elak kn benda ni terjadi...

    ReplyDelete
  2. Terjadi anak saya umur 13 thn.. Tiba2 ngadu sakit teramat sangat bahagian telur... Bawa g klinik terus emergency kecmasan naik ambulan.peelu segera bedah.. Dugaan di musim pkp..

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D