Monday, June 3, 2019

Cara Claim Elaun Harian Hospital

Anda ada ambil insurans yang ada manfaat elaun harian hospital ?


Cara claim elaun harian hospital (Zurich Takaful)



Document yang kami perlukan ialah:


1. Discharge Note/Nota Discaj
- Boleh guna yang original
- Tak ada original, boleh juga guna salinan yang diakui sah oleh hospital atau majian


2. Salinan IC pemilik polisi

3. Salinan buku/statement bank pemilik polisi

Ada yang tanya discharge note tu macamana rupanya?

Ni contoh discharge note. Biasanya hanya sehelai kertas. Akan diberi kepada anda bila anda telah dibenarkan balik oleh doktor.




Kadang-kadang ada hospital (terutama hospital kerajaan) yang tak bagi discharge note, maka anda kena mintak (sepatutnya benda ni tak payah mintak pun).

4. Dah lengkap dokumen 1 - 3, boleh serahkan kepada agent atau kalau buat sendiri, perlu isi borang tuntutan dan hantar ke pejabat insurans/takaful masing-masing.

Bila document lengkap, InsyaAllah proses claim elaun hospital ni akan berjalan dengan segera.. Macam Zurich, dalam 14 hari elaun wad akan masuk terus dalam akaun bank.

✌🏼😊

2 comments:

  1. Assalamualaikum nk tnya bleh ke claim insurans kemasukan wad (hospital kerajaan wlaupun sy pnjwat awam (maksud sy xde byr apa2 pun) ?. Terima Kasih

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D