Sunday, June 30, 2019

Manfaat Daun Gelenggang Untuk Kulit

Daun Gelenggang boleh merawat penyakit kulit dan masalah gatal-gatal kulit. Pokok daun gelenggang ni senang nak dapat kat kampung-kampung.





Macam mana nak guna daun gelenggang untuk rawat masalah kulit ?

Petua yang abg dengar dari kawan-kawan dan orang tua, tumbuk daun gelenggang dan sapu kat kulit yang bermasalah. Macam tu punya senang nak guna.

Kalau susah nak cari daun ni, jangan risau, pergi je kedai-kedai jamu, sekarang ada jual dalam bentuk sabun gelenggang. Cumanya tak pasti la sabun tu ori daun gelenggang atau chemical. Nak yang ori, cari daunnya dan tumbuk sendiri kat rumah.





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, June 28, 2019

Rawatan Traditisional Ayah Chik

Saya bukan nak promot dia. Tapi, dah ramai orang yang kena stroke, tak boleh jalan, selepas dia tepuk, Alhamdulillah sembuh dan dapat berjalan.

Yang sakit jantung pun sama. Asalnya jantung dah nak kena operate. Selepas dia gosok, Alhamdulillah, muka terus merah sebab darah dah berjalan dan dada dah tak sakit lagi.

Yang Kanser pula, selepas beberapa kali follow up dan mengikuti rawatan, sel-sel kanser didapati dah tak aktif dan mati. Syukur..

Kepada siapa2 yang ada sakit lain, seperti Leukimia, Buah Pinggang, Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout, Athma, Migrain.. Dan apa2 sahaja sakit yang dah bertahun tak sembuh, cuba lah berikhtiar jumpa dia.
Dia yang dimaksudkan ialah Ayah Chik

NO. 2, PERSIARAN WIRA JAYA BARAT 72, RAPAT SETIA BARU, 31350, IPOH PERAK
(Homestay Hj Khusairi)


Ayah Chik : 012 938 3776
Encik Salleh : 011 2061 5587
Cik Izzati : ‪014 666 7332‬


*Sebarkan kepada mereka yang memerlukan - saudara2 di PERAK, KEDAH, PERLIS, P.PINANG. Terima kasih. ** Duit dia x ambik.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tips Nak Beli Durian

Sekarang payah nak jumpa orang jual durian longgok. Semua pakai timbang la ni. Durian kampung pun cecah RM 10 - 12 sekilo. Sebiji pun dah boleh cecah sekilo. Tersalah pilih buah, hangus duit macam tu aje.

Jadi, pentingnya kita pilih buah durian yang betul-betul elok masa nak beli.

Jom tengok tips beli durian dari FAMA.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Peluang Infaq Fasiliti Kelas Mengaji Al-Quran

Ni guru belajar mengaji abg, verified dan trusted untuk buat infaq
Siapa-siapa yang ada nak buat saham akhirat, boleh infaq sama-sama dalam program ni

---------

Saya Ustaz Ahmad Saipuddin Saat, mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap kaedah belajar mengaji Abata.  Program mengaji dewasa secara tradisional seorang demi seorang.  

Selepas balik daripada umrah ramadan 2019 baru-baru ini, Saya terpanggil untuk bantu lebih ramai dewasa supaya boleh mengaji dengan bertajwid penuh dan melatih lebih ramai guru mahir mengajar. 

Bagi merealisasikan itu, saya baru sahaja menyewa sebuah lot kedai tingkat 2 di Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam berdekatan rumah saya dengan keluasan 1650sf untuk team bekerja dengan lebih berkesan.



Saya memerlukan infaq Lantai Vinyl, aircond, partition dan sedikit keperluan asas anggaran dalam RM20K.  Insya Allah kami pecahkan nilai tersebut kepada 400 lot dengan setiap satunya bernilai RM50.  Anda boleh infaq lebih daripada 1 lot.

Sila bank in ke:
Maybank
Ahmad Saipuddin Bin Saat
1621 0601 7591

Dan whatsapp ke 01111983325 jumlah lot yang diinfaqkan dan jumlah RMnya kepada Ofisabata01.  Semoga infaq sahabat semua menjadi saksi di akhirat kelak insya Allah.  


Terima kasih kepada anda semua.
Ustaz Ahmad Saipuddin
Kaedah Abata

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, June 10, 2019

Mana yang mesti didahulukan ?

Mana yang mesti didahulukan ?

Takaful Education untuk anak

atau

Takaful Income Replacement untuk bapa.


Jika mengikut keutamaan, Takaful Income Replacement untuk bapa perlu diambil terlebih dahulu.

Diikuti keutamaan kedua melindungi perubatan anak.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, June 3, 2019

Mengapa pentingnya Wasiat ?

Mengapa pentingnya Wasiat?

1) Memudahkan perlantikan Wasi / Pentadbir bagi menguruskan pembahagian Harta Pusaka simati.

2) Dapat mengenal atau menyenaraikan benefisiari atau waris-waris yang berhak dan berkepentingan.

3) Dapat menyenaraikan / mengenalpasti segala harta /aset simati samada dalam bentuk Harta Alih / Harta Tidak Alih semati dalam Malaysia atau luar bidangkuasa Malaysia.

4) Memudahkan waris-waris mengetahui segala hutang / liabiliti simati yang masih tertunggak.

5) Memudahkan pembahagian 1/3 dari aset simati kepada waris-waris.

6) Menyampaikan nasihat atau kata-kata terakhir kepada benefisiari / waris-waris.

7) Mengelakkan berlaku penindasan atau Pentadbir tidak berlaku jujur dan mengetepikan waris-waris yang lain.



Apa akan berlaku jika simati meninggal dunia TANPA WASIAT :

1) Perlu melalui proses yang panjang di JKPTG / Unit Pembahagian Pusaka Kecil (bagi harta di bawah nilaian RM2 Juta) atau Mahkamah Tinggi Malaya (bagi nilaian harta RM2 Juta dan ke atas) bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa Mentadbir.

2) Sukar untuk memgumpulkan / mengenal pasti Aset-aset dan liabiliti simati yang ada.

3) Setelah mendapat Geran Surat Kuasa Mentadbir dari Mahkamah Tinggi Malaya, Pentadbir perlu mendapatkan 2 orang Penjamin atau pengecualian dari Mahkamah.

4) Kebanjiran kes Harta Pusaka di JKPTG / Unit Pembahagian Pusaka Kecil sehingga menyebabkan waris-waris perlu menunggu tarikh pendengaran / perbicaraan yang lama.

5) Kos yang tinggi di Mahkamah Tinggi Malaya bagi mendapatkan Geran Surat Kuasa .

6) Kebarangkalian berlaku pertikaian antara waris untuk melantik Pentadbir atau pembahagian aset - aset. Terutamanya jika Simati mempunyai lebih dari seorang isteri.

* Jika terdapat kemunsykilan, sila dapatkan nasihat dari Peguam anda atau mereka yang pakar.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jangan Buat Main-Main

JANGAN BUAT MAIN-MAIN

Ok...saya nak share kisah kemalangan yang berlaku pada client saya ni.

Beliau seorang student IPT dalam perjalanan balik ke rumah, motosikal yang dinaikinya dihimpit oleh kereta lain dan menyebabkan dia terjatuh dan melambung terkena pembahagi jalan.

Driver kereta seorang perempuan india hanya turun check keretanya dan terus blah macam tu saja.

Apa jadi dengan client saya ni?


Tulang kakinya patah macam dalam gambar tu. Masuk hospital awam di bahagian kecemasan lebih kurang waktu maghrib sampai tengah malam masih di situ. Maybe que punya pasal.

Kaki dia bengkak dah sebab lama tunggu. Si ibu dah risau nak buat macam mana ni. Jumpa Dr tanya macamana? Dr kata dalam 2 minggu belum tentu dapat buat operasi kaki anaknya tu. Dr jelaskan lagi bahawa dalam tempoh tu anaknya boleh terkena jangkitan kuman dan membawa kepada lumpuh.

Tapi dengan tenang ibunya teringat bahawa anaknya tu ada medical card. Terus dia call saya tengah malam nak buat macamana. Jadi saya bagi cadangan untuk pindah ke hospital swasta Sungai Petani. Dalam keadaan ni client kita akan ikut cakap kita sebab dia pun dah blur nak buat keputusan. Ejen pun kena tau lah hospital mana yang ada pakar berkaitan tulang ni.

Selepas saya cadangkan hospital mana, malam tu juga ambulan dari hospital swasta Sungai Petani datang ambil client saya ni di hospital awam tu. Ingatan ya....kalau nak pindah dari hospital awam ke hospital swasta pihak hospital swasta akan contact bahagian kecemasan hospital awam dan mereka bersetuju untuk lepas dan terima. Jadi Dr di hospital swasta dah ready untuk ambik alih.

Esoknya selepas GL dari Mediexpress lulus, operasi pembedahan masukan besi pun di jalankan. Tak perlu tunggu berminggu minggu untuk buat kerja. Janji ada duit seketul lah kan.

Kos pembedahan ni memakan kos dalam RM35,000!


Dari mana nak dapat kos tu? Medical card kan ada, pihak takaful yang bayarkan kos tersebut 100%!. Final Guarantee tu menunjukan bayaran dah confirm dibayar. Kalau tak ada kad takaful macamana lah kan....maybe kena keluarkan simpanan berpuluh tahun untuk dihabiskan sekelip mata saja. Atau terpaksalah tunggu berminggu minggu untuk operate.

Di pihak client saya, dia sangat berterima kasih kerana pihak takaful membayar semua kos pembedahan.

Di pihak saya pula, merasakan sangat puas hati bila dapat bantu ringankan beban yang ditanggung oleh client saya tu. Saya bagitau client bahawa saya ni pemudah cara saja. Yang nak pastikan polisi tu terus hidup adalah dirinya sendiri.

Atas kesedaran yang tinggi lah client saya ni ambik 3 medical card untuk anaknya dan 1 untuk cucu kesayangan.

Nak timbulkan kesedaran ni lah yang susah. Kalau sedar dari awal ok lagi. Jika dah kena baru nak sedar, dah terlambat. Semoga kisah ini jadi pengajaran kepada kita semua untuk buat persediaan awal sebelum ditimpa musibah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Claim Elaun Harian Hospital

Anda ada ambil insurans yang ada manfaat elaun harian hospital ?


Cara claim elaun harian hospital (Zurich Takaful)



Document yang kami perlukan ialah:


1. Discharge Note/Nota Discaj
- Boleh guna yang original
- Tak ada original, boleh juga guna salinan yang diakui sah oleh hospital atau majian


2. Salinan IC pemilik polisi

3. Salinan buku/statement bank pemilik polisi

Ada yang tanya discharge note tu macamana rupanya?

Ni contoh discharge note. Biasanya hanya sehelai kertas. Akan diberi kepada anda bila anda telah dibenarkan balik oleh doktor.




Kadang-kadang ada hospital (terutama hospital kerajaan) yang tak bagi discharge note, maka anda kena mintak (sepatutnya benda ni tak payah mintak pun).

4. Dah lengkap dokumen 1 - 3, boleh serahkan kepada agent atau kalau buat sendiri, perlu isi borang tuntutan dan hantar ke pejabat insurans/takaful masing-masing.

Bila document lengkap, InsyaAllah proses claim elaun hospital ni akan berjalan dengan segera.. Macam Zurich, dalam 14 hari elaun wad akan masuk terus dalam akaun bank.

✌🏼😊

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Taktik Scammer Bawak Lari HP Agent Insurans

Saya Mangsa Yang Ke Empat Yang Kena Curi HP

Mangsa Pertama
Agent Insurance Tokyo Marine

Manga Kedua
Agent Insurance Zurich

Mangsa Ketiga
Tidak Di Kenal Pasti

Mangsa Ke Empat
Agent Insurance Great Eastern

Modus Operandis
Search Maklumat Agent Insurance Di Facebook
Dapat HP Number
Buat Appointment Nak Beli Insurances

Masa Appointment
Hp nak habis battery
Akak dia on the way pon nak beli insurance
So nak pinjam hp kita untuk call back kakak dia..
Kemudian kita leka terus dia hilang....

Pencuri
Lelaki Berbangsa India
Umur 25
Bermisai dan berjangut sedikit
Berat Badan Anggaran 55-60 Kg
Tinggi Anggaran 5 Kaki 4 inch
Tempat Lokasi MCD Taman Tasek Skudai

Mintak kawan2 Share

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kalau Anak Lelaki Mengadu Sakit Bahagian Telur

Emak dan ayah, kalau anak lelaki mengadu sakit tiba-tiba bahagian telur, elak daripada ambil ringan complaint mereka.


Ada pemeriksaan ultrasound, bila diminta, kami memang boleh kata jatuh hukum wajib untuk buat tanpa tangguh. Tak kisah waktu yang mereka minta. 

Testicular torsion salah satunya.

Testicular torsion, saya pasarkan bahasa jadi testis/telur berputar. Hmm bolehlah faham kan?



Telur orang lelaki ini, dia tergantung dalam kantung oleh spermatic cord yang bersambung ke bahagian dalam abdomen.

Dalam spermatic cord ni, ada macam-macam struktur, termasuklah saluran darah keluar masuk ke testis.

Torsion of the testis ni jadi bila spermatic cord dan testis itu terputar/terpilin/twisted. Ini boleh sebabkan aliran darah ke bahagian testis terganggu.

Insiden torsion ni banyak jadi pada remaja lelaki. Tapi tak bermaksud tak boleh kena pada kumpulan umur yang lain.

Kenapa ia adalah sejenis emergency?

Sebab kalau torsion terjadi dan aliran darah ke testis terhenti terlalu lama, ada risiko untuk testis itu 'rosak' dan tak dapat nak diselamatkan.

Simptom biasa

1. Sakit pada bahagian skrotum secara tiba-tiba. Kebiasaannya belah kiri.

2. Skrotum bengkak

3. Posisi salah satu testis itu sama ada lebih tinggi dari asalnya, atau dalam keadaan melintang

4. Loya, muntah.

5. Kerap kencing


Biasanya kami di radiologi akan bantu diagnosis dengan buat ultrasound pada bahagian skrotum. 

Paling utama sekali adalah untuk menilai aliran darah ke testis, dan untuk cari tanda yang beri high suspicion of torsion pada spermatic cord.

Kalau positif torsion, satu-satunya cara untuk selamatkan telur itu adalah dengan pembedahan.


Tapi harus diingat, penyebab sakit pada bahagian telur itu bukanlah torsion semata. 

Yang penting, kalau anak-anak mengadu (atau sendiri yang alami), sila lah ke klinik berdekatan untuk diperiksa dengan teliti.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus