Sunday, May 5, 2019

Panduan Declare Cukai LHDN Untuk Agent Takaful

Baru ni Zurich buat taklimat pengikraran cukai LHDN. Penceramah yang dijemput adalah pegawai dari LHDN KL, Encik Irwan. 

Maka abg kongsi sikit pasal taklimat LHDN tempoh hari. Boleh guna untuk panduan agent-agent takaful ya.



Tarikh akhir submit eFiling adalah pada 30 Jun 2019.

Isi borang B : Perolehan pendapatan perniagaan.

Kod perniagaan: 66222 (perniagaan agent takaful)


Perbelanjaan perniagaan yang boleh ditolak mestilah disokong dengan resit. Contoh:
- beli gift untuk klien
- postage cost kepada klien
- minyak tak boleh claim full (kena apportion yang munasabah berapa % untuk jumpa klien)
- zakat 100% boleh tolak



========
Selama ni tak pernah declare LHDN ?

Nak tau sama ada sebenarnya anda dalam watch list LHDN ?

Semak no IC di

Jika nombor cukai dah wujud, sebenarnya tunggu masa LHDN panggil menghadap.

Jadi sebelum dipanggil menghadap, boleh buat siap-siap SVDP (Pelaporan Cukai Secara Sukarela). Penalti 15% sahaja.

Berbanding dipanggil menghadap, penalti 80%-300%.

=======
Sekian.

Laporlah cukai masing-masing 😅

1 comment:

  1. perbelanjaan perniagaan tu dlm kos operasi ke?

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D