Monday, April 22, 2019

Taubat Banduan Akhir

Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.


-Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".

-Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

-Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

-Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.

-Nama biliknya "Sel akhir".

-Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

-Waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

-Ianya mesti prosedurnya begitu.

-Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman.

-Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

-Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.

-Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.

-Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali.

-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

-Sentiasa membaca Al-Quran.

-Bila ustaz Agama yang pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".

-Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.

-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Banyak mengadu pd Allah SWT.

-Kenapa? 

-Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

-Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung.

-Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.

-Manusia yang tahu ajalnya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan.

-Sebab itu diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

-Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.

-Tapi Allah swt merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.

-Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.

-Sebab dia tau untuk bertaubat bila.

-Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

-Majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.

-Tak tau bila nak mati.

-Maka baduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah.

"Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!".

-Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia.

-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM 7.50

-Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.

-Tuan-tuan banduan akhir nak order apa?

-Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.

-Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur.

-Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

-maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

-Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

-Itu Rahsia Allah.

-Ya benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dgn ahli keluarganya.

-Tuan-tuan bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.

-Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??

-Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam?

-Tak ada apa yang boleh dipesan diketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

"Maafkan ayah...Maafkan ayah".

-Bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.

-Nak kemaafan sahaja disaat-saat akhir ini.

-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dgn Allah SWT.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D