Thursday, February 28, 2019

Kalau Hidung Anda Berdarah...

Kalau Hidung Anda Berdarah...

Kejadian seperti ini bukanlah jarang untuk kita temui. Di mana-mana boleh berlaku. Sama ada kepada anak kita sendiri, anak murid di sekolah atau sesiapa sahaja.



Nak buat macam mana? Dongakkan kepala supaya darah berhenti? Atau masukkan daun sireh untuk hentikan pendarahan?

Nasihat saya, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya

Ikut 10 langkah di bawah :

1. Bertenang. 
Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.

2. Tunduk. 
Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.

3. Picit bahagian luar hidung anda. 
Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.

4. Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.

5. Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

6. Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.

7. Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.

8. Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.

9. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.

10. Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung. Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian. Jangan lupa kongsi kepada orang yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

Doktor telinga, hidung & tekak

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, February 18, 2019

Rider Takaful Zurich Tetap Berkuatkuasa Setelah Bayaran Asas Dibayar

MANFAAT TAMBAHAN TETAP BERKUATKUASA DIBENARKAN SELEPAS HUKK ATAU PENYAKIT KRITIKAL (SELEPAS JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS DIBAYAR SEPENUHNYA)




Berita Baik!

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan penambahan siri Takafulink (MTL1, MTL2 dan MTL3) dengan penyambungan perlindungan manfaat-manfaat tambahan walaupun selepas bayaran penuh Jumlah Perlindungan Asas akibat tuntutan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) atau bayaran tuntutan penyakit kritikal yang mengurangkan jumlah perlindungan asas. 

Oleh itu, anda masih dapat menikmati perlindungan manfaat tambahan seperti Perubatan, Penyakit Kritikal dan Kemalangan Individu selepas tuntutan HUKK atau penyakit kritikal!

Pada masa hadapan, sekiranya Jumlah Perlindungan Asas dibayar sepenuh akibat tuntutan HUKK atau penyakit kritikal, peserta mempunyai pilihan berikut:

 Pilihan 1 (Pilihan tetap)

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas sahaja.

o Mengekalkan Akaun Pelaburan Peserta (APP) (aktiviti berkaitan dengan akaun pelaburan seperti pengeluaran, tambah nilai (top-up), pertukaran dana dan sebagainya adalah dibenarkan).

Nota:

o Manfaat Tambahan yang dilampirkan akan dikekalkan dan berkuatkuasa. Tabarru Manfaat Tambahan akan terus dikenakan. Peserta mempunyai pilihan untuk menamatkan Manfaat Tambahan atau mengurangkan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan. Walau bagaimanapun, peningkatan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan atau sebarang aktiviti naik taraf kepada Manfaat Tambahan adalah tidak dibenarkan.

 Pilihan 2

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas DAN

o Menyerahkan Akaun Pelaburan Peserta (APP).

Nota:

o Sijil Asas dengan semua lampiran manfaat tambahan akan ditamatkan.

o Pilihan ini akan dikuatkuasa sekiranya sijil asas dilampirkan dengan manfaat tambahan Pengecualian Caruman sahaja.

Penambahan ini merangkumi semua Sijil bagi siri Takafulink (termasuk Sijil yang berkuatkuasa dan yang baru) dan akan berlangsung dengan serta-merta.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Baucar Petrol Bernilai RM 30 - Zurich : MasterCard

MASTERCARD SPEND & WIN e-PAYMENT CAMPAIGN

Baucar Petrol RM 30 untuk dibawa pulang !



SYARAT-SYARAT KEMPEN:

1) Tempoh kempen: 01 Januari - 29 Mac 2019

2) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia yang telah membeli polisi-polisi baru dengan Zurich dengan bayaran caruman pertama dan seterusnya untuk tahun pertama yang berjaya menggunakan MasterCard sepanjang tempoh kempen.

3) Cara menyertai untuk pelanggan:

Langkah 1: 
Log masuk ke laman web korporat Zurich di: www.zurich.com.my

Langkah 2:

Menjawab 2 soalan mudah dan berkongsi dengan kami menggunakan cara yang paling kreatif mengapa Zurich adalah pilihan utama anda untuk keperluan insurans atau takaful anda (dalam tidak lebih daripada 20 patah perkataan) kemudian menghantar masuk penyertaan anda.

4) Terbuka kepada 12,000 transaksi pertama yang berjaya (untuk bayaran caruman pertama dan seterusnya untuk tahun pertama menggunakan MasterCard) dalam tempoh kempen yang dinyatakan di atas.

5) Kes-kes agen sendiri akan dikecualikan daripada kempen ini.

6) Pelanggan akan layak memenangi baucer petrol bernilai RM30 untuk setiap transaksi yang berjaya
dan juga berpeluang memenangi satu iPad di mana 10 iPads akan diperuntukkan untuk setiap 3,000 transaksi yang berjaya.

Sebagai contoh, pelanggan A membeli 2 polisi dengan Zurich dan mendaftar auto deduction melalui MasterCard untuk membayar caruman pertama dan seterusnya untuk tahun pertama. 

Selepas transaksi berjaya, pelanggan A akan memenangi 2 baucer petrol bernilai RM30. Manakala agen bagi pelanggan A, akan memenangi 2 baucer petrol bernilai RM20.

7) Pelanggan dibenarkan untuk menghantar masuk lebih daripada satu penyertaan (satu penyertaan untuk setiap transaksi yang berjaya menggunakan MasterCard) untuk mendapatkan baucer petrol.

Untuk iPad, pelanggan hanya boleh memenangi maksimum satu iPad setiap orang (per NRIC/pemohon) tanpa mengira bilangan penyertaan yang hantar masuk. 

Pemenang iPad akan ditentukan oleh panel pengadil berdasarkan jawapan yang betul bagi 2 soalan mudah dan keaslian dan kreativiti slogan mereka dalam Bahasa Inggeris sahaja.

8) Pihak syarikat berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah/tunai lain sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, February 10, 2019

Maksud Diagnosis Tulisan Doktor

Bukan sebarang cakar ayam, setiap tulisan mempunyai diagnosis tersendiri




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Zurich My 2nd Income

Gila punya bisnes mcmni..
Gila lahhhh.. Untung gila skim utk agen baru..

Setakat nak buat PART TIME side income RM1,000-5,000 sebulan tu, boleh dikatakan 'MACAM' HAMPIR DIJAMIN dapat la.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
.
Bulan-bulan kereta yang kau rasa serik sangat nak bayar tu, meh Zurich tolong bayarkan.. Siap bagi duit extra lagi..

Dah la nak JOIN FREE JE! Memang nak tabur duit gitu je. Gila kalau xnak grab peluang πŸ˜…πŸ˜‚

Untung gila beb siapa join untuk Intake January-March 2019 ni..

`THE BIG BEGINNING 2019`



πŸ’™ New Sales Talent 2019 - "Zurich My 2nd Income"

πŸ“ RM 600 Cash Reward πŸ’° utk 3 client setiap bulan
πŸ“ RM 400 Cash Reward πŸ’° utk 2 client setiap bulan
πŸ“ RM 100 Cash Reward πŸ’° utk 1 client setiap bulan
πŸ“ Semua product diambil kira
πŸ“Minimum Saiz Polisi RM 100 sebulan

Sebagai contoh...
3 orang client bayar = RM100x3=RM300
Commission = RM90
Cash Reward = RM600
Comision + Cash reward = RM690 <<<<< GAJI ANDA sekali kerja 30 minit!

Berniaga apa macamni?? haha
Customers beli barang anda = RM300
Untung anda = RM690 (230% !!!)

Ada pulak yg tanya,
"Senang ke nak dpt 3 jualan??
'Beb, average group saya utk agen baru, bulan pertama sekitar 10 kes!! Setakat nak dapat 3 kes tu, kacang goreng je!"

Ada teknik yg saya akan ajar & monitor closely nanti..
.
ZERO COST ⭕
ZERO RISK ⭕
MULTIPLE PROFIT⚡⚡⚡⚡

Pm saya untuk interview.. Tempat terhad..
Road to financial freedom..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cuti Peristiwa Secara Mengejut Bukan Suatu Yang Mengembirakan

Malaysia menang bola, esok umum cuti !


Ha, cuti peristiwa yang umum secara mengejut, bukanlah sesuatu yang mengembirakan semua orang. Memang kebanyakkan kita seronok bila declare cuti, tapi ada setengah pihak akan menghadapi kesulitan bila berlaku cuti-cuti peristiwa secara mengejut.

Cuti peristiwa sempena kejuaraan Piala Malaysia contohnya.

Kesannya, habis appoinment pesakit dengan doktor pakar terpaksa ditunda.

Penantian berbulan-bulan, kadang-kadang 6 bulan. Alih-alih hari ini cuti pulak. Jenuh la nak tunggu next slot, entah bila nak dapat.

Begitu juga dengan pejabat tanah, biacara kuasa yang ditunggu setelah hampir setahun, waris-waris dah ambil cuti, tup-tup ditunda, cuti burn macam tu sahaja. Nak reschedule balik, bukan senang. Waris duduk diluar daerah sekadar bercuti sahajalah di kampung halaman.

Saya pernah merasa kedua-dua situasi diatas. So saya tahu kesannya kepada yang terlibat. Yang tak terlibat, memang tak kisah.

Saya pun tak faham, apa signifikannya bola dengan cuti untuk golongan rakyat jelata.

Negara kita ni cukup banyak cuti berbanding dengan mana-mana negara lain di planet bumi.

Bila nak maju macam ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, February 9, 2019

Kenapa Great Eastern Berani Sumbang 2 Bilion Untuk Skim B40 ?

Post ini dipetik dari Najib Razak. Something for us to ponder.

Kenapa Great Eastern Berani Sumbang 2 Bilion Untuk Skim B40 ?

-----

Maka hari ini, terbuktilah apa yang saya katakan dua minggu lalu.

Pada masa itu, ada juga komen-komen berikan reaksi kononnya saya hanya mengesyaki sahaja dan menyeru saya tidak buat andaian tidak berasas.

Hari ini, apabila ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan saya, Lim Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa dia telah membenarkan syarikat insurans Singapura yang besar untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara.

Sekaligus, dia telah membenarkan syarikat-syarikat asing untuk terus menguasai pasaran tempatan.

Satu langkah yang dangkal sebenarnya.



Syarikat-syarikat insurans asing amat besar. Ini memberi kesan kepada daya saing syarikat-syarikat Takaful dan insurans tempatan yang jauh lebih kecil.

Pada tahun 2016, syarikat-syarikat insuran asing menguasai 81.7% dari industri insurans nyawa Malaysia.

Pada tahun 2017, BNM di bawah kerajaan BN memberi amaran terakhir kepada syarikat-syarikat asing untuk melepaskan sekurang-kurangnya 30% kepentingan saham di dalam operasi tempatan mereka kepada syarikat tempatan.

Langkah ini diambil untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat Malaysia dan mengurangkan dominasi syarikat asing di dalam industri tempatan yang merupakan satu risiko.

Setakat ini, Great Eastern Singapura yang dimilik oleh Bank Singapura masih memiliki 100% saham di dalam operasi mereka di Malaysia yang menjana keuntungan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dari kita.

Kita tidak pasti jika pelepasan yang diberi kepada Great Eastern ini ialah untuk selama-lamanya ataupun untuk tempoh tertentu kerana ini tidak diumumkan atau didedahkan oleh Guan Eng.

Syarikat mana yang mengendallikan Skim Perlindungan Nasional B40 ini pun kita tidak tahu. Ia masih lagi menjadi satu rahsia besar kepada kerajaan PH.

Tidak mustahil ia adalah syarikat insurans asing juga.

Tetapi langkah ini sudah tentu menggadaikan masa depan industri dan pasaran insuran syarikat-syarikat Takaful dan insuran negara dan kita akan terus didominasi oleh syarikat-syarikat asing yang besar.

Ini merupakan sebab utama syarikat insurans dan Takaful tempatan tidak dapat meneroka pasaran serantau seperti syarikat-syarikat dari Singapura dan negara lain kerana pasaran negara sendiri pun kita tidak berpeluang untuk kuasai ekoran polisi kerajaan PH ini.

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, mereka akan dituduh malas berusaha.

Simpanan nyawa rakyat Malaysia akan tetap di dalam tangan asing.

-------

Saya pernah membuat pendedahan bahawa kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion untuk Skim Insurans B40.

Pada masa itu, saya pernah tanya syarikat insurans mana yang akan mengendallikan Skim yang kini diberi nama MySalam itu.

Rupa-rupanya, Great Eastern adalah syarikat itu.

Ini bermakna Kerajaan PH mengunakan RM2 bilion yang diterima dari Great Eastern untuk membayar kepada Great Eastern.

Sekaligus, Great Eastern mendapat 3.7 juta pelanggan baru dan menguatkan lagi penguasaan mereka di dalam sektor industri tempatan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Mana Agent Takaful Saya ?


MANA AGEN TAKAFUL SAYA?

Macam ni lah kalau anda ambil TAKAFUL dengan BANK atau TELEMARKETER.

Berbesi-besi macam Robocop datang buat claim sendiri.



Kalau ade agen kacak macam abang, semua abang uruskan A to Z. Serah dokumen yang diperlukan, tunggu duit takaful kredit masuk akaun bank aja.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kesihatan Adalah Satu Perniagaan

Kesihatan adalah satu perniagaan.

Contohnya, sakit kanser.

Memang boleh dirawat. 

Tapi nak kena ada cash atau insurans. 
Tak ada dua benda ni, maka takda pilihan lain melainkan ikut aja jadual hospital mana yang ada. No demand-demand.

Ada 2 hospital kat Malaysia yang ada treatment kanser guna robot Cyberknife:

1 kat Beacon Hospital PJ. 
1 lagi kat Sunway Hospital.

Oleh kerana kesihatan telah jadi perniagaan, apa yang anda perlu buat ialah INVEST dalam kesihatan anda.

Macam mana caranya ialah dengan cara sign up insurans/takaful kesihatan dan Takaful Penyakit Kritikal yang berikan anda pampasan CASH SEDEBUK.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

DIY Harta Pusaka

Nak settlekan Harta Pusaka Secara DIY ? 
Nah saya share tips step stepnya :


1. Waris-waris perlu berkumpul dan melantik seorang pentadbir. Pelantikan pentadbir hendaklah secara bertulis, disahkan dan dipersetujui semua waris.

2. Kumpul maklumat berkenaan semua harta yang ditinggalkan. Oleh kerana si mati tidak membuat wasiat, kemungkinan dokumen-dokumen berkaitan hartanya juga tidak disimpan dengan baik. Maka, pentadbir perlu mendapatkan semua dokumen tersebut.

3. Kumpul maklumat berkenaan semua waris. Semua waris perlu dikenalpasti dan dijejaki. Jika waris telah mati, dapatkan sijil kematian. Bagi waris yang hilang, perlu mendapatkan Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi.



4. Buat penilaian ke atas harta pusaka. Nilai harta akan menentukan ke mana tempat untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA). LA boleh dimohon di:


– Mahkamah Tinggi – Harta alih dan tak alih melebihi RM 2 juta / Harta alih sahaja melebihi RM 600,000
– Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan tak alih bersamaan atau kurang RM 2 juta
– Amanah Raya Berhad – Harta alih sahaja bersamaan atau kurang RM 600,000

5. Bagi orang Islam, perlu memohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Sijil Faraid mengandungi maklumat berkenaan nilai harta pusaka, nama waris-waris yang berhak dan kadar bahagian setiap waris. Sijil Faraid memastikan tiada kezaliman dan keciciran ke atas setiap waris yang berhak.

6. Selepas mendapatkan Sijil Faraid, perlu memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA) di mana-mana institusi bergantung kepada nilai harta pusaka. Jika melibatkan Mahkamah Tinggi, dua orang penjamin yang memenuhi syarat tertentu dan peguam diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

7. Selepas mendapatkan LA, barulah pemegang LA boleh mencairkan harta pusaka, membayar hutang si mati dan membahagikan kepada waris-waris mengikut kadar yang ditentukan. Pemegang LA juga boleh melakukan permohonan pindahmilik di semua institusi yang berkaitan.


Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat memang satu proses yang panjang dan memakan masa, boleh menjangkau sehingga 3 ke 5 tahun.

Proses yang panjang ini juga boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi.


Lebih parah lagi jika ada masalah-masalah seperti yang berikut:


– Waris tidak sepakat untuk melantik pentadbir/dalam pembahagian harta
– Waris hilang tidak dapat dijejaki
– Dokumen-dokumen tidak lengkap
– Waris tidak punyai masa/sibuk untuk menguruskan proses tuntutan
– Waris tidak tahu cara/proses membuat tuntutan harta pusaka
– Terdapat tuntutan daripada pihak lain

Sebab itulah pentingnya WASIAT disediakan semasa hidup, supaya proses tuntutan yang panjang ini tidak dilalui dan masalah-masalah lain tidak timbul.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Andai Dapat Tengok Kehidupan Keluarga Lepas Meninggal

Bayangkan..

Abang mati. Maka terputuslah semua hubungan di atas dunia. Semua urusan selesai. Memang begitulah semua orang anggap.

Tiba-tiba hijab dibuka. Abang boleh nampak anak isteri atas bumi. Sangka abang, diorang baik-baik saja. Yelah, walau abang tak tinggal banyak harta, tapi keluarga ramai. Dah tentu nasib mereka terbela. Kawan sekolah pun ramai, dulu masa sekolah abang famous, friendly.

Rupanya jauh panggang dari api.

Keluarga abang memang baik-baik. Tapi mereka pun orang biasa-biasa. Mereka dah bantu. 2-3 bulan je mereka boleh hulur, selebihnya mereka terpaksa pejam mata.

Kawan sekolah pula. Pun sama saja. Emoji sedih mesti dibagi setiap kali terbaca posting kesusahan keluarga abang di FB. Bukan tak ada yang bantu, ada. Tapi bermusim. Bukan kedekut bang, ekonomi tengah teruk katanya. Memang nafkah keluarga mereka priority.


Abang tak boleh salahkan sesiapa. Abang ingat lagi masa Agent Takaful tu jumpa abang? Abang janji nak sign up. Tapi bila balik abang dahulukan vacation abang, dulu kan makan sedap abang. Abang kata nanti la tunggu bajet ok.

Maka tinggallah anak isteri. Isteri kena kerja double triple. Anak abang 4 orang, kecil-kecil lagi. Saving yang ada makin menipis. Isteri abang yang cantik dulu makin cengkung. sian bang.

Abang-abang yang baca ni, ini kisah abang X yang dah tak boleh buat apa dah. Abang-abang yang baca ni, masih hidup, sebab tu boleh baca. Contact lah Kak tie tu. Dengar kata susunan IR dia power, bayar rendah pun boleh push coverage tinggi. 

Contact dia ASAP sementara masih atas dunia ni. Kita tak boleh merangkak keluar dari kubur. 

Jangan dah di alam kubur nanti abang jumpa dia pulak. Seram dia, penakut juga dia tu. πŸ˜…πŸ˜…

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Income Protection Amat Penting

5,000 gaji dia

1,100 bayar Keta Honda Civic baki 3900
700 bayar Rumah baki 3200
200 bayar Bil Letrik dan Air baki 3000
500 duit makan sebulan, baki 2500
300 duit minyak keta, baki 2200
200 bayar duit ptptn, baki 2000
300 bayar ngasuh anak, baki 1700
300 beli susu dan pampers,baki 1400
300 nafkah isteri, baki 1100
100 bil telefon, baki 1000

Yeayy...balance boleh simpan..
Simpan sebulan, dua bulan, tiga tahun.. 
36,000 dah...

Kemalangan. Hilang upaya.
5,000 gaji dia dah hilang...sebab kerja dah tak dak.
36,000 ja tinggal utk sara hidup keluarga.

SOLUTION
Andai simpan di TAKAFUL RM350. Berlaku hilang upaya, kematian, sakit kritikal atau diwadkan sebulan tanpa gaji. TAKAFUL akan bagi RM5,000 setiap bulan....


Walau apapun berlaku, apa yang perlu dibayar, terbayar...

Sakit, mati hanya sekali. Be wise.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Medical Card Annual Limit RM 50,000 Tak Cukup !

When we ILL, we need some PILLS, but there is always an expensive BILL.

Annual limit RM50,000, tapi bil terkena SLIPDISK aje bil dah cecah RM41,708.

Customer dah pening fikir follow-up fisioterapi setiap minggu for next 6 bulan.

Sangat PENTING untuk AUDIT/REVIEW/REVISE plan yang kita ambil setiap 3@5 tahun sekali.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, February 8, 2019

Jom Kita Bantu Sama

SEMOGA ADA YANG DAPAT MEMBANTU

Assalamualaikum....

Saya ibu kepada muhammad hafiz amin bin abdul rasyid yang menghidap sakit jantung complex

1 pulmonary atresia with interventricular septum asd,pfo

2 hyperactive airway disease

Dan telah menjalani beberapa kali pembedahan dan rawatan seperti dibawah
  • S/p bt shunt on 8/10/2014 
  • S/p cardiac revision of bt shunt on 21/10/2014 
  • S/p cardiac catheterisation on 2/11/2017 
  • Ctpa done 28/11/2017 occluded right bt shunt 
  • S/p cardiac catheterisation on 6/12/2018 
Dan memelukan susu khas pediasure vanilla yg disaran oleh pakar pemakanan




Sehubungan dengan itu saya ingin memohon sumbangan dari mana mana pihak untuk membantu keperluan khas seperti susu. Kos perjalanan ulang alik seperti tol minyak tempat tingal untuk rawatan yg akan datang pada 26/2/2019 di Hospital Pulau Pinang dari Perlis dan 11/3/2019 ke Hospital Serdang. 

Saya amat memerlukan sumbangan dari semua pihak untuk meneruskan rawatan anakanda saya.

Dengan itu saya merendah hati mengucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi membantu dengan seikhlas hati pada anakanda hafiz anak syurga saya.

114049594468 MAYBANK

WhatsApp 0165702858

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kenapa Kena Tambah Pelan Kemalangan ?

Ramai yang pm tepi tanya pasal kelebihan plan KEMALANGAN komprehensif yang banyak saya propose pada pelanggan saya.

Mudah je, semua orang tak kira jantina lelaki atau perempuan terdedah pada risiko KEMALANGAN. Pelan ini adalah pelan tambahan kepada plan takaful Income Replacement yang menggantikan pendapatan tiap tiap tahun jika ditimpa musibah.



KEMALANGAN nie bukan sahaja boleh berlaku kat jalanraya sahaja, ia juga boleh berlaku di rumah, tempat kerja atau di mana mana sahaja. Pelan ini memberi kelebihan pampasan untuk lindungi kebajikan anda sewaktu hidup. Ia bukan untuk mencegah daripada musibah ini terjadi, tetapi it serves as a BACK UP plan untuk support hidup anda.

  • PERTAMA
Satu yang saya suka mengenai plan ini adalah anda boleh buat claim jika anda MC akibat kemalangan walaupun tak masuk wad rawatan hospital. So, anda boleh dapat duit poket sambil cuti sakit.

Polisi takaful yang lain tak bagi sebarang pampasan jika MC sahaja.

  • KEDUA
Pelan ini juga bayar pampasan jika kepatahan tulang atau melecur teruk akibat kemalangan sehingga RM 50,000 setiap tahun...! Bil rawatan hospital boleh claim semula dengan kami, walaupun tak warded.

  • KETIGA
Jika anda terpaksa warded akibat KEMALANGAN, anda juga berhak untuk claim elaun harian hospital. Tambah lagi duit poket ganti income yang hilang sebab tak boleh bekerja.

  • KEEMPAT
Pampasan juga akan diberikan kepada waris anda jika berlaku kematian akibat KEMALANGAN atau penyakit. Jika KEMALANGAN berlaku di tempat atau dalam kenderaan awam, pampasan akan diberikan DUA KALI GANDA..!

  • KELIMA
Paling saya suka ialah dahla harga amat murah, bagi lagi DISKAUN 20% pada tahun ketiga kita carum. Bestkan..!

Kalau perlukan penjelasan lebih, set appointment dengan saya ya. Saya akan bantu kebajikan diri anda sekeluarga.

ABANG TAKAFUL
013-4044072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Rawatan Stroke

Baca ayat ini bagi mengubat STROKE. Baca dan sapu pada muka pesakit




Doa tersebut adalah dari surah An-Nisa' ayat 164.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pernah kena reject masa mohon Takaful ?

Pernah kena reject masa mohon Takaful sebelum ni? Adakah anda di dalam kategori penyakit-penyakit berikut :-

1. Sakit jantung
2. Kencing manis
3. Darah tinggi
4. Kanser
5. Berat badan yang melampau
(BMI tinggi)
6. Rekod perubatan yang kurang
memuaskan
7. Lifestyle yang kurang baik
8. Penyakit yang agak kritikal
9. Masih menjalani rawatan/perubatan untuk pemulihan sakit sediada
6. Berumur 35 tahun ke atas

Dengan pelan Takaful SureCover, anda semua sudah berpeluang untuk memohon kerana ianya PASTI LULUS!!

Mari wasap abg; 0134044072



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bukan Benda Untuk Minat

Insurans bukan sejenis untuk diminati. Penyakit pun bukan lah sesuatu yang kita minat dan mintak..πŸ€•πŸ˜·

Tapi, bila dah sakit, kita nak cepat sihat. Nak cepat sihat nak kena dapat rawatan yang cepat. Nak cepat nak kena ke Hospital Swasta. 

Nak kena ada duit ribu riban sebab deposit pun dah RM5000 kalau tak ada insurans. πŸ˜“πŸ˜“

Maka? Fikir lah sendiri πŸ˜†

Nak free quotation roger je abg


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Rawatan Tulang Belakang

Di Al-Khalifah Health, pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Qaff ayat 16 hingga 45.

2. Surah Mukminun ayat 60 hingga 80.

3. Surah Shod ayat 34 hingga 61.

4. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28.

5. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60.



Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang. 

Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.

Selain dari amalan ayat-ayat al-Quran, kami juga menggunakan teknik menekan di tempat-tempat tulang belakang yang bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat @Al-Khalifah Health terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: 

Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."

http://www.wasap.my/+60167573609/alkhalifahhealth. Tuan boleh Wasap kami untuk lebih detail lagi

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Rawat Batu Hempedu (Gall Bladder Stones)

Petua ini dipetik dari perkongsian Dr. Hamid Arshat, link asal di sini


Satu petua nak rawat batu karang dalam hempedu (Gall Bladder Stones)

  • Minum 4 gelas apple juice tiap-tiap hari selama 5 hari berturut-turut
  • Hari ke-6 jangan makan malam (dinner)
  • Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), beli dari farmasi. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
  • Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil (minyak zaitun) atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus