Thursday, January 24, 2019

Tawaran Conversion Medical Card Dari Medica2015 ke Medica2016


Untuk klien-klien Medica 2015 yang terima surat kenaikan harga (repricing), sebenarnya anda diberi tawaran conversion plan yang lebih baik iaitu dari Medica 2015 ke Medica 2016. 

Masalahnya management Zurich Takaful yang sengal tak inform sekali dalam surat repricing yang dihantar. Bila klien mengamuk call, fb, emel ke Zurich, semua dijawabnya 'please contact your agent'. Senang je jawab lepas tangan.

Dan agent jugaklah yang jadi punching bag dari klien-klien yang terkejut dengan surat repricing tu. Tak keterlaluan dikatakan pengurusan baharu Zurich Takaful ni bodoh sombong, syok sendiri dan buat benda tak bincang lanjutOrang-orang lama dah resign termasuk CEO Salim Majid, dulu pun ada isu repricing Smartmedic100 tapi team management dulu lebih cekap dalam menguruskan conversion (SM100 ke Medica2015).



Kalau klien complaint pasal agent, cepat je nak suspend komisyen agent. Ni agent & klien nak complaint pasal management, boleh tak suspend gaji management ? Ha, naik darah pulak abg sebab minggu ni duk jadi punching bag klien, maka elok lah abg pulangkan punching & kicking semua tu ke pengurusan Zurich Takaful.

------

Berbalik kepada cerita tawaran conversion, mereka yang layak tawaran conversion ini adalah di kalangan pemegang Medica 2015 yang SIHAT dan TIADA REKOD CLAIM

Andai kata ada rekod claim, pernah claim guna medical card, maka tak layak untuk tawaran conversion. Cerita selanjutnya untuk yang tak layak, sila contact agent masing-masing untuk alternatif kurangkan caruman medical card.

Abg highlight keypoint tawaran conversion ni;
  • Hanya layak kepada Good Lives (mereka yang tiada rekod claim Medica2015)
  • Tawaran conversion hanya dalam tempoh 90 hari bermula 11 Januari 2019 - 11 April 2019 sahaja
  • Tempoh bertenang @ cooling period medical card baharu akan dikecualikan (waived)

Perbandingan manfaat Medica2015 dan Medica2017, abg highlight kelebihan (biru) dan kekurangan (merah) Medica2016 berbanding Medical2015.

Okay, bagi mereka yang layak untuk conversion ni, abg sangat recommend untuk buat conversion atas sebab berikut;
  • Caruman conversion boleh dapat rendah sedikit berbanding dengan bayaran caruman repricing (bergantung pada umur jugak)
  • Medica 2015 ialah pelan bayar hangus, Medica 2016 adalah pelan takaful attach bersama investmentlink (orang duk panggil pelan simpanan). Maka takdelah kerap sangat repricing dan hangus bayaran
  • Rawatan ICU dan tempoh followup treatment lebih panjang berbanding Medica2015.
  • Waiting period waive ! Ni paling penting. Tapi mesti conversion sebelum 11 April 2019

Jadi kepada klien-klien abg, abg akan bantu buat conversion Medical Card dengan segera mungkin. 

Kepada klien agent lain, 'please contact your agent'. Hehehehe

2 comments:

  1. ya.. menyakitkan hati .. rata2 client memang akan mengamuk dan terpinga pinga.. especially yang baru saja ambil medica2015

    ReplyDelete
  2. Saya agen zurich pon.sama 2x5
    Nak upgrade tertangguh.medical report dia x ambil dan x inform klien proses.proses tergantung.vek sendiri baru tahu punca x blh proses tu

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D