Friday, January 4, 2019

Berwakaf Melalui Pelan Takaful



Macam mana nak berwakaf sebanyak RM 100,000 sedangkan simpanan dalam bank pun tak sampai RM 10,000 ?

Ha...

Sebenarnya ada caranya iaitu dengan cara buat sijil takaful, di bahagian penamaan, dilengkapkan butiran badan kebajikan yang kita nak wakafkan. Contohnya, nak wakaf duit tunai kat masjid atau surau kariah tempat tinggal kita, pusat jagaan anak yatim dan sebagainya (mesti pertubuhan berdaftar). Untuk sijil Zurich Takaful, boleh isi bahagian Amanah Trust, yang mana Amanah Raya yang akan uruskan dana wakaf ke organisasi pilihan kita.

Daftar sijil takaful dengan caruman RM 50 bulanan. Dapatkan jumlah perlindungan takaful RM 100,000. Andai kata umur tak panjang, meninggal pada bila-bila masa, duit RM 100,000 tadi yang kita niat siap-siap wakaf secara bertulis dalam sijil takaful, akan diserahkan kepada organisasi pilihan kita sebagai wakaf. Mudah bukan berwakaf melalui sijil takaful :)

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D