Thursday, December 6, 2018

Adab Menziarahi Pesakit Kanser


Saya ingin berkongsi sedikit `cadangan'; 

Bagaimana Nak `Menyantuni' Pesakit Kanser

 Apa yang nak diperkatakan apabila menziarahi saudara atau sahabat kita yang kena Kanser? 

 Bagaimana kita dapat membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser?


1. Ziarah dengan Niat Ukhwah `lillahita'ala' (utk mendapat Redha ALLAH SWT) - jangan menjadi doktor (walaupon anda seorang doktor perubatan). 

 Juz be A Friend! 
Tak perlu bagi Nasihat - Tak Perlu bagi cadangan tentang pemakanan ataupon rawatan (kecuali jika pesakit minta pandangan dan nasihat anda).

Adakalanya kami dah letih mendengar `medical advice' dari Onkologi.. So bila datang berziarah secara santai, please talk about something else: sembang santai je. 

Be A shoulder to cry on:
Kalau dah tak de idea nak sembang .. juz LISTEN to us! Berilah ruang kepada pesakit kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.- 

 Jangan Dok tanya Tahap Berapa
Tahap 1 - Tahap 2 - Tahap 3 - Tahap 4! 
Bagi kami pesakit kanser, tahap atau stage tu semua sama. Semua stage menakutkan. Canser is still Cancer!



2. Bawaklah buah tangan atau pun buah-buahan:
Bila datang Ziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum & doa. Bawaklah sesuatu untuk mengembirakan hati pesakit dan keluarga mereka.
 
Siapa tak suka menerima hadiah ? 
Pemberian itu adalah tanda `ingatan & kasih sayang kita'.  In sha ALLAH dapat Pahala tau.

3. Seeloknya buatlah `Tabung Prihatin' kutiplah sedikit sumbangan. Bantulah kewangan pesakit kanser dan keluarga mereka. 

Cancer is very-very expensive illness tau. 
Kalau ada rakan Wassap group - 30 org kalau sorang menyumbang RM10 dah kumpul RM 300 kan. Apa guna ada Group wassap kalau tak leh pakat-pakat bantu sorang sikit kan. 

 RM10/RM5 hanyalah harga sepinggan nasi. Berpuasalah kita pada hari tersebut utk kita infakkan pada rakan kita yang lebih memerlukan. In sha ALLAH - ALLAH akan ganti DOUBLE.

4. Nak Bergambar?
Seeloknya adab berziarah sila mohon izin sebelum ambik gambar dan maklumkan jika gambar ingin di Upload di FB/IG. Berilah ruang pesakit untuk `bersiap dan jagalah aurat mereka'

Saya dulu tak suka `gambar sakit diambil'. Saya sentiasa mahu dilihat `cantik & ceria' 🤣😂🤣

5. Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat jika jiran anda sakit kanser. Tanyakan keperluan mereka. Pengurusan anak-anak & pemakanan pesakit kanser. 

 Pernah seorang sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja. 

Si isteri yang sakit terbaring hanya mampu makan dan minum apa yg ada disediakan di tepi katil. (saya pun pernah melalui pengalaman terbaring sepanjang hari di rumah sorang diri .. nak masak tak larat. So ... saya tak makan seharian hinggalah keesokkan harinya seorang sahabat kebetulan datang menziarahi saya dengan membawa nasik bungkus. Alhamdulillah dapat saya makan)

6. JANGAN JADI USTAZ/USTAZAH:
Tolong jangan kata kanser itu kifarah dosa.
Tidak usahlah dok bercakap tentang Dosa/Pahala. Kanser bukan satu hukuman dari Tuhan.

 Nabi Ayob a.s juga sakit berpuluh tahun - adakah Baginda ditimpa musibbah penyakit kerana beliau Berdosa?

Ingatlah Kanser Bukan Hukuman Tuhan. 

Kanser bukan kematian kerana ramai kami yang `survive' dan menjalani hidup normal seperti anda semua.

Ketahuilah ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani pembedahan dan rawatan Radio & Kimo. Me ... i m ONE of them! 

KANSER BUKANLAH KEMATIAN:
Mati merupakan pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui kematian.

La Tahzan

Hjh zk
Founder Cancer Survivor Malaysia
----
Post asal Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D