Monday, December 31, 2018

Cara Matikan Racun Santau

Santau/sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kanser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Bagaimana cara untuk mematikan racun santau/sihir tersebut?

----

1. Cari kelapa muda.

2. Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tengah hari - 1 petang. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum di dalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.

3. Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1x dan Surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa (contoh): 

Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan. 

4. Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.

----

Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. Itulah bisa-bisa santau yang ada di tubuh seseorang yg terkena santau.


Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kanser, ketumbuhan atau sakit kronik yg lain. Insya Allah.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen (rujuk link FB post asal) "izinkan saya untuk beramal". Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Insya Allah.. Ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yg ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yg menyembuhkan

-----------------------------------------------------------

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona'uu, innamaa shona'uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada."(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)

Post Asal : Norazri Medzlan 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ambang 2019

Sedar tak sedar, rupanya setahun masa telah berlalu. Dah masuk ambang tahun baru 2019.

Barangkali masih ada 'azam' tahun baru (tahun sebelumnya) yang belum kita capai kan. Kadangkala apa yang kita rancang, bukan mudah untuk dilaksanakan. Namun jika hidup tidak merancang, kita tak akan pergi capai apa yang kita inginkan dalam hidup.




Kata pujanggan, hidup ini hanya 3 hari..

•Hari semalam, yang telah berlalu yang tidak boleh diubah dipinda ditukar

•Hari esok, yang misteri tidak diketahui

•Hari ini, yang menjadi milik kita dan boleh kita gunakan sebaik-baiknya

Selamat Tahun Baru 2019

Semoga Allah memberkati usaha kita pada lalu tahun 2018 dan dikurniakan kekuatan untuk menghadapi cabaran tahun 2019




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, December 16, 2018

Pelepasan Cukai Pendapatan Tahun 2018

Dah masuk bulan Disember ni. Maka eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2018 ni.

Boleh mula berbelanja pada pelepasan cukai yang diberi kerajaan dan simpan resit-resitnya. Bukan tahun depan masa isi efiling baru terkial-kial nak ambil tahu belanja apa yang boleh tolak cukai.

Di sini abg senaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2018.


1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..

2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.

Terhad RM7,000.
• Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
• Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian





3. Kesihatan

• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5. Perkeso - Terhad RM250

6. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9. TAKAFUL KELUARGA dan KWSP - RM3000 & RM6,000 masing2.


10. PRS (Private Retirement Scheme) - Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11. TAKAFUL pendidikan dan perubatan (pasangan+anak2) - Terhad RM3,000

12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)


Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2018 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit! Kalau resit jenis mudah pudar, jangan lupa simpan salinan elektronik (scan/snap picture - masuk dalam satu folder khas, simpan dalam google drive atau dropbox).

Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.

Pendapatan bercukai pada tahun 2018 adalah RM34,000 setahun yang diperolehi dari mana2 sumber seperti penggajian (gaji+elaun+bonus+insentif), perniagaan, komisen dan lain2.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, December 6, 2018

Adab Menziarahi Pesakit Kanser


Saya ingin berkongsi sedikit `cadangan'; 

Bagaimana Nak `Menyantuni' Pesakit Kanser

 Apa yang nak diperkatakan apabila menziarahi saudara atau sahabat kita yang kena Kanser? 

 Bagaimana kita dapat membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser?


1. Ziarah dengan Niat Ukhwah `lillahita'ala' (utk mendapat Redha ALLAH SWT) - jangan menjadi doktor (walaupon anda seorang doktor perubatan). 

 Juz be A Friend! 
Tak perlu bagi Nasihat - Tak Perlu bagi cadangan tentang pemakanan ataupon rawatan (kecuali jika pesakit minta pandangan dan nasihat anda).

Adakalanya kami dah letih mendengar `medical advice' dari Onkologi.. So bila datang berziarah secara santai, please talk about something else: sembang santai je. 

Be A shoulder to cry on:
Kalau dah tak de idea nak sembang .. juz LISTEN to us! Berilah ruang kepada pesakit kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.- 

 Jangan Dok tanya Tahap Berapa
Tahap 1 - Tahap 2 - Tahap 3 - Tahap 4! 
Bagi kami pesakit kanser, tahap atau stage tu semua sama. Semua stage menakutkan. Canser is still Cancer!



2. Bawaklah buah tangan atau pun buah-buahan:
Bila datang Ziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum & doa. Bawaklah sesuatu untuk mengembirakan hati pesakit dan keluarga mereka.
 
Siapa tak suka menerima hadiah ? 
Pemberian itu adalah tanda `ingatan & kasih sayang kita'.  In sha ALLAH dapat Pahala tau.

3. Seeloknya buatlah `Tabung Prihatin' kutiplah sedikit sumbangan. Bantulah kewangan pesakit kanser dan keluarga mereka. 

Cancer is very-very expensive illness tau. 
Kalau ada rakan Wassap group - 30 org kalau sorang menyumbang RM10 dah kumpul RM 300 kan. Apa guna ada Group wassap kalau tak leh pakat-pakat bantu sorang sikit kan. 

 RM10/RM5 hanyalah harga sepinggan nasi. Berpuasalah kita pada hari tersebut utk kita infakkan pada rakan kita yang lebih memerlukan. In sha ALLAH - ALLAH akan ganti DOUBLE.

4. Nak Bergambar?
Seeloknya adab berziarah sila mohon izin sebelum ambik gambar dan maklumkan jika gambar ingin di Upload di FB/IG. Berilah ruang pesakit untuk `bersiap dan jagalah aurat mereka'

Saya dulu tak suka `gambar sakit diambil'. Saya sentiasa mahu dilihat `cantik & ceria' 🤣😂🤣

5. Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat jika jiran anda sakit kanser. Tanyakan keperluan mereka. Pengurusan anak-anak & pemakanan pesakit kanser. 

 Pernah seorang sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja. 

Si isteri yang sakit terbaring hanya mampu makan dan minum apa yg ada disediakan di tepi katil. (saya pun pernah melalui pengalaman terbaring sepanjang hari di rumah sorang diri .. nak masak tak larat. So ... saya tak makan seharian hinggalah keesokkan harinya seorang sahabat kebetulan datang menziarahi saya dengan membawa nasik bungkus. Alhamdulillah dapat saya makan)

6. JANGAN JADI USTAZ/USTAZAH:
Tolong jangan kata kanser itu kifarah dosa.
Tidak usahlah dok bercakap tentang Dosa/Pahala. Kanser bukan satu hukuman dari Tuhan.

 Nabi Ayob a.s juga sakit berpuluh tahun - adakah Baginda ditimpa musibbah penyakit kerana beliau Berdosa?

Ingatlah Kanser Bukan Hukuman Tuhan. 

Kanser bukan kematian kerana ramai kami yang `survive' dan menjalani hidup normal seperti anda semua.

Ketahuilah ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani pembedahan dan rawatan Radio & Kimo. Me ... i m ONE of them! 

KANSER BUKANLAH KEMATIAN:
Mati merupakan pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui kematian.

La Tahzan

Hjh zk
Founder Cancer Survivor Malaysia
----
Post asal Klik Sini

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sorry.... Tak Cover 😏

Sorry....Tak cover 😏
.
Sedih tak kalau permohonan Takaful anda tak di terima?
.
Kesilapan pertama semasa sihat adalah tak apply takaful cepat2. Kalau diberi peluang kedua untuk ambil takaful, korang ambil tak?
.
_________________

Pelan takaful terbaru daripada Zurich

 Tidak perlu melakukan pemeriksaan kesihatan
 Umur 35-80
 Serendah Rm75
 MUDAH & DIYAKINI
____________________

Pm atau whatsapp sekarang

P/S : Jangan lakukan kesilapan kedua dalam hidup korang dengan membiarkan iklan ini berlalu pergi


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

[Bantuan] - Mencari Peluang Tambah Duit Sara Hidup

Seorang sahabat abg, Nadiah Hanis, diuji dengan penyakit SLE (Systemic lupus erythematosus). Beliau sedang mencari peluang tambah duit sara hidup dari pembaca yang budiman.

-------

[MENCARI PELUANG TAMBAH DUIT SARA HIDUP]

Assalamualaikum, seperti sedia maklum Cik Nard adalah seorang Ibu Tunggal Yang Tidak Penah Menerima bantuan kewangan dari mana2 pihak untuk kelangsungan hidup.

Jadi dengan rasa rendah diri, disebabkan stroke dan jatuh sakit teruk akibat penyakit SLE yg dah hampir 3minggu, cik nard dah xboleh buat kerja seperti biasa kerana fokus untuk berjalan dan tidak boleh buat kerja2 menggunakan laptop akibat vision sedikit terganggu dan bahagian kiri badan trjejas. Juga percakapan kurang jelas. Malah duit simpanan sudah habis dibelanjakan untuk kelangsungan hidup di hospital dan membeli barang2 keperluan lain seperti pampers dan shoulder pad juga makanan dan susu.

Jika ada kerja2 untuk cik nard buat seperti upah servis copywriting dan buat closing sales, bolehlah upah cik nard dengan segera untuk cik nard tambah pendapatan.



Buat masa sekarang masih di warded di:

Hosp serdang
Ward 6G
Katil 8
SD:70230

Dan jika rasa nak bantu cik nard dr segi kewangan(nak bayar bil hospital bila discaj, nak beli tongkat, nak bayar grab untuk balik nanti, nak byr upahorg jaga cik natd kt hosp, duit mkn idzni, nak bayar sewa rumah bln 11) bolehlah bank in ke:

Maybank
Nadiah Hanis
162777007424

No HP: 0183500619

Terima Kasih

Yang Malu Nak Meminta2,
Nadyanees.

------

Post asal beliau, boleh Klik Sini

Kepada yang berkemampuan bantu beliau, nak tunai zakat, tunai sedekah, boleh contact beliau secara direct. Semoga Allah murahkan rezeki dengan sedekah yang dihulurkan. Amin....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Penghulu Istighfar


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, December 3, 2018

Bermain Dengan Masa Kehidupan

BILA NAK SIGN UP TAKAFUL?

Jan - Sekolah baru bukak, banyak pakai duit la.


Feb - Ade lagi yuran2 nak cover tak byr lg.

Mac - Bulan depan boleh? 

April - Baru perasan bulan ni dah start puasa la.

Mei - Raya la pulak...

Jun - Nak cover hutang raya la pulak.

Julai - Alamak raya haji nak balik kampung.

Ogos - Raya haji hari tu over spend la.

Sep - Boleh bagi balik tak proposal hari tu? Balik nak discuss dengan wife la... 

Okt - Tak cukup budget la, sbb bln 11 nak jalan2.

Nov - Alamak cuti skolah nak gi melancong ke krabi... 

Dis - Alamak kene saving nak bukak sekolah
😭😭😭

Berikanlah segala macam alasan anda, kerana anda cuma bermain dengan masa

Bertambah lagi umur anda, maka meningkatlah lagi caruman bulanan anda.




Tugas kami hanyalah tunjukkan jalan, tapi anda yang membuat keputusan. Hehehehe

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kena Tipu Dengan Salesman Kereta

Ni abg nak share kes adik abg sendiri.
Dia nak beli kereta baru, nak trade in kereta lama, 
amek kereta baru.

Sekali Sales Advisor dia kelepet.
Dia buat kereta lama adik abg sebagai sambung bayar.

Setahun pastu kantoi sebab duk dapat call late payment dari Ambank, maka abg tolong adik abg buat surat ke tribunal, buat report polis, dapat balik kete tu semula.

Nama dan syarikat kereta tu abg padamkan kerana kes telah selesai. 

Kereta sambung bayar ?Tak payah cari pasal lah.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus