Monday, November 12, 2018

Apa Yang Berdosa Sangat Ambil Takaful ?

APA YANG BERDOSANYA MENGAMBIL TAKAFUL?

Kasihan saya tengok isteri yang takut-takut nak beli takaful untuk keluarga. Risau itu ada. Ajak suami beli, suami asyik tangguh. Bertahun tahun menangguh.

Suami jenis tidak kisah. Anak berderet-deret. Setiap tahun sorang . Isteri sudah tidak bekerja kerana anak ramai, mahu uruskan sendiri. Kesemuanya bersekolah.

Berkali saya usulkan pertemuan dengan saya. Cuma sekali saja berhasil. Suami menolak pelan cadangan yang saya sediakan untuk dirinya. Tidaklah mahal premium jika dibandingkan dengan kesukaran hidup yang bakal dihadapi isterinya apabila datang sesuatu yang tak dijangka.

Sehinggalah suatu hari suami yang cerdas dan cergas selama ini dimasukkan ke wad buat pertama kalinya kerana demam panas. 

Isterinya ketika itu baru selesai pantang anak ke 8. Anak yang 4 lagi sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.



Dengan anak kecil, ada yang kena pegang, mahu dikendong, isteri tidak pernah lupa memasak makanan untuk suami di rumah dan bawa ke hospital. 

Bayangkan bagaimana isteri mahu menguruskan KESEMUA urusan rumah tangganya dan juga kebajikan suami yang terlantar di wad hanya kerana DEMAM PANAS.

Diuji lagi, keesokkannya dimasukkan ke ICU. Demam teruk. Paru-paru bengkak. Dan ada masalah buah pinggang.

Ketika inilah, saya dihubungi si isteri, yang sudah mengenali saya sejak saya mula menjadi perunding takaful.

Menangis wanita beranak 8 ini.... 
Terlalu cemas. 
Diulang-ulang soalan yang sama

"Macam mana aku nak hidup kalau dia takda??? Aku nak makan apa? Aku nak kerja apa? Umur aku dah berapa orang nak terima aku bekerja ke? Anak aku ramai.... "

Dan menangis.

Menangis... dan menangis.

Saya naik ke Ipoh hari itu juga.
Hanya untuk memujuknya supaya jangan menangis. 
Dan untuk saya uruskan urusan hospital suaminya kerana dia langsung tidak tahu apa. Dan anaknya kecil... jenuh mahu bawa semua.

Ya Allah.

Suaminya diwadkan 14 hari. Paru-parunya teruk juga. Bengkak tubuh badannya namun... umurnya panjang. Doa isteri terkabul.

Suami kemudian discharge dari wad pada hari ke 15. Bersama penyakit baru - KENCING MANIS. Natijah culas-culas membuat pemeriksaan kesihatan selama hayat.

Dan ketika itu, dia mohon maaf dengan saya. 
Dia kini faham apa yang saya juangkan.
Dia nampak susah isterinya jika tiba masa dia pergi.
Dia ready dah nak beli takaful.

Masalahnya, dia dah sakit.

........

Ingin saya tanya sekali lagi, berdosakah mengambil takaful ?

Tidak berdosakah meninggalkan anak isteri yang kamu memang sedia maklum dan tahu kemampuan mereka?

Tidak berdosakah meninggalkan hutang kepada mereka untuk diselesaikan ?

Berdosakah menyediakan takaful?

Yang isteri dan anak-anak boleh gunakan.
Supaya kehidupan mereka tiada kerencatan.
Supaya anak-anak tiada yang berhenti sekolah.
Supaya isteri tidak terjual maruahnya demi sesuap nasi.
Supaya si balu tidak dihina-hina orang. Sudahlah susah kematian suami, dipandang serong pula.

Tang mana yang berdosa sangat apabila kita berfikir sejauh itu? 

Bukan untuk family orang. Family kita juga!

Takaful dibeli dengan kesihatan anda. Sediakanlah. Semasa masih sihat ini.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D