Monday, November 12, 2018

Ambil Takaful Seolah Doakan Kematian ?

Takaful Warga Emas @ RM 50 sebulan

"Encik kalau saya ambil pelan ni untuk mak/ayah saya, seolah saya mendoakan mak/ayah saya meninggal untuk claim pampasan khairat? Macam mana tu?"
--------

Ini adalah salah faham yang sering berlaku bila cerita pasal takaful warga emas. Kat sini meh abg ceritakan....

1. Pertama sekali adalah betulkan niat. Niat ambil takaful warga emas BUKAN untuk dapat pampasan takaful semata-mata, tetapi adalah persediaan kewangan dan kebajikan untuk mak/ayah kita.

2. Anak (terutama anak lelaki/sulung) yang akan menguruskan belanja pengebumian mak/ayah. 

3. Anak juga akan mengurus kos pengurusan harta pusaka mak/ayah, kos tukar nama, kos guaman sebagainya.

4. Jika mak/ayah ada berhutang atau terhutang, anak perlu jelaskan hutang yang dituntut.

5. Jika mak/ayah ada tertinggal puasa, anak boleh bantu bayar fidyah puasa.

6. Jika ada lebih pampasan takaful, pastinya anak tak ada masalah untuk beri sumbangan sedekah contohnya RM 1,000 pada rumah anak yatim dan diniatkan pahalanya untuk mak/ayah yang telah tiada.


Takaful warga emas adalah persediaan kewangan untuk urusan-urusan yang boleh anak selesaikan kemudian hari. Semoga anak dapat buat yang terbaik sesudah ketiadaan mak/ayah.

Tiada anak yang mendoakan kematian mak/ayah, kerana kematian mak/ayah adalah satu keperitan rindu yang berpanjangan.😭


Info takaful warga emas boleh pm abg.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D