Wednesday, October 24, 2018

Ikhtiar Untuk Dapat Zuriat

Ramai kawan-kawan yang belum dapat zuriat walaupun telah berumahtangga lebih dari setahun. Kat sini abg kongsikan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh pasangan yang berusaha nak dapat zuriat. 

--------

Ikhtiar petua orang tua

1. Minum susu kambing dengan kurma. Kurma genggam suami isteri sambil berdoa, kemudian blend kurma dengan susu kambing. Minum suami isteri.


2. Minum air rebusan buah zuriat. Buah zuriah dibelah dua (keras yang amat 😅) dan direbus sehingga airnya menjadi kuning.

3. Jaga anak kecil (anak orang lain).

--------

Ikhtiar perubatan moden (by step)

1. Suami buat appoinment klinik. Buat sperm checkup untuk tahu tahap kesuburan lelaki. Jika tahap kesuburan kurang baik, doktor akan bagi rawatan supplement untuk lelaki. Kos sperm checkup RM 150.

2. Setelah selesai no 1 masih tiada hasil, maka isteri pula perlu buat appoinment dengan klinik. Kalau nak appoinment dengan klinik Dr. Hamid Arshat, kurang-kurang perlu tunggu 2 bulan untuk dapat appoinment. Maka mulakan ikhtiar dari sekarang.

3. Rawatan kesuburan di para 1 dan 2 tidak dicover oleh mana-mana medical card. Namun jika rawatan di para 2 mendapati si isteri sukar hamil kerana mengalami fibroid/cyst, maka pembedahan fibroid/cyst boleh menggunakan medical card.


--------

Ikhtiar doa

1. Selalu bersedekah dan mohonlah zuriat dengan Allah.

2. Kirim doa pada orang yang nak pergi umrah.

3. Doa masa sujud dan antara 2 khutbah.

4. Amalkan solat Dhuha

5. Amalkan Surah As Saffat ayat 100
Surah Ankabut Ayat 69

--------

Ikhtiarlah dengan cara yang mana pun yang baik.

Jika puas berikhtar, IUI sudah, IVF sudah, jangan berputus asa. Teruskan ikhtiar dan doa. Insyallah Allah kurniakan rezeki apabila sampai masanya.

Satu lagi, jangan stress. Abaikan mulut-mulut bawang 🤗

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D