Tuesday, October 16, 2018

Cerita Simpan 3 Tahun

Abg hampir lupa tarikh kejadian pada 15 Oktober, tapi oleh kerana FB ada memori bingkisan kisah hidup, maka teringat terus peristiwa lama.



Lepas 3 tahun, hari ni baru abg nak share cerita ni. Simpan 3 tahun lamanya dalam memori.

15 Oktober 2015...

Sekitar 9.00 malam... Abg dengan wife baru sampai rumah mertua kat Rawang. Siang hari dapat call, bagitau bapak mertua jatuh bilik air. Petang tu dah gerak balik Rawang, tapi entah kenapa jalan jem yang amat dari Puchong lalu Elite Highway nak ke Rawang. Maka perjalanan abg ditangguh sebentar kat Shah Alam untuk makan dan semayang maghrib.

Bila masuk rumah mertua, abg tengok bapak mertua tak boleh bangun sendiri. Terbaring atas katil. Jiran ada yang datang, dan salah seorang jiran tu call ambulan untuk bawak ke hospital. Pada awalnya bapak mertua abg ok, tapi kemudiannya jadi lemah tak sedarkan diri. Mujur dah call ambulans.

Dalam 40 minit ambulans dari Kuala Kubu Bharu sampai. Medik check bapak mertua abg dah siap-siap strecher untuk bawak bapak mertua abg pergi Hospital Sg. Buloh. Bila ambulans sampai, lampu siren merah dia menerangi kejiran rumah mertua, beberapa lagi jiran datang rumah untuk tengok keadaan yang berlaku.

Hati abg sangat-sangat tersangat tak sedap waktu ni. Dari waktu menunggu ambulans kat luar rumah sampai la abg naik masuk dalam ambulans iring bapak mertua sekali. 

Abg sebagai menantu lelaki yang ada pada waktu tu, diminta untuk naik ambulans sekali untuk iring bapak mertua ke hospital. Dalam ambulans, medik pasang peralatan monitor blood pressure, waktu ni bapak mertua abg dalam keadaan sedar tak sedar, kejap-kejap terjaga lepas tu lelap mata. 

Bunyi deruan siren dan enjin ambulans yang dibawak laju sepanjang highway PLUS masih terngiang-ngiang kat telinga. Sampai satu keadaan, boleh cetuskan rasa anxiety atau berdebar bila abg dengar siren ambulan.

Dalam masa 15 minit ambulans sampai Hospital Sg Buloh. Turun saja dari ambulan, doktor terus bagitau wad kecemasan penuh malam tu. Walaubagaimanapun kakitangan hospital tetap tolak strecher masuk ke Zon Merah. 

Dalam Zon Merah, hanya seorang waris sahaja dibenarkan ada pada satu-satu masa. Oleh sebab abg yang iring bapak mertua dalam ambulans, doktor yang ada kat hospital panggil abg untuk tanya soalan-soalan penting. Wife abg dengan ipar dalam perjalanan dari rumah ke hospital naik kereta sendiri, dorang tak terkejar ambulans yang betul-betul laju. 

Antara soalan doktor yang abg ingat lagi dan pada abg korang yang lain perlu tahu dan ambil pengajaran dari soalan-soalan ni
"Ayah ada penyakit apa ?"
"Ayah ada ambil ubat jenis apa?"
Waktu tu abg jadi blur dan kalut. Sebab abg hanya tahu setakat bapak mertua abg ada diabetes. Ubat apa, dosage apa, lain-lain sakit semua abg tak tahu !

Bila ipar abg sampai, segala pil-pil ubat bapak mertua abg, abg bawa dan tunjuk pada doktor sebab doktor perlu tahu ubat apa dan sakit apa yang bapak mertua ada. 

Walaupun wife dan ipar dah sampai, dorang tak dibenarkan masuk. Hanya abg yang tunggu dalam ruang menunggu Zon Merah. Abg nampak beberapa orang doktor bergegas ke sana sini, termasuk ke bay rawatan bapak mertua abg untuk bagi rawatan. They have do their very best in treating their patient. Abg berterima kasih pada semua petugas Hospital Sg. Buloh yang bertungkus lumus beri rawatan pada pesakit di Kecemasan walaupun pesakit terlalu ramai.

Bapak mertua abg dipindahkan dari bay rawatan ke tempat khusus, yang mana doktor panggil abg bagitau yang jantung bapak mertua abg berada dalam keadaan lemah dan doktor dah bagi ubat jantung dos yang paling tinggi. Waktu ni doktor bagitau kat abg

"Ayah encik berada dalam keadaan lemah dan tak kuat. Kita dah bagi dos ubat jantung paling kuat. Jantungnya tak kuat. Encik masuk ke sini dan bisikkan syahadah di telinganya. Dia masih boleh mendengar."

Bayangkan doktor cakap macam tu, dan abg dipanggil untuk baca syahadah Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) pada bapak mertua abg yang dalam state koma. Kemudian doktor jugak pesan kat abg
''Panggillah semua ahli keluarga di luar masuk ke dalam."
Sekali lagi kekuatan abg teruji, macam mana abg nak cakap kat family yang tunggu kat luar untuk masuk tengok bapak mertua yang tengah koma dan bacaan denyutan jantung lemah malah semakin menurun. Nak tak nak, abg kuatkan diri cakap kat wife dengan ipar untuk masuk ke Zon Merah, guard yang jaga pintu pun melepaskan keluarga mertua abg masuk kerana doktor telah bagi 'signal' pada guard.

Lebih kurang pukul 1.00 pagi, 16 Oktober 2015, bapak mertua abg meninggal dunia di hadapan abg, wife dan adik ipar. Di sini Allah telah beri peluang untuk abg, wife dan adik ipar untuk lafaz kalimah "لاَ إِلَهَ إِلَّاالله" di telinga sehinggalah mesin bacaan jantung menurun dan kemudiannya mendatar sehingga seorang doktor berbangsa cina datang dan berkata

"Ayah encik tak boleh bertahan lagi. Jadi kita mohon encik untuk terima ayah encik pergi dalam keadaan peacefully''.
Esok harinya jenazah arwah bapak mertua selamat dikebumikan di kampung halaman. Imam yang mengurus jenazah menyampai pesan selepas selesai kebumi yang mana abg dapat tangkap pesanannya

"3 perkara yang akan mengiringi mayat ke kubur. Keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua daripadanya akan pulang, iaitu keluarga dan hartanya. Satu akan tinggal bersama, iaitu amalan."

 
 
Al-Fatihah untuk arwah bapak mertua abg dan arwah ibu tersayang.

Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku
Kasihi mereka seperti mana mereka mengasihiku

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D