Wednesday, September 26, 2018

Melangkah Umur 30-an , 40-an

Kepada semua sahabat yang sudah capai umur 30, 40.

Ini ada beberapa 
nasihat yang baik yang boleh dipraktikkan.

Nasihat #pertama.
Cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

Nasihat #kedua.
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

Nasihat #ketiga.
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat #keempat.
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.



Nasihat #kelima.
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

Nasihat #keenam.
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat #ketujuh.
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat #kelapan.
Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan. 

Nasihat #kesembilan.
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat #terakhir
Sudah tiba masanya untuk fikirkan perlindungan takaful bagi persediaan menghadapi cabaran kesihatan baki umur yang masih tinggal.

Terima kasih kerana share nasihat ini

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, September 25, 2018

Jus Munafik

Lagi pesakit kami bertarung nyawa di ICU akibat pengambilan suplemen berbentuk jus. Anak pesakit tersebut berkali-kali menyatakan penyesalannya kerana membelikan jus tersebut buat ibunya.

Sangkanya jus yang diiklankan dalam siaran radio islamik itu boleh membantu kesihatan ibunya. 

Iyalah; dah kandungannya dikatakan mempunyai khasiat delima, kurma, madu, za'faran dan sebagainya. Takkanlah boleh bawa kesan buruk?



Yang dia dan ramai orang tak tahu ialah, jus-jus sebegini sebenarnya ialah jus murahan yang diborong secara pukal dari negara jiran dan dibotolkan disini. Kemudian dijual dengan harga yang mahal. Kandungannya entah apa. Jus yang sama, hanya warna dan label yang berbeza-beza. Yang pasti kandungan gulanya sangat tinggi. Sebab itu kilang pengeluar jus takkan tertera pada botol, hanya nama syarikat pemborong sahaja. Dah kilangnya tak wujud di sini!

Kadangkala saya terfikir, lebih baiklah minum air gas sahaja. Walaupun gulanya tinggi, namun kandungannya dah pasti, tiada penipuan disitu. Kilangnya ada disini, dan diselia ketat oleh penguatkuasa tempatan. Minum air gas setiap hari, paling teruk dapat kencing manis saja; boleh diubati. Tetapi minum jus merapu sebegini, silap-silap rosak buah pinggang dan hati disebabkan bahan beracun yang tak diketahui. Sudahlah gulanya pun tinggi.

Yang menyakitkan hati, kebanyakan jus sebegini menggunakan nama islamik dan dikatakan mengandungi makanan sunnah dalamnya. Kemudian diiklankan dalam media islamik pula. Apa yang islamik pada makanan sebegini pun saya tak tahu. Pernahkah Nabi kita (SAW) minum jus madu, kurma, za'faran secara bercampur-campur? Pernahkah Baginda makan sesuatu yang tak diketahui kandungannya dan dikeluarkan ditempat yang tak pasti halal haramnya (syubhah)?

Sekurang-kurangnya air gas tak menipu. Ada gula diberitahu berapa kandungan gulanya. Ada pengawet diberitahu kandungan pengawetnya. Tetapi pernahkah jus suplemen menyatakan kandungan gula, pengawet dan pewarna? Yang tertera hanyalah kandungan yang indah-indah saja. Betulkah ada?

Jus suplemen penipu.

Kandungan beracun. Label islamik.

Munafik.

Artikel dari: Hana Hadzrami

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, September 20, 2018

Kelas Asas Blog (1/2018)





Nak tak ada blog macam abg ? Meh abg ajar buat blog.

Punyai keinginan untuk ada blog/site yang tersendiri ?

Suka menulis dan berkongsi kehidupan dalam catatan online ?

Atau anda merupakan seorang peniaga yang perlukan site untuk sokongan perniagaan anda ?

Maka anda perlu untuk punyai blog yang tersendiri yang unik !


Kelebihan blog

➶ Personal branding
➶ Boleh bina trust dengan pelanggan/viewer
➶ Tool untuk bantu jualan
➶ Hanya perlu tulis sekali, tapi keluar berkali-kali
➶ Potensi keluar dalam carian google


Apa yang anda dapat dari kelas ini: 

Bina blog dari Zero Knowledge sampai publish di internet

➶ Kelas 1 hari penuh face to face & guide step by step bina blog
➶ Make Up blog
➶ Dapat cipta dan publish blog sendiri

__________________________________________
Tarikh: 7 Oktober 2018 (Ahad)

Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam (Padang Jawa)
__________________________________________

Kelas terhad untuk 15 orang sahaja.

Kita akan mula dari kosong sampai siap.
Maka tak boleh ramai-ramai sangat, tak nak ada yang ketinggalan.

Wifi disediakan percuma (10 Mbps)

Perlu bawa laptop sendiri

Investment Fee: R̶M̶ ̶1̶2̶9̶ 
Early Bird Registration RM 89
Early Bird Registration RM 89
Early Bird Registration RM 89


Cara pembayaran akan dimaklumkan setelah anda selesai mendaftar di sini ;



https://goo.gl/forms/iu5GJUMvrkWiQ7VX2


Jom Belajar Buat Blog 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, September 14, 2018

Tambahan 6 Hospital Panel

Berita baik buat semua pemegang medical card Zurich Takaful !

Zurich Takaful telah tambah 6 panel hospital menjadikan keseluruhan panel hospital Zurich Takaful sebanyak 109 buah hospital panel seluruh Malaysia.

Enam (6) panel hospital yang baru dimasukkan:

1. Colombia Asia Hospital, Klang
2. Colombia Asia Hospital, Petaling Jaya
3. KPJ (Eye Sight), Petaling Jaya
4. KPJ (Eye Sight), Kuala Lumpur
5. KPJ (Eye Sight), Rawang
6. KPJ Specialist Hospital, Kangar Perlis





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Asas Terma Perlindungan Takaful

Asas Terma Perlindungan Takaful

Ramai orang mengaku dah ada perlindungan takaful, tapi hakikatnya mereka sendiri tak tahu apa yang cover dalam polisi takaful masing-masing. 

So mari kita ketahui terma-terma perlindungan yang ada dalam polisi takaful. Jika ada dalam polisi, maksudnya awak sebagai pemegang polisi boleh buat tuntutan @ claim jika terjadi risiko yang ditakafulkan. Manakala jika tak ada tulis, gigit jarilah jawabnya sebab tak boleh claim apa-apa jika terjadi risiko tersebut.

Dalam pemahaman yang mudah, awak cakap kita ada takaful. Satu hari awak kena penyakit buah pinggang, bila nak buat claim, sekali insurans reject sebab polisi awak tak ada coverage untuk penyakit kritikal. 

Kita sangkakan bila ada takaful, semua benda akan cover, tapi sebenarnya silap, kita perlu pastikan ianya tertulis dalam buku polisi, baru ler cover.

Terma-terma perlindungan yang ada polisi Zurich Takaful;

1) Basic sum covered (BSC) / Face Amount
Jumlah pampasan bila Meninggal Dunia apa jua punca termasuk penyakit, kemalangan atau pekerjaan merbahaya, kecuali dlm zon perang

2) Accidental Death 
Jumlah pampasan kalau meninggal dunia disebabkan kemalangan sahaja. Kemalangan tak semestinya kemalangan jalanraya. Termasuk kemalangan lain spt keracunan makanan, dibunuh, kejutan elektrik, kebakaran etc melainkan dinyatakan sebaliknya (spt mati denggi tak dianggap mati kemalangan).

3) Hilang upaya kekal & keseluruhan (TPD)
Jumlah pampasan bila hilang keupayaan seluruh badan atau 2 anggota utama iaitu 2 mata, 2 tangan, 2 kaki, atau sebelah mata sebelah tangan/kaki, yg sebabkan anda tak boleh bekerja, atau tak boleh hidup berdikari tanpa bantuan org lain, lebih 6 bulan

4) 36 Penyakit Kritikal
Jumlah pampasan bila disahkan menghidap mana mana 1 dari 36 penyakit yang disenaraikan. Mesti penuhi keadaan penyakit yang dinyatakan dalam kontrak dan mesti hidup at least sebulan selepas menghidap

5) Elaun hospital (HB)
Elaun tunai bila anda diwadkan di hospital kerana sakit atau kemalangan sahaja, tak kira hospital awam atau swasta

6) Accidental Dismemberment
Jumlah pampasan bila cacat atau hilang keupayaan anggota badan bila ditimpa kemalangan. Dibayar mengikut peratusan berdasarkan tahap kecacatan anggota.

7) Hospitalisation / Medical Kad
Jumlah gantirugi yang dibayar kepada hospital untuk kos rawatan, mengikut had tahunan atau seumur hidup.

=====

So, bila anda cakap anda sekeluarga sudah dilindungi hingga 1.5 juta untuk medical, itu adalah perlindungan untuk hospitalisation. Bila kena tahan wad, pampasan dibayar kepada hospital, mengikut jumlah bil. Bil rawatan 5,000, gantirugi dibayar 5,000 saja, bukan 1.5 juta

Faedah Kematian, TPD, Penyakit Kritikal, elaun hospital dan Accidental Dismemberment ada berapa? 

Ini adalah gantirugi yang dibayar tunai kepada anda atau keluarga. Ini yang GANTI GAJI ANDA YANG HILANG bila ditimpa musibah.

So, please check balik polisi anda
Jangan tunggu dah ditimpa musibah, baru sedar ada yang tak kena dengan polisi anda.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pelakon Zaibo Menghidap Kanser Esofagus Tahap 4

Semalam perbualan telefon deejay Hot Fm & Zaibo;

Saya memang tak sangka hidap kanser. Saya tak rasa sakit, cuma bila makan selalu rasa nak muntah.

Mulanya saya check di Hospital Batu Pahat, lepas scan baru tau saya hidap Esofagus kanser tahap 4.

Abg dengar pun rasa seram. Rupanya kanser esofagus ni adalah Asymptomatic (satu penyakit tanpa simptom). Tapi bila dapat tahu, dapat kesan, selalunya kanser dah masuk tahap akhir.


Kita boleh belajar dari pengalaman orang lain & buat persediaan awal. Banyak dah kisah pesakit kanser yang kita baca..

Kanser memberi impak yang besar, bukan saja kepada pesakit, tapi keluarga pesakit.

  • Pesakit kanser tak mampu untuk bekerja.
  • Pesakit kanser perlukan jagaan rapi, tak mampu buat rutin harian sendiri..
  • Pesakit kanser perlukan alatan & ubat khas untuk perubatan..

Dan banyak lagi kos-kos kewangan yang bakal menanti..

Buatlah persediaan dan perlindungan kewangan Takaful dengan segera sementara kesihatan masih mengizinkan kita.

Kita doakan semoga abang Zaibo dikurniakan kesembuhan dari Allah yang Maha Berkuasa, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang mengurniakan kesembuhan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Ubat Kanser Mahal

Harga ubat kanser, pengganti kimoterapi ini adalah RM 900 sebiji atau kosnya RM27,000 sebulan. Diimport dari Sweden tapi disupply oleh PPUM.

Ada orang yang RM 900 ni gaji dia sebulan.
Ada jugak orang yang RM27,000 ni gaji dia setahun.

Dalam akaun bank awak ada berapa?


Ha..... Punyalah mahal ubat kanser...
Demi untuk sembuh...

Maka kalau masih sihat tu...
Tolonggggggglah ambil pelan takaful...

Apply takaful dengan jumlah pampasan sakit kritikal yang secukupnya. Bukan sekadar ada. RM 10,000 - RM 30,000 tak cukup bang. Awak kalau sakit, lama lagi nak survive hidup, bukan setakat cukup makan setahun je.






About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, September 8, 2018

10 Surah mencegah 10 perkara

10 Surah mencegah 10 perkara

1. Surah Al-Fatihah: Cegah Allah Marah

2. Surah Al-Mulk: Cegah Azab Kubur

3. Surah Al-Kauthar: Cegah Permusuhan antara manusia

4. Surah Al-Kafirun: Cegah mati dalam keadaan kufur

5. Surah Al - Falaq: Cegah perasaan hasad dengki manusia



6. Surah An - Nas: Cegah perasaan was-was

7 & 8. Surah Ad - Dukhaan & Qiyamah : Cegah Keluh Kesah Hari Kiamat

9. Surah Al - Kahfi: Cegah Fitnah Dajjal di akhir zaman

10. Surah Al - Yasin: Cegah Dahaga pada hari Kiamat

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Takaful Untuk Anak

MAAF
PELAN INI TELAH REVISE
DAN TAK VALID LAGI

Pakej Takaful Untuk Bayi
Pakej Takaful Untuk Anak

Abg nak share pada semua Pakej Takaful Untuk Bayi / Anak umur di bawah 6 tahun. Untuk anak umur 6 tahun ke atas, sila contact abg untuk dapatkan pakej takaful sebab benefitnya tak sama untuk bawah 6 tahun @ baby.




Manfaat medical card untuk anak

1. Bil hospital tak payah nak pening kepala. Takaful direct bayar ke hospital.

2. Boleh admitkan anak ke hospital panel yang terdekat dengan rumah. Senang kita mak ayah nak berulang alik ke rumah.

3. Ibu-ibu lebih selesa jaga anak dalam wad single room/double bedded. Lebih mudah jaga aurat pastu waktu melawat sangat fleksibel.



4. Ibu-ibu kena ambil unpaid leave/emergency leave untuk jaga anak kat hospital ? Apa kata kalau takaful bayarkan elaun harian hospital sehari RM 90. 10 hari anak warded dapat Rm 900 dah. Ape adahal dengan unpaid leave, anak lebih utama.

Ha, anak dah ada medical card tak ?
Nak selesa macam no 1 - 4, kena la invest sikit untuk anak.






Pada table kat atas, abg bagi dua (2) pilihan pakej iaitu BASIC dan XTRA. Nak cover lebih lagi ada ja pakej lain, tapi expect caruman yang lebih sedikit ya. Boleh contact abg untuk pakej perlindungan yang lebih tinggi. 

Kat sini abg nak cerita pakej yang Affordable dan Reasonable untuk orang kebanyakan.

Penjelasan Benefit Pakej Takaful di atas;

1. Kematian/Hilang Upaya Keseluruhan
- Sejumlah bayaran atas kematian/hilang upaya keseluruhan yang terjadi pada anak akan dibayar kepada pencarum. Pencarum di sini adalah sama ada ibu atau bapa kepada anak yang dilindungi.


2. Bayaran penyakit kritikal
- Hanya pada pelan Xtra

- Sejumlah bayaran dibayar kepada pencarum jika anak menghidap mana-mana 36 penyakit kritikal.

- Fungsi benefit ini adalah bagi membolehkan ibu/bapa dapat duit cash, ambil cuti jaga anak dengan duit tersebut dan buat rawatan alternatif untuk anak (yang mana rawatan alternatif tidak cover di bawah benefit medical card seperti rawatan Islam, sinseh dan lain-lain).

3. Kad Perubatan Anak (Medical Card)
- Had tahunan RM 100,000. Tiada had seumur hidup

- Kelayakan bilik wad RM 150, jika masuk bilik lebih tinggi, hanya bayar caj perbezaan bilik wad

- Fungsi benefit ini bagi membolehkan anak dapatkan rawatan (inpatient) di hospital panel dan hospital swasta tanpa perlu bayar kos rawatan.

- Anak sekarang banyak terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit, HFMD, Demam Tonsil, Campak dan macam-macam hal lagi.

- Ibu nak jaga anak kat hospital lebih selesa, bilik wad yang selesa, nak pilih hospital yang dekat dengan rumah untuk ulang-alik pun boleh. Malah jika ada doktor pilihan (family doktor) yang bertugas kat hospital panel pun kita boleh request doktor tersebut untuk rawat anak kita




4. Badal Haji/Khairat Kematian
- Hanya pada pelan Xtra

- Sebagai tambahan kepada benefit di Nombor 1 (kematian)

- Sejumlah RM 5,000 akan diperuntukkan untuk buat upah haji (badal haji) sekiranya anak yang dilindungi meninggal dunia

- Sejumlah RM 2,000 akan dibayar kepada pencarum dalam masa 24 jam tuntutan diterima (waktu bekerja) untuk meringkankan kos pengurusan jenazah anak

5. Elaun Harian Hospital
- Amaun berbeza bagi pelan Basic & Xtra

- Bagi anak bawah 4 tahun, bayaran elaun harian hospital adalah sebanyak 50%. 4 tahun dan ke atas 100%.

- Fungsi benefit ini sebagai mengantikan pendapatan pencarum yang terpaksa bercuti untuk jaga anak di wad hospital. Dah anak masuk hospital, tak kan parent tak stay jaga. Masuk wad seminggu, dah parent cuti seminggu jugak jaga anak. 

Dengan adanya elaun harian hospital, anak discaj wad pencarum boleh claim elaun harian hospital. Contoh pelan Xtra, sehari RM 90 x 7 = RM 630 (Untuk anak bawah 4 tahun, dapat 50%-RM315). Siapa nak bagi RM 630 untuk jaga anak seminggu kat hospital kan.

6. Pembayar Meninggal Dunia/Sakit Kritikal
- Hanya untuk pelan Xtra

- Jika pencarum meninggal dunia, ditimpa penyakit kritikal 36 atau hilang upaya keseluruhan, bayaran takaful anak akan dikecualikan (jadi free) sehingga anak mencapai umur 21 tahun

- Fungsi benefit ini bagi membolehkan si anak menikmati perlindungan takaful secara percuma walaupun si pencaruman iaitu sama ada ibu/ayah telah meninggal dunia, sakit kritikal ataupun terlantar hilang upaya

7. Anggaran Tunai Pelaburan Jangka Panjang
- Sijil takaful perlindungan anak ini adalah sijil takaful berkaitan dengan pelaburan. Sebahagian dari jumlah caruman akan diperuntukkan untuk pelaburan

- Jumlah tunai pelaburan ini TIDAK DIJAMIN amaunnya

- Bermaksud ianya boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang daripada anggaran kerana tertakluk kepada prestasi pelaburan sebenar

- Duit pelaburan ini boleh dikeluarkan pada kemudian hari dengan syarat pengeluaran minima RM 500 dan baki minima perlu tinggal selepas pengeluaran RM 1,000

- Dalam kes pembatalan perlindungan, 100% baki pelaburan akan dibayar kepada pencarum

- Contoh pelan di atas, lepas 20 tahun mencarum dijangka ada duit pelaburan RM 24,000 (Basic) / RM 28,000 (Xtra), boleh withdraw untuk modal pendidikan anakdeposit kereta anak, deposit beli rumah anak.

- Dalam tempoh 20 tahun nak accumulate duit pelaburan, anak dah dilindungi untuk masuk hospital kerana sakit.

SYARAT UNTUK APPLY PAKEJ NI
- Pakej ni hanya ditawarkan kat website abg dan hanya ditawarkan oleh abg aje. Please jangan mintak atau tanya kat abg nak agent yang duduk kat tempat sekian-sekian dengan pakej yang sama macam ni. Tak janji boleh dapat macam ni 😁

- Pakej ni abg hanya offer untuk signup secara ONLINE sahaja. Borang semua akan dihantar melalui emel/whatsapp. Duduk Sabah Sarawak pun boleh apply, no hal. Abg guide sampai setel

- Anak yang hendak dilindungi mesti bebas dari sebarang rekod penyakit @ kemasukkan ke hospital. Kalau ada rekod penyakit, whatsapp kat abg untuk checking sama ada masih layak atau tidak


MACAM MANA NAK APPLY PAKEJ NI ?

- Okay kalau berminat nak apply atau ada pertanyaan lanjut yang abg tak jelaskan kat sini, boleh klik link di bawah untuk whatsapp abg ye. Nyatakan sekali nama dan tarikh lahir anak ya beserta pakej pilihan Basic atau Xtra.

- Nanti abg bantu signup sampai dapat sijil takaful anak


Wasap abg kat sini
Https://wasap.my/60134044072

Atau klik borang online
KLIK SINI

Atau add contact secara manual:
013-4044072


Contoh Claim Medical Card Takaful Anak


Klien abg baby umur 11 bulan. Kena cirit birit seminggu. Parents bawak pergi hospital, kena warded.

Untuk 3 hari rawatan dalam wad, kena bil RM 4,815



Mujur amek medical card cepat. Semua bil medical card cover dah. 

Kalau nak bayar duit sendiri, mau parents sekali tercirit 😂



Search term: pelan insurans anak, pelan insurans pendidikan, pelan pendidikan, pelan pendidikan anak, takaful pendidikan, insurans pendidikan

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saya tak perlu amik takaful, sebab company saya dah cover unlimited


“Saya tak perlu amik takaful, sebab company saya dah cover unlimited”

Oh, begitu ya..

Tapi kau jangan lupa, BN memerintah pun 60 tahun je. Bukan selama-lamanya.

Sama jugak kau keje kat company tu pun, mungkin sampai umur 60 je. Lepas tu? Sape nak cover kau?




Bila BN dah tak memerintah, kau tengok apa yang dah dihapuskan, apa yang dah ditukar?

JKKKK dah takde. SPAD dah tukar nama. GST dah jadi SST. BR1M dah jadi BSHR.

Macam tu jugak bila kau dah pencen nanti. Banyak benda yang kau akan hilang. Coverage company dah takde. Taraf kesihatan pun dah bertukar. Kalau dulu sihat, lepas pencen dah ada kencing manis darah tinggi pulak.

Masa umur 60 dan bila dah berpenyakit itu ini tu kau baru nak approach agent supaya amik kau jadi client, dah tak dapat dah..

Cuba kau bayangkan situasi ni. Kita amik contoh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun patutnya belum bersara, tapi bila dia buat hal dengan boss, kena pecat. Dah takde apa-apa keistimewaan dalam UMNO.

Serupa macam kau lah. Maybe belum sampai umur bersara, tapi kau gaduh dengan boss, kena buang keje. Dah takde coverage.

Gitulah dia.

Kalau kau mengharap sangat coverage dari company je tanpa buat apa-apa persediaan, seumpama kau mengharap BN kekal memerintah 1,000 tahun.

Maaf. Ini bukan post politik. Ini nak bagi kau senang paham je. Paham? 😁

Kredit post : Suzilah Zainuddin

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, September 7, 2018

BANK HSBC - SI BAKHIL MENAFIKAN UBAT-UBATAN KAKITANGAN

BANK HSBC - SI BAKHIL MENAFIKAN UBAT-UBATAN KAKITANGAN

Pada 21hb Mac 2018, Ken seorang staf kanan di Bank HSBC pergi ke dispensary untuk mengambil ubatnya sesudah selesai pemeriksaan kesihatan rutin. Staf di dispensari memberitahu bahawa mereka telah menerima arahan dari Bank HSBC supaya jangan membekalkan ubat dan rawatan yang telah dia terima semenjak 23 tahun yang lalu.

Ken segera menghubungi Pengurus Kanan, Alan Sunil Netto yang memberi jaminan beliau akan semak perkara tersebut. Walaupun menghantar e-mel dan WhatsApp, tidak ada maklum balas dari Encik Alan.



Ken sedar kalau dia tidak mengambil ubat preskripsi oleh doktornya itu nyawanya dalam keadaan merbahaya, maka Ken membeli ubat tersebut dengan wang sendiri.

Tiga puluh (30) hari selepas aduan dibuat, Alan bangun dari tidur dan menjawab bahawa dia akan memberi maklum balas kepada Ken dalam masa seminggu. Tiga hari selepas itu Alan jawap menyatakan bahawa perkara tersebut sedang dibincangkan dengan pihak dispensari dan rakannya akan menghubunginya Ken.

Kemudian Shareen Teoh dari Jabatan Sumber Manusia HSBC mengarahkan Ken untuk mendapatkan pendapat perubatan kedua pula. Ken menepati perintah itu. Dalam pada itu, Ken terus mengingatkan Alan kerana dia tidak memberi maklum balas seperti yang dijanjikan. (Kita hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Allan telah meneruskan tidurnya!)

Tujuh puluh lima (75) hari kemudian Shareen Teoh menjawab bahawa hanya salah satu ubat daripada senarai preskripsi asal akan dibekalkan dengan syarat, kali ini ialah Ken mendapat Preskripsi Pakar pula!

Walaupun Ken memberikan Preskripsi Pakar kepada pihak Bank HSBC, masalahnya tidak berakhir. Bank HSBC memberitahunya bahawa preskripsi itu akan dikaji semula!

Pendek kata, Ken terpaksa membuat dua (2) kilanan sebelum dia diberi rawatan dan ubatnya. Keluhan Ken masih tidak selesai kerana Bank HSBC cuba untuk menafikan akses rawatan perubatan seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Kolektif kepada kepada Ken dan ahli NUBE yang lain.

Layanan yang tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Ken adalah manifestasi keangkuhan Bank HSBC terutamanya Pengurusan HR yang tidak produktif dan kurang berprestasi.

Ini adalah perompak zaman moden yang diketuai oleh Calister Koh dan seorang CEO British Stuart Milne; yang sanggup melentur ke belakang semata-mata untuk menafikan manfaat perubatan pekerja mereka dan juga melanggar peruntukkan yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif.

Post Asal: NUBE Malaysia 
(Labour Union for Bank Employee Malaysia)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kenapa pesakit kanser, bila stage 3-4 baru detect kanser ?

Pernah tak awak terfikir...

Kenapa pesakit kanser, bila stage 3-4 baru detect kanser ?

Antara sebabnya ialah kita abaikan EARLY DETECTION.

Contoh paling mudah, Blood Test.

Berapa ramai yang buat annual blood test secara sukarela untuk check keadaan badan ?

Rata-rata hanya buat blood test bila dah sakit. Tu pun blood test yang tak menyeluruh pun. Hanya test untuk virus demam-demam biasa.

Buatlah blood test at least setahun sekali. Kos biasa dalam Rm 150 untuk 50++ jenis test antaranya test kadar kolestrol, gula, fungsi buah pinggang, macam-macam lagi, boleh tambah lagi test untuk kanser (Cancer Tag). 

Kat mana nak buat ?
Kalau ada klinik panel company, pergilah.
Kalau tak ada, spend sikit duit buat kat Pathlab, BP lab. Kadang-kadang depa bagi promo macam-macam untuk blood test.

Kanser penyakit mahal.
Hargai kesihatan.


Dari perspektif perlindungan takaful pula, untuk yang masih sihat, adalah dinasihatkan untuk ambil coverage kanser atau coverage penyakit kritikal yang sama jumlahnya dengan 5 tahun gaji.

Contoh gaji setahun RM 36,000 (sebulan RM 3,000), maka coverage untuk kanser/penyakit kritikal perlu ada RM 180,000

Kenapa kena 5 tahun gaji?

Kerana secara puratanya seorang pesakit kanser mengambil masa 5 tahun untuk menjalani rawatan dan pulih dari penyakit kanser. Jadi dengan perlindungan kewangan selama 5 tahun, pesakit kanser boleh bercuti tanpa gaji untuk buat rawatan kesihatan. 

Contact abg kalau nak buat coverage takaful untuk kanser @ penyakit kritikal.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, September 4, 2018

Konon Bincang Dengan Isteri....



"Saya nak bincang dengan isteri".

Ni antara alasan orang lelaki untuk elak ambil takaful. Kalau dia bincang nak buat pilihan Hibah RM 1 juta atau RM 2 juta takpe jugak. :D

Yang kesiannya, bila kematian datang mengejut, accident, heart attack, stroke.... Tiba-tiba isterinya tanya;


"Cik, arwah suami saya dulu ada jumpa cik dia ambil pelan takaful berapa ya?"

Abg jawab jujur aje la ye

"Maaflah puan, arwah tak amek apa-apa dengan saya. Dia cakap nak bincang dulu dengan puan."

Satu sen pun tak tinggal untuk isteri dan anak-anak.
Malah yang tinggal JELAS hanya angka-angka hutang-piutang.



Awak tak nak sign up takaful.
Awak bagi la alasan apa pun kat abg.
Abg LANGSUNG tak kisah.
Sebab abg dah selesaikan bahagian tanggungjawab abg.
Tinggal bahagian tanggungjawab awak aje.

Jangan kemudian hari kata abg tak cakap, abg tak pesan, abg tak cerita pasal takaful. Ni semua masalah attitude awak sendiri.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Buat Income Dengan Bisnes Takaful

Bisnes takaful adalah bisnes yang punyai pasaran yang sangat luas. Buktinya cuba check dalam family kita sendiri berapa ramai yang dah dilindungi perlindungan takaful (insured). Kalau ada pun, sekadar ada, iaitu underinsured.

Jom terokai peluang buat pendapatan mingguan (Zurich Takaful bayar komisyen secara mingguan) dengan modal yang rendah dan potensi bisnes yang besar.

Margin lebih tinggi, usaha yang sama hasil yang lebih. Satu jualan, komisyen selama 6 tahun.

Market luas, dari bayi baru lahir sehingga warga emas 69 tahun.

Reward dan contest menarik daripada syarikat takaful. Ada reward bulanan dan ada reward grand oversea trip.



Jom FREE business preview
Dah preview, rasa sesuai dengan hati, baru proceed daftar 

Millionaire Me Talk
Zurich Takaful Setia Alam
6 Sept (Khamis)
8.00-10.00pm

Pm abg untuk dapatkan tiket preview percuma.
013.404.4072

Siapa yang berusaha Insyaallah ada rezekiNya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, September 3, 2018

Senarai Penyakit Yang Takaful Akan Reject / Kenakan Pengecualian (Exclude)

Setiap takaful terutamanya medicalcard perlu isytihar (declare) segala rekod hospital @ penyakit sedia ada.

Selepas itu, barulah pihak underait (underwriter) tentukan sama ada permohonan tersebut Diterima @ Ditolak (rejected) @ Dikecualikan untuk dilindungi (exclusion).

Berikut adalah senarai penyakit yang menyebabkan pemohonan kita ditolak (REJECTED) @ dikecualikan (EXCLUSION).

Anda masih sihat? Jom sertai Takaful supaya kesihatan anda dapat dilindungi 100%.

Sambil menyumbang, kita sama-sama dilindungi. 😇

Senarai Penyakit Yang Reject Untuk Permohonan Takaful Medical Card






Senarai Penyakit Yang Dikecualikan Dari Cover (Exclude kerana telah ada rekod sebelum memohon) Untuk Permohonan Takaful Medical Card





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, September 2, 2018

22 TANDA ANGIN DALAM BADAN

22 TANDA ANGIN DALAM BADAN

1 - Selalu kelesuan , keletihan atau tidak bertenaga walaupun tak buat kerja berat

2 - Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal

3 - Tapak tangan / kaki berasa sejuk walaupun bukan musim sejuk

4 - Selalu menguap/mudah mengantuk walaupun sudah cukup tidur

5 - Sukar untuk bernafas atau nafas pendek-pendek / tak puas bernafas



6 - Rasa tegang/ketat di tengkuk dan pinggang, tak keruan

7 - Kulit kering

8 - Sakit kepala atau migrain, selalu denyut-denyut kepala, stress

9 - Perasaan mudah marah, hal kecil pun nak melenting, sikit-sikit nak marah

10 - Hilang selera makan

11 - Hilang/kurang nafsu seks

12 - Ketidakselesaan badan , sebu perut , gelisah

13. Selalu fikir nak mati, pucat

14. Perasaan takut tak bersebab / terketar-ketar / kadang boleh sampai berguling menahan sakit

15. Selalu berdebar-debar tak tahu punca, kadang-kadang berhari-hari juga

16. Semput, badan menggeletar

17. Selalu sendawa walaupun bukan kekenyangan / kentut pun ye jugak

18. Kembung perut, sapu minyak pun tak jalan

19. Senak ulu hati

20. Tiba-tiba nak muntah walaupun bukan simptom alahan mengandung

21. Hidup selalu tak tenang, gelisah dan tak keruan

22. Kalau gastrik, terlalu kenyang tak boleh, terlalu lapar pun tak boleh

RESEPI BUANG ANGIN DALAM BADAN

Untuk :
Hilangkan sakit-sakit badan.
Angin kebas-kebas kaki tangan.
Susah buang air besar.
Cuci darah beku (lancarkan aliran darah).

Bahan :

1) Halba sepeket, guna 2-3 sudu besar
2) Halia dlm 3 inci
3) Serai 2 batang
4) Asam Jawa 1sudu
5) Air dlm 1000 ml

Cara :

Bahan halba, halia dan serai diketuk atau dihiris pun boleh. Kemudian rebus semua tu sampai mendidih.

Angkat campur dengan asam jawa satu sudu, kacau2 minum masa nak tidur.

Minum masa air tu suam-suam.

Esok pagi bangun badan jadi segar.. 
Insha Allah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Waktu Terbaik Check Tekanan Darah

Waktu terbaik check tekanan darah adalah pada waktu pagi. Kalau tinggi pada waktu tu, risiko nak dapat stroke dan heart attack tu ada. Tekanan darah kita biasanya paling tinggi waktu pagi. Dikenal sebagai 'morning surge'.




Bacaan darah tinggi adalah darah naik lebih dari 140/90.

Kalau ada orang kata boleh hilang penyakit darah tinggi tu biasanya tak berape tepat la sebab darah tinggi sangat complex. Sistem badan kita tak mampu dah nak turunkan tekanan darah ke bahagian yang lebih rendah, sebab tu makan ubat-ubat hospital setiap hari. Ubat hospital boleh tolong turunkan dalam masa 12 hingga 24 jam.

Kalau kita biar je darah kita naik tak buat ape, tak makan ubat doktor bagi tu, kita akan menyebabkan jantung kita kena pam darah lebih kuat sebab nak lawan tekanan yang tinggi dari saluran-saluran darah organ. 

Lama-lama jantung penat. Bila dia dah penat, pam tak kuat.. Mengah-mengah la kita jadinya. Darah ke organ pun tak sampai.. Sebab tu buah pinggang rosak..

Sayangi diri
Jaga kesihatan

Kredit info: Dr Hanis Hidayu

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kenapa VS Kerana

KENAPA VS KERANA

Kenapa ada yang memancing ikan dan sanggup menunggu berjam walaupun hasilnya belum pasti? 

Sedangkan boleh sahaja membeli ikan di pasar.

# Kerana merasa puas dan seronok apabila mata kail disentap oleh si ikan.




Kenapa ada yang menanam sayur di rumah walaupun kadang subur kadang tak menjadi? Sedangkan boleh sahaja membeli sayur di pasar.

# Kerana seronok apabila benih ditanam bercambah, membesar dan memberi hasil.


Kenapa ada yang minum kopi di luar rumah? sedangkan isteri di rumah boleh buatkan kopi?

# Kerana mencari idea atau ilham sambil minum kopi.


Kenapa hendak berniaga sedangkan pendapatan tetap bulanan sudah mencukupi?

# Kerana seronok apabila pelanggan puas hati dan berterimakasih dengan barang atau perkhidmatan yang disediakan.


Kenapa hendak sertai takaful? Sedangkan rumah, tanah, simpanan, pelaburan semuanya sudah cukup buat keluarga?

# Kerana ada tujuannya, ada kegunaannya, ada manfaatnya yang perlu diketahui.

RUMUSAN

Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada tujuannya.

Fahami tujuan sesuatu perkara yang kita lakukan, barulah ianya akan memberi makna.

Kredit info: MrYusof Trainer

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Isi Sampel Urin (Air Kencing) Dalam Bekas Sampel

Kalau doktor minta sampel air kencing atau urin, bukannya terus masuk tandas, buka penutup dan tadah masuk container isi minyak.

Caranya :

▫️Lap bersih dahulu bahagian sekitar kemaluan supaya bakteria di sekitar kemaluan tidak ikut terbawa ke dalam sampel.



▫️Bagi kaum wanita, bersihkan kawasan kemaluan dari depan ke belakang. Bersihkan cairan sekresi vagina dan darah menstruasi (period) jika ada untuk menghindari kontaminasi pada sampel urine.

▫️Keluarkan urin terlebih dahulu sekitar 1-2 saat dan biarkan urin tersebut terbuang. Kemudian baru masukkan urin seterusnya ke dalam container sampel. Tak perlu terlalu penuh. Hanya sekitar 3-5 cm dari dasar container.

▫️Tutup rapat supaya tidak tumpah dan terkontaminasi.

▫️Bersihkan bagian luar container urin menggunakan tisu dan cuci tangan setelah melakukan pengambilan sampel.

Barulah puas hati dapat result “urine test” yang agak accurate sebab dah pasti urine memang bersih daripada sebarang bakteria.

Kredit info: Lala Marina

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus