Kepada peniaga, mesti selalu berdepan masalah orang mintak diskaun, mintak bayar secara ansuran, mintak harga adik beradik kan. Nah ini kata-kata hikmah yang boleh gantung kat kedai. 😂
▼
Monday, August 27, 2018
Petua Urutan Jari Tangan
Abg dah simpan gambar ni lama dah nak share. Jadi di kesempatan yang ada ni, abg nak share petua urutan jari tangan untuk masalah pening sakit kepala, batuk, sakit jantung dan tidur malam berdengkur.
Sumber ni dapat dari group whatsapp abg.
Semoga ada manfaatnya.
Ubat Sinseh Untuk Batu Karang - Shi Lin Tong Pian
Abg nak share ubat kedai cina untuk masalah batu karang dan kencing tak lawas. Nama ubat ni Shi Lin Tong. Kalau pergi kedai ubat cina, sebut nama ubat ni, dia akan bagi macam botol kat atas.
Sama ada dalam botol warna putih atau warna biru. Botol warna biru rasa dia pahit. Yang warna putih kurang pahit sebab disalut gula (sugar coated).
Abg dah lupa dos makan dia. Jika tak silap, makan sehari 3 kali, setiap kali makan 4/5 biji pil. Dan perlu minum banyak air masak.
Ayah abg kena batu karang, kencing pun tak lawas. Jadi pergi kedai cina, dia suggest Shi Lin Tong. Untuk batu karang yang kecik, ada keberkesanannya. Untuk yang besar, payah sikit. Apa pun boleh dijadikan usaha dan ikhtiar untuk yang menghadapi masalah batu karang dan kencing tak lawas.
Harga ubat sinseh ni tak mahal. Sebotol tak sampai RM 15 kat tempat abg ni.
PERINGATAN
Ini adalah persediaan tradisional. Jangan tinggalkan ubat yang diberikan oleh hospital dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda sedang dalam rawatan ubat-ubatan hospital ya.
Medical Card Zurich Takaful Naik Harga (Repricing)
Sebagai agent takaful yang ramai klien di bawah abg, ingin abg maklumkan bahawa bagi klien Medical Card Standalone (Pelan Medical Card semata-mata), bahawa Zurich Takaful dalam proses untuk menaikkan caruman premium medical card.
Berapa banyak kenaikkan carumannya ?
Cadangan kenaikan caruman adalah seperti di jadual di bawah. Di bahagian atas jadual adalah caruman tahunan baharu dan di bahagian bawah jadual adalah caruman tahunan sedia ada/lama.
Siapa yang akan terkesan dengan kenaikan caruman ini ?
Kesemua klien yang baru nak ambil dan yang telah ambil akan terkesan dengan caruman baharu ini.
Seperti prosedur biasa syarikat takaful, notis perubahan atau kenaikan caruman hendaklah dimaklumkan kepada semua klien dalam masa 90 hari sebelum perubahan atau kenaikan caruman.
Pada perancangan awal, Zurich Takaful telah membuat perancangan untuk memaklumkan kepada pelanggan sedia ada bermula 6 Ogos 2018. Perubahan caruman baharu untuk pelanggan sedia ada akan berkuatkuasa pada 6 November 2018.
Walaubagaimanapun, perancangan kenaikan ini telah ditangguhkan kepada tarikh lain (tidak dimaklumkan) kerana mendapat kritikan dan bantahan dari agent Zurich Takaful di atas kadar kenaikan caruman yang tinggi, menghampiri kenaikan 100% serta beberapa sebab bantahan yang lain.
Abg pun antara agent yang bantah. Bagi abg, yang bayar komisyen agent bukan Zurich Takaful, tapi adalah klien abg. Sebab apa, kalau klien abg stop polisi, ingat Zurich Takaful nak bayar ke komisyen abg macam biasa. Jangan haraplah. 😎
Sebenarnya kenaikan caruman medical card adalah perkara biasa, cuma tak sepatutnya naik sampai 100% ye dak. Kenaikan pun sepatutnya dijelaskan dan disokong dengan fakta angka iaitu jumlah claim medical card dibayar VS jumlah caruman terkumpul. Baru la klien-klien boleh terima dan faham. Ye dak.
So, apa penyelesaiannya untuk klien yang nak medical card ?
Buat masa sekarang, abg memang tak jual produk medical card standalone lagi sebab isu repricing ni. Untuk mereka yang nak medical card, abg akan buat medical card rider bawah Takafulink secara pakej.
Ramai agent Zurich Takaful, mereka dah form satu group buat medical card pelan Medisavers dari syarikat MXM. Khabarnya benefit medical card di sana lebih strategik, takda pening kepala macam jadi agent sekarang dengan Balance ScoreCard. Soon jika abg join group di sana, abg akan update produk kat blog abg ni okay. Kalau abg tukar company, dont worry, abg akan bawak semua klien-klien abg pindah ye.
For the moment, abg masih agent Zurich Takaful.😊
Friday, August 24, 2018
Pakej Takaful Untuk Bayi / Anak
Pakej Takaful Untuk Bayi
Pakej Takaful Untuk Anak
Abg nak share pada semua Pakej Takaful Untuk Bayi / Anak umur di bawah 6 tahun. Untuk anak umur 6 tahun ke atas, sila contact abg untuk dapatkan pakej takaful sebab benefitnya tak sama untuk bawah 6 tahun @ baby.
Pada table kat atas, abg bagi dua (2) pilihan pakej iaitu BASIC dan XTRA. Nak cover lebih lagi ada ja pakej lain, tapi expect caruman yang lebih sedikit ya. Boleh contact abg untuk pakej perlindungan yang lebih tinggi.
Kat sini abg nak cerita pakej yang Affordable dan Reasonable untuk orang kebanyakan.
Penjelasan Benefit Pakej Takaful di atas;
- Sejumlah bayaran atas kematian/hilang upaya keseluruhan yang terjadi pada anak akan dibayar kepada pencarum. Pencarum di sini adalah sama ada ibu atau bapa kepada anak yang dilindungi.
2. Bayaran penyakit kritikal
- Hanya pada pelan Xtra
- Sejumlah bayaran dibayar kepada pencarum jika anak menghidap mana-mana 36 penyakit kritikal.
- Fungsi benefit ini adalah bagi membolehkan ibu/bapa dapat duit cash, ambil cuti jaga anak dengan duit tersebut dan buat rawatan alternatif untuk anak (yang mana rawatan alternatif tidak cover di bawah benefit medical card seperti rawatan Islam, sinseh dan lain-lain).
3. Kad Perubatan Anak (Medical Card)
- Had tahunan RM 100,000. Tiada had seumur hidup
- Kelayakan bilik wad RM 150, jika masuk bilik lebih tinggi, hanya bayar caj perbezaan bilik wad
- Fungsi benefit ini bagi membolehkan anak dapatkan rawatan (inpatient) di hospital panel dan hospital swasta tanpa perlu bayar kos rawatan.
- Anak sekarang banyak terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit, HFMD, Demam Tonsil, Campak dan macam-macam hal lagi.
- Ibu nak jaga anak kat hospital lebih selesa, bilik wad yang selesa, nak pilih hospital yang dekat dengan rumah untuk ulang-alik pun boleh. Malah jika ada doktor pilihan (family doktor) yang bertugas kat hospital panel pun kita boleh request doktor tersebut untuk rawat anak kita
4. Badal Haji/Khairat Kematian
- Hanya pada pelan Xtra
- Sebagai tambahan kepada benefit di Nombor 1 (kematian)
- Sejumlah RM 5,000 akan diperuntukkan untuk buat upah haji (badal haji) sekiranya anak yang dilindungi meninggal dunia
- Sejumlah RM 2,000 akan dibayar kepada pencarum dalam masa 24 jam tuntutan diterima (waktu bekerja) untuk meringkankan kos pengurusan jenazah anak
5. Elaun Harian Hospital
- Amaun berbeza bagi pelan Basic & Xtra
- Bagi anak bawah 4 tahun, bayaran elaun harian hospital adalah sebanyak 50%. 4 tahun dan ke atas 100%.
- Fungsi benefit ini sebagai mengantikan pendapatan pencarum yang terpaksa bercuti untuk jaga anak di wad hospital. Dah anak masuk hospital, tak kan parent tak stay jaga. Masuk wad seminggu, dah parent cuti seminggu jugak jaga anak. Dengan adanya elaun harian hospital, anak discaj wad pencarum boleh claim elaun harian hospital. Contoh pelan Xtra, sehari RM 90 x 7 = RM 630 (Untuk anak bawah 4 tahun, dapat 50%-RM315). Siapa nak bagi RM 630 untuk jaga anak seminggu kat hospital kan.
6. Pembayar Meninggal Dunia/Sakit Kritikal
- Hanya untuk pelan Xtra
- Jika pencarum meninggal dunia, ditimpa penyakit kritikal 36 atau hilang upaya keseluruhan, bayaran takaful anak akan dikecualikan (waiver) sehingga anak mencapai umur 21 tahun
- Fungsi benefit ini bagi membolehkan si anak menikmati perlindungan takaful secara percuma walaupun si pencaruman iaitu sama ada ibu/ayah telah meninggal dunia, sakit kritikal ataupun terlantar hilang upaya
7. Anggaran Tunai Pelaburan Jangka Panjang
- Sijil takaful perlindungan anak ini adalah sijil takaful berkaitan dengan pelaburan. Sebahagian dari jumlah caruman akan diperuntukkan untuk pelaburan
- Jumlah tunai pelaburan ini TIDAK DIJAMIN amaunnya
- Bermaksud ianya boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang daripada anggaran kerana tertakluk kepada prestasi pelaburan sebenar
- Duit pelaburan ini boleh dikeluarkan pada kemudian hari dengan syarat pengeluaran minima RM 500 dan baki minima perlu tinggal selepas pengeluaran RM 1,000
- Dalam kes pembatalan perlindungan, 100% baki pelaburan akan dibayar kepada pencarum
- Contoh pelan di atas, lepas 20 tahun mencarum dijangka ada duit pelaburan RM 24,000 (Basic) / RM 28,000 (Xtra), boleh withdraw untuk modal pendidikan anak, deposit kereta anak, deposit beli rumah anak.
- Dalam tempoh 20 tahun nak accumulate duit pelaburan, anak dah dilindungi untuk masuk hospital kerana sakit.
- Contoh pelan di atas, lepas 20 tahun mencarum dijangka ada duit pelaburan RM 24,000 (Basic) / RM 28,000 (Xtra), boleh withdraw untuk modal pendidikan anak, deposit kereta anak, deposit beli rumah anak.
- Dalam tempoh 20 tahun nak accumulate duit pelaburan, anak dah dilindungi untuk masuk hospital kerana sakit.
SYARAT UNTUK APPLY PAKEJ NI
- Pakej ni hanya ditawarkan kat website abg dan hanya ditawarkan oleh abg aje. Please jangan mintak atau tanya kat abg nak agent yang duduk kat tempat sekian-sekian dengan pakej yang sama macam ni 😁
- Pakej ni abg hanya offer untuk signup secara ONLINE sahaja. Borang semua akan dihantar melalui emel/whatsapp. Duduk Sabah Sarawak pun boleh apply, no hal. Abg guide sampai setel
- Anak yang hendak dilindungi mesti bebas dari sebarang rekod penyakit @ kemasukkan ke hospital. Kalau ada rekod penyakit, whatsapp kat abg untuk checking sama ada masih layak atau tidak
MACAM MANA NAK APPLY PAKEJ NI ?
- Okay kalau berminat nak apply atau ada pertanyaan lanjut yang abg tak jelaskan kat sini, boleh klik link di bawah untuk whatsapp abg ye. Nyatakan sekali nama dan tarikh lahir anak ya beserta pakej pilihan Basic atau Xtra.
- Nanti abg bantu signup sampai dapat sijil takaful anak
Atau add contact secara manual:
013-4044072
Search term: pelan insurans anak, pelan insurans pendidikan, pelan pendidikan, pelan pendidikan anak, takaful pendidikan, insurans pendidikan
Thursday, August 23, 2018
Kenangan Internet Zaman Dulu
Dulu nak main internet, kena cabut wayar telefon ganti masuk wayar modem. Bila orang call nombor rumah, engage manjang. Mak ayah call rumah tak dapat-dapat sebab engage, sekali mak ayah balik, habis kena marah. Hahahaha
Dulu takda handphone untuk call. Talian rumah jadi perhubungan telefon utama untuk call.
Cerita nak akses internet pulak, kena beli kredit kad topup. Macam topup data. Waktu guruh tak boleh online, kena sambar petir habis modem short dengan komputer.
Speed dulu tak laju macam sekarang. 56k kot, nak connect pun kena dial-up lau dulu. Yahoo messenger, MIRC, friendster, ni la makanan online dulu-dulu.
Kenangan Public Phone
Rasanya budak-budak sekarang tak tau satu ketika dulu ada public phone. Ada yang pakai duit syiling, ada yang pakai kadfon. Kadfon siap kumpul buat collection lagi tu.
Legend benda ni.
Zaman cinta monyet dulu, nak pakai benda ni kena beratur weh.
Elok tengah beratur nak guna, bila ko jeling orang depan tengok baki dia tinggal 10sen, tup tup dia buh lagi coin singgit..
Perasaan ko masa tu
"Pfffffffttttt"
Tu kalau buh coin. Kalau hat yang cucuk kad fon, lagi pffffffttttt. Hehehe.
Kini public phone hanya tinggal pondok dan tinggal kenangan.
Financial Protection Untuk Perempuan
Orang perempuan mesti ada financial protection takaful.
1. Perempuan mudah dapat penyakit. Dari sekecil penyakit cyst sampai ke sebesar penyakit kanser.
2. Ada suami, belum tentu suami bersedia untuk tanggung kos tambahan rawatan isteri bila sakit. Kena Rm 1,000 suami ok lagi, kena Rm 50,000 menganga si suami.
3. Masuk hospital 3 minggu, agak-agak suami boleh ke nak cuti lama 3 minggu macam tu je? Cuti dah la unpaid leave, berhabis duit lagi kat hospital, ulang alik makan minum jaga orang kat hospital pun boleh tahan kosnya.
Zaman sekarang kesetiaan suami isteri tak kuat macam dulu. Banyak kes isteri yang sakit ditinggalkan suami macam tu aje.
Bila suami sakit, isterinya pasti ada disisi katil wad.
Bila isteri sakit, suami belum tentu ada disisi katil wad.
Bagi Makan, Buku Di Tangan Anak & Bumbung Di Atas Kepala
Abg bukan bebel saje-saje pasal takaful. Apa yang abg buat hari ni, impak dia besar untuk hidup orang lain. Apa yang abg boleh rancang dengan susunan pelan takaful....
✔Menyediakan makan minum untuk anak yang menjadi yatim
- si ayah meninggal dunia, si ibu akan terima harta hibah untuk kelangsungan hidup
✔Belanja pendidikan anak yang menjadi yatim
- hibah takaful boleh guna buat pendidikan anak walaupun si ayah telah meninggal. Tak perlu potong bajet pendidikan anak kerana kesempitan hidup tanpa ayah
✔Isteri dan anak-anak tak perlu keluar dari rumah yang diduduki
- rumah arwah suami pastinya akan dituntut bahagiannya oleh waris keluarga. Duit hibah takaful membolehkan si isteri tebus rumah dan bayar bahagian faraid waris yang menuntut
Nak buat takaful ni tak susah pun. Yang susahnya awak tu yang tak ambil berat pasal family sendiri. Kannnn
Ambil Gambar Dengan Klien Kat Hospital
Sebagai agent takaful dan insurans, perlu ke ambil gambar dengan klien kat hospital untuk membuktikan kita ni agent yang superb dan kononnya terbaik ? Hehehe
Abg jarangggggg bergambar dengan klien lagi-lagi kalau ziarah kat hospital. Klien tengah sakit, muka pucat tak make up, patut ke abg sibuk nak bergambar. Tak patut tak patut.
Pergi melawat orang sakit.
Ambik gambar. "Share" di FB
Mengundang komen yang menambah kesakitan daripada orang-orang yang jahil.
Parah!
SOP yag betul bila melawat orang sakit.
1. Ziarah
2. Doa
3. Ulang no 1 & 2
SOP non-compliance
Mengambil gambar untuk dikongsi seluruh dunia dan mengundang komen kebudak-budakan yang menambah kesedihan pesakit.
Orang nak kata abg tak ramai klien ke, takde bukti dengan klien ke, abg peduli ape. Yang penting abg dan klien abg tau semua claim urus dengan lancar, duit masuk akaun. Setel. Hehehe
Tuesday, August 21, 2018
Catatan Kursus Bekam (05/2016)
Ini adalah catatan peribadi yang diambil dari Kursus Bekam yang abg hadiri pada 28/05/2016. Dimuatnaik ke blog untuk mudah carian pada masa hadapan sebab buku fizikal dah koyak rabak.
Rawatan Bekam adalah perubatan komplementari. Komplementari dimaksudkan sebagai pelengkapkan.
Antara rawatan komplementari yang lain;
- Modaliti Bekam
- Modaliti Urutan
- Modaliti Akupuntur
- Modaliti Refleksologi
- Modaliti Guasha
Dua (2) perkara yang tak boleh sembuh;
- Tua
- Mati
Tarikh paling BAIK untuk berbekam;
- 17, 19 dan 21 bulan HIJRIAH
- waktu afdal setelah gelincir matahari (2-3pm)
- hari Rabu tak digalakkan berbekam
4 Titik Induk;
- Titik Sunnah
- Titik TCM (Akupuntur)
- Titik Hasyi (titik keluhan/titik sakit)
- Titik Organ
Formula bekam 2:5:5
- 2 minit cupping angin untuk marking area tusukan dan bagi rasa kebas
- 5 minit cupping darah (kes darah banyak 3 minit)
- Repetition 5 minit. Perlu tengok pada warna darah.
- Darah likat, hitam pekak - Repeat
- Darah cair, merah cantik, air warna putih, kuning - Tak perlu repeat
Amalan khusus pembekam
- kitab al mathurat
Jenis-jenis bekam
- Bekam tarik
Kosmetik
Sedut ulang-ulang di kepala
- Bekam kering
cup maksima sebanyak mungkin
guna minyak
untuk diagnos tanda-tanda gelap (penuaan organ)
- Bekam luncur @ gua sha
luncurkan dengan gap
warna gelap - penuaan organ
guna minyak banyak
cara macam bekam tarik
syarat belakang badan mesti aktifkan 3 jalur belakang dulu, 1st tengah, 2nd dan 4rd ikut telinga patient
- Bekam basah
sapu minyak zaitun bawah hidung patient
Teknik tusukan
- Bismillah selawat
- Pusing lawan jam
- Bilangan angka ganjil
Lain-lain tips
- Tekan bawah hidung orang pengsan dengan ibu jari
- Urut area jari tangan kanan (ibu jari)
- Pesakit kencing manis, tanya lambat sembuh @ cepat sembuh. Jika lambat sembut, guna tusukan minima dan tarikan minima
- Prinsip asas bekam: keluarkan darah (tak kira sikit atau banyak)
- Energy negatif transfer dari pesakit secara tak sengaja - sapu limau nipis atau sembur air garam
- Stroke 6 golden hours - cover tengkuk dengan bantal, cucuk 9x dengan jarum bekam di atas cuping telinga, 9x pada dari telunjuk untuk keluarkan darah
Tuesday, August 7, 2018
Bila Dah Nampak Nilai
Insurans sebulan Rm 200
Orang sihat cakap "Mahal."
Orang sakit cakap "Ada pelan yang tinggi lagi tak?"
Bila dah sakit, baru nampak "Value" insurans, langsung tak nampak "Price".