Monday, July 9, 2018

Sakit Kritikal SLE (Sistemic Lupus Erythematosus)

Lepas terawih tadi kawan abg wasap, dia cakap nak jumpa sebab dia nak tanya pasal insurans dan medical card.

Abg pun pegi la jumpa dia. Kitorang pun borak2 la cerita life masing2 sebab lama tak berjumpa. Borak punya borak, dia bagitau abg yang dia menghidap S.L.E (Sistemic Lupus Erythematosus) iaitu sejenis penyakit kritikal. Air mata dia mula bergenang bila cerita penyakit dia tu.

Dia betul2 tak sangka yang dia akan dapat penyakit ini. Bermula dengan demam biasa, selepas itu bila pergi klinik, doktor check darah merah dia sangat kurang dalam badan dia. 3 doktor yang berlainan yang dia jumpa beritahu perkara yang sama iaitu dia menghidap S.L.E.

Akibat penyakit dia ini, dia terpaksa bertukar darah setiap bulan, kulit dia jadi gatal2 dan berkudis, badan dia berasa sangat2 lemah dan tak bermaya.

Sekarang dia terpaksa ambil steriod. Doktor kata lama kelamaan darah dia tidak boleh nak kenal organ2 dalam badan dia sendiri dimana ianya sangat merbahaya dan boleh mendatangkan maut.

Dan yang paling tragis lagi, disebabkan dia kerap sangat mc dan claim untuk medical treatment, bos tempat dia kerja menyingkirkan dia dari tempat keja dengan cara yang halus tanpa memecat dia.

Bos dia tak boleh pecat direct sebab dia kerja bagus dan ramai officemate backup dia. Lagi pun dia sakit bukan saja2 nak tak nak datang kerja. Jadi, bos dia terpaksa guna cara halus untuk singkirkan dia dari company.

Sekarang dia tak bekerja. Dia kata, dia menyusahkan mak dia dan bila dia dah sakit ni, banyak duit yang nak kena keluar. Sudah la tidak bekerja,tidak ada income, kena keluar banyak duit untuk rawat penyakit.



Sebab itu dia nak jumpa abg, dia tanya abg, boleh ke dia nak apply medical card dengn abg. Abg dalam berat hati cakap dengan jujur, beritahu S.L.E ni ialah salah satu jenis penyakit kritikal. Kalau apply confirm kena reject.

Banyak kali dia tanya abg dan merayu2 untuk tolong dia supaya apply medical card sampai approve. Abg memang tak dapat nak buat apa2 kalau dah kes macam ni.

Abg akui abg turut bersalah pada kawan abg ni.

2 tahun dulu masa kawan abg ni sihat walafiat, abg pernah approach dia dengan proposal takaful dan nak tolong dia tapi dia buat tak layan je dengan abg.

Abg punya stail jenis tak suka memaksa orang. Orang tak nak takaful, abg memang tak tunggu. Siapa pernah berurusan dengan abg mungkin lebih mengerti abg bukan jenis paksa atau mendesak orang.

Abg tumpang sedih dengan ujian yang dihadapi kawan abg ini. Doakan semoga dia tabah menghadapi ujian hidup ini.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D