Dalam banyak-banyak anak, yang sulung lelaki tu lah yang aku paling tak percaya..
Kata seorang kenalan yg mempunyai waris 1 isteri, 5 anak. 1 lelaki 4 perempuan.
Kenapa tuan?
Dia sentiasa bangkang bila sy kata harta saya nak di infak kan sebahagian kepada bukan waris faraid. Katanya dia waris lelaki tunggal. Bakal dapat paling banyak. Perlu dapat persetujuan dia.
Sedih saya dengar pengakuan mcm ni.
Tuan buatlah wasiat..
Saya x nak wasiat. Faraid kan dah ada..?
Allah.. dalam wasiat tuan sebutlah pembahagian mengikut faraid. Tapi sebelum pembahagian dibuat, hutang piutang tuan, harta amanah yang tuan pegang, hasrat tuan untuk buat sedikit infak, pemberian kepada bukan waris faraid, akan terlaksana.. up to 1/3. tuan x perlu susah hati macam sekarang ni.. selagi tuan masih hidup, tuan berkuasa penuh atas semua harta yg tuan ada..
.
.
.
Kalau risau pasal harta PUSAKA, rancanglah masa HIDUP. Kalau gagal rancang, REDHA lah. FARAID kan ada. Dah tu rancang taknak, redha pun taknak? Mana satu yang NAK?
Nak rancang masa hidup ni pun macam-macam instrument yang boleh digunakan. Selain wasiat, ada hibah, ada deklarasi harta sepencarian, ada instrument amanah, takaful pun ada. Pilihlah mana2 mengikut kesesuaian tuan puan semua..
Kredit: Azlina Muis
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D