Thursday, June 21, 2018

Claim Kad Hospital - KPJ Tawakkal Specialist - Pharyngitis - RM 3,199

Adoi, dah masuk tahun 2018, baru dan nak up balik kes-kes admit 2017. Tu pun sebab ada masa free sementara korang sibuk berhari raya.

Anak klien dah boleh discaj.
Diagnos Pharyngitis.

Polisi baru amek bulan April 2017.
Admit Jun 2017.

Insurans dah cover kos RM 3,199 untuk bil 3 hari.


Apa benda pharyngitis ni ? Kata google blog: http://elvinajane.blogspot.com

Ia merupakan radang atau inflamasi yang berlaku secara tiba-tiba pada pharynx, bahagian belakang tekak. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan seperti sukar menelan dan gatal.


Antara penyebab Acute pharyngitis adalah Jangkitan virus dan bakteria. Jika ianya disebabkan serangan virus, ia tidak akan bertindakbalas terhadap antibiotik yang diberi. Rawatan yang diberi hanya untuk melegakan simptom sahaja.

Jika ianya disebabkan bakteria, antibiotik akan diberikan. Biasanya ia disebabkan oleh jenis bakteria seperti streptococcus A. 

Antara simptom yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kerap bersin, selesma, sakit kepla, batuk, lemah badan, letih, sakit otot, rasa mengiggil dan demam.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D