Wednesday, June 20, 2018

Berhati-hati Jika Singgah R&R Seremban dan R&R Senawang

Abg nak pesan kat korang yang travel guna Highway Plus.

Kalau ada singgah mana-mana R&R (biasanya jadi arah selatan R&R Seremban, R&R Senawang), lepas keluar dari R&R tu korang drive 1 - 5km then kereta korang jadi high temperature atau enjin berasap...

Ketahuilah kemungkinan skru radiator korang telah dibuka oleh 'penjenayah jalanan' dan menyebabkan air dalam tangki radiator kering. Tak lama korang tersadai kat tepi highway nanti akan datang la kaki / towing truck bengkel konon-konon nak tolong. Kalau ko terpedaya, kereta ko akan ditowing ke bengkel dia dan kena 'pau' RM 400 malah lebih.



Skru radiator tu paling mahal pun boleh beli RM 10 je. Tapi sebab korang jahil, tak reti periksa kereta, ko terpedaya dengan si penjenayah untuk towing kereta pergi bengkel.

Ok, andai kata terjadi kat korang benda macam ni, jangan ikut mana-mana orang yang approach kereta korang untuk towing ke bengkel. Korang check dulu kat bonet depan tu, sama ada skru tu dah dicabut atau boleh cek tengok air dalam reserve tank.

Call plus ronda 1-800-88-0000, mereka boleh bantu towing FREE ke exit tol yang berhampiran. Lepas tu korang try la beli skru tu dari bengkel berhampiran atau beli dari Workshop On Wheel (WOW).

Ada yang pernah kena tak ?


No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D