Sunday, May 20, 2018

Taklimat Kanser di Beacon Hospital Petaling Jaya

Ni cerita tahun lepas, Mei 2017, lawatan Agen Zurich Takaful ke Beacon Hospital Petaling Jaya. Lawatan ni kami belajar pasal kanser dari Oncologi Specialist (Pakar Kanser), Dr Azura Ahmad. 

Ada beberapa point yang abg akan tulis kat sini dari taklimat tu untuk perkongsian dan pengetahuan bersama.



Ini gambar penghidap Breast Cancer stage 4. Orang disahkan ada kanser, survival rate yang diberikan  doktor adalah selama 5 tahun. Ok, itu survival rate dari segi medical sahaja, sejauh mana umur sebenar tu kita yakin dan serahkan pada Allah yang maha berkuasa.


Bab Breast Cancer ni, amat merugikan dan nenyedihkan bila orang perempuan tak ambil peduli risiko breast cancer. Sehinggakan ramai yang tidak memanfaatkan geran subsidi pemeriksaan kesihatan seperti yang diberikan PERKESO dan geran vaksin HPV kanser servik.

Menurut taklimat pakar, sebab berlaku kanser;
  • Keturunan keluarga
  • BMI tinggi (dalam erti kata lain, gemuk/obes)
  • Kurang makan buah dan sayur
  • Kurang senaman fizikal
  • Merokok
  • Makan makanan berproses (daging burger contohnya)
Cara untuk mengurangkan risiko kanser;
  • Kurangkan makan daging merah 
  • Pilih makanan wholegrain
  • Makan makanan tumbuh-tumbuhan (plant foods)

Ni la Agen Zurich Takaful yang datang. Khusyuk masing-masing dengar taklimat doktor.


Doktor bagitau kanser juga digelar ketam (cancer=crab). Sebab ape, dia ada bagitau tapi abg tak tulis kat nota.

Pengesanan kanser di peringkat awal sangat penting. Antara cara pengesanan awal;
  • Pemeriksaan fizikal (breast)
  • Blood Screening Test (cek darah)
  • Mammogram (breast)
Rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza mengikut tahap kanser. Secara purata, kos rawatan bagi 1 bulan adalah sebanyak RM 8,000 dan pesakit perlu menjalani rawatan berterusan selama 6 bulan - 1 tahun.

Errrr.. RM 8,000 x 12 = RM 96,000
Dah ada Insurans & Kanser Benefit ? Tanye je ni
Kalau belum ada cepat ler contact abg

Bagi pesakit kanser yang mencari pusat rawatan kanser, Beacon Hospital ni ada 1 equipment untuk rawatan kanser, Cybernife.

Cyberknife ni 1st robotic radiosurgery kat Malaysia dan hanya ada di Beacon Hospital Petaling Jaya (setakat post ini ditulis ler). Cyberknife precision adalah 1mm, jadi dia akan tuju terus pada sel kanser tanpa ganggu organ lain yang tak berkaitan.

Beza Cyberknife dengan radioterapi, kata doktor, radioterapi menyebabkan kesan burn (terbakar) dan turut menganggu organ-organ lain yang berdekatan sel kanser.

Beacon Hospital ada buat CSR (Radiotherapy Welfare Fund). Free screening or subsidsed cancer treatment & diagnostic screening for underprivileged patients. Hat yang ni, boleh contact Beacon Hospital untuk info dan syaratnya ya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 comment:

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D