Wednesday, May 30, 2018

AKAK, DUIT PENCEN TU KAMI PUN ADA HAK!!

AKAK, DUIT PENCEN TU KAMI PUN ADA HAK!!

Sebaik selepas tamat seminar, datang seorang peserta menghampiri saya lalu bertanya;

"Suami saya telah meninggal dunia 3 bulan yang lepas. Arwah suami dulu kerja kerajaan. Saya dah dapat bayaran pencen bulanan RM2,000.'

Sambungnya lagi;

"Tetapi, semalam arwah suami datang nak tuntut duit pencen"

SAYA TERSENTAK

"Apa puan? Arwah suami datang????

Peserta ini tak perasan dia tersalah cakap. Mungkin sebab kebuntuan bermain difikirannya.

"Ehhh, bukan arwah suami datang....adik kepada arwah suami..."

Saya: Ooh, terkejut saya puan. Apa yang mereka inginkan

Puan: Mereka datang nak menuntut duit pencen bulanan arwah. Kata mereka, mereka ada bahagian sebab akak takde anak lelaki. Mereka kata lagi, kalau tak beri bahagian mereka, akak ni macam makan harta pusaka.

Saya: Macam ni puan, pencen terbitan bukan pusaka.........(saya pun jelaskan kepada peserta ini tentang status duit pencen berkenaan)



KESIMPULANNYA

Dengarnya macam perkara biasa. Namun inilah rialiti yang berlaku hari ini dek kerana masih ramai yang kurang cakna soal rancang dan urus pusaka.

"ambil tahu aspek agih harta'

Dipetik dari FB: Mr Yusof Trainer 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D