|
Gambar abg snap kat kedai buah kelapa. Lokasi kedai Kg. Pandan KL |
Al kisahnya, abg singgah kedai jual kelapa. Nak beli Kelapa Pandan buat minum. Masa abg tengah duk pilih-pilih kelapa, abg pegang la kelapa bertulis "Tampok Merah". Sekali kakak tauke kedai tu cakap;
"Yang tu sebiji akak jual murah je dik. RM 35 sebiji. Tempat lain ada jual RM 50 sebiji."
Mai ai, sebiji RM 35. Terkejut abg first time dengar buah kelapa sebiji RM 35. Biasa abg beli buah kelapa paling mahal pun sebiji RM 5 je, tu pun kelapa pandan, yang air dengan isi dia memang sedap minum macam tu aje.
Abg pun tanya la kakak tu, ape yang mahal sangat kelapa tu sampai RM 35 sebiji. So akak pun citelah khasiat dia, siap suruh abg google dan masuk kat youtube check khasiat kelapa ni. Hasil carian google dan khasiat yang kakak tu cakap kat abg, kelapa ni digunakan lebih kepada tujuan perubatan. Maka tak hairanlah orang sanggup beli walaupun sebiji harga RM 35
|
Gambar diambil dari carian google: Link |
Berdasarkan carian google, banyak website cerita pasal khasiat Kelapa Tampok Merah ni, jadi abg just short to the point aje kat sini, selebihnya korang boleh google sendiri dan baca.
- Merawat penyakit kanser
- Mengubati keracunan dalam badan
- Mencegah masalah urinari
- Mencegah penuaan wajah
- Baik untuk ibu hamil
- Macam-macam lagi claim kesihatan
Kelapa ni rupanya susah nak dapat. Tak semua kedai ada jual. Bagi yang mencari kelapa ni, boleh dapatkan kat kedai kakak ni, lokasi di Kg. Pandan Kuala Lumpur, tepi jalan je kedainya tak jauh dari Tesco Ampang.
UPDATE:
Oleh kerana terdapat pertanyaan lokasi kedai ni, maka kat sini abg update lokasi secara spesifik. Semalam abg pergi kedai kakak tu untuk mintak nombor telefon, niatnya nanti sapa-sapa nak beli kelapa ni boleh la call tanya dulu untuk booking sebelum datang sebab stoknya terhad. Tapi hampa sebab kakak tu kata ramai sangat orang call sebelum ni jadi dia enggan bagi nombor telefon dia. Adoiyai.
Ni lokasi kedai kelapa ni. Selain dari Kelapa Tampuk Merah, ada macam-macam lagi jenis kelapa. Kelapa Epal, Kelapa Pandan, Kelapa Matak, Kelapa Kampung dan kelapa yang tak pernah didengar namanya.
Landmark berdekatan:
- Tesco Extra Ampang
- Search "FR Laptop Service"
Ok abg zoom lagi jalan sederet FR Laptop Service. Kedai tu sederet dengan FR Laptop Service.
Ehsan gambar dari google street view;
Alamat google:
510, Jalan Kanan 1, Kampung Pandan Luar, 55100 Kuala Lumpur, Selangor