Wednesday, February 21, 2018

Pencuri di belakang Kaabah!

Pencuri di belakang Kaabah!

6.30 ptg : Saya mendapat 1 info dari whatsapp group bahawa akan ada 1 taklimat Umrah Pakej RM6000 yang dijadualkan berangkat pada bulan Nov 2018. Jemaah hanya perlu bayar 'RM1500' sahaja. Baki (RM4500) akan ditaja oleh 1 kumpulan Usahawan Jutawan atas nama Infaq Niaga dengan kerjasama (kononnya) Housecoff Travel. Taklimat jam 8 mlm di Tadika Nur Raihan sebelah Masjid Kuarters KLIA.

8.45mlm : Saya tiba di lokasi. Perjumpaan telah berlangsung hampir 30 minit. Hampir 20 orang hadir. Taklimat dikendalikan oleh wanita berbaju & bertudung merah. Kami diberitahu bahawa banyak group telah berlepas sebelum ini. Siapa yang hadir diminta menulis nama dan pasangan serta anak2. Kuota hanya 300 orang untuk bayaran hanya RM1500.



Baki RM4500 ditaja. Bila ditanya siapa yang menaja. Jawapannya Infaq Niaga. Tanya lagi, siapa mereka? Dijawab mereka nie orang kaya di belakang tabir yang tidak mahu dihebohkan. Nie jutawan balak & kuari. Tanya lagi, dah berapa lama pakej dengam Housecoff Travel nie? Jawapannya since 2002.

Mereka tidak tahu dalam majlis tu ada anak owner Housecoff yang menyamar sebagai pelanggan. Para jemaah lain dilihat berminat. Siapa yang tidak tertawan dengan umrah hanya bayar RM1500.

Jemaah diminta bayar RM500 sebagai deposit segera. Ada yang minta tangguh sampai petang esok. Lalu 'dia' menelefon seorang 'Datuk' sambil bercakap untuk menangguhkan deposit sampai esok supaya jemaah yang berminat dapat bawa lagi orang lain bersama. Sebab pakej terhad untuk 300 orang saja.

Ada jemaah yang dah bayar RM500. Lalu resit dikeluarkan. 2-3 jemaah pula dilihat bersungguh bertanya soalan dan berkempen (Akhirnya diketahui bahawa mereka ini 1 pasukan)

Akhirnya anak owner Hosecoff buka mulut. Tercengang mencari jawapan. Lalu dijawab bukan kerjasama Housecoff Travel. Petik pulak nama Enigma & Ukhuwah Firdausi. Setelah di 'brainwash' duit deposit yang jemaah bayar pada malam tu dipulangkan kembali.

Jawapannya 1 saja. Niat mereka baik. Nak bantu jemaah pergi umrah. Diulang2 jawapan itu.

Saya melihat riak wajah jemaah yang hadir. Tercengang. Terpinga. Tak tahu yang mana betul. Berita jemaah terkandas & umrah murah yang menipu di dada akhbar saban tahun gagal memahamkan mereka.

Ada yang dah daftar untuk 7 orang. Ada yang daftar dengan mak ayah. Saya cuba jelaskan 1 persatu. Pergi umrah bukan macam kita beli tiket balik kampung. Atau beli baju di supermarket. Ia melibatkan duit, visa, kelulusan kerajaan untuk mengutip dana kerana melibatkan wang yang banyak. Apatah lagi dah ramai yang terkena.

Ada pula jemaah yang mengaku dapat pergi sebelum nie cuma bayar RM3800 saja. Katanya tak tipulah. Mmg pakej ni betul2 ada.

Saya jelaskan. Makcik, yang dapat pergi dengan RM3800 tu bukan kerana ditaja, tetapi diambil duit jemaah yang daftar lewat untuk makcik pergi. Nie adalah 'money game'. Duit orang bawah hantar orang atas.



Jemaah perlu dididik dengan betul. Tidaklah berdosa jika kita mati & tak sempat ke Makkah jika tidak tidak mampu. Asal ada usaha simpan duit sedikit2. Tetapi amatlah berdosa jika kita tahu penipu sedang menipu di belakang kelambu kaabah lantas kita cuba sekali bersembunyi bersama. RM1500 bukan sahaja tak boleh pergi Makkah, nak beli tiket flight pun belum lepas.

Ini baru 1 kes. Mereka bergerak underground. Melalui masjid dan surau. Group2 wassap. Undang2 sedia ada agak lemah. Yang ada pun setelah ditipu, terkandas, buat report polis, masuk muka depan metro & utusan, barulah tindakan diambil. Itu pun duit belum tentu dapat, pencuri belum pasti ditangkap.

Tahun berikutnya, mereka mulakan modus operandi baru. Jemaah baru & duit baru.

Tuan2 yang mulia, YB bagi kerusi kat masjid atau sekolah pun mau tulis nama. Bagi duit 1k 2k pun mau buat cheque besar2 masuk Sinar. Nie lagi ratus2 ribu nak sponsor takkan tak nak mileage? Mereka ini muncul memanipulasi keinginan jemaah yang kurang kemampuan tetapi membuak keinginan untuk ke Makkah!

Maafkan saya sebab mention nama organisasi & wajah mereka di dalam posting ini. Kerana maslahat jemaah yang ditipu dan bakal ditipu lebih utama.

Amat jelik mereka yang menipu umrah. Lantas bersembunyi di belakang kiswah!

Yang benar,
Azizul Asri Ahmad Tajuddin
Suffah Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN6898|LKU144)
CSQ Training Centre

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D