▼
Sunday, February 25, 2018
Takde Masa Sesuai
Nak cakap pasal Takaful masa reunion tak sesuai nanti kena pulau dengan member.
Masa birthday tak sesuai takkan nak sembang pasal musibah kot.
Masa weekdays tak sesuai balik kerja tak mahu fikir dah benda berat.
Masa lunch time tak sesuai nak rushing masuk kerja balik.
Masa public holiday tak sesuai nak jalan jalan nanti jadi mood killer pula.
Nak tahu bila masa sesuai cakap pasal Takaful?
Bila doktor suruh sediakan RM 200,000 untuk transplant buah pinggang. Masa ni paling sesuai cakap pasal Takaful.
Yang nak tunggu income cecah 5 angka tiba tiba sanggup mencarum sampai 4 angka.
Yang nak tanya bini dulu tiba tiba boleh buat keputusan sendiri.
Yang biar polisi Lapsed tiba tiba kalut nak Reinstate semula.
Yang nak survey dulu tiba tiba dah habis survey.
Yang busy tiba tiba jadi free nak jumpa Agen.
Yang nak fikir dulu tiba tiba dah habis fikir.
So nak tanya awak ni.
Bila masa sesuai kita nak jumpa cakap pasal Takaful?
Wednesday, February 21, 2018
Nikmat Allah
● Tak Solat Subuh, bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.
● Tak Solat Zohor, balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
● Tak Solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
● Tak Solat Maghrib, nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
● Tak Solat Isyak, Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.
● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azabNya. Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.
Tak Buat Takaful Sebab Banyak Komitmen
Banyak komitmen ? Lagi laaaa kena ada takaful.
Apa jadi bila jadi accident, patah MC 6 bulan, gaji pulak tak jalan. Hutang tetap kena bayar bang.
Kereta lewat bayar 2 hari pun bank dah call tanya. Cukup 3 bulan, bank tarik dah. Hutang, makan minum atau sewa rumah TAKDE KECUALI PEMBAYARAN ya bila sakit tak kerja.
Dah Kena Baru Faham
Ada beberapa perkara dalam hidup ni yang hanya dapat difahami setelah merasai sendiri.
1. Masa mak ayah ada, dengar ceramah suruh jaga hargai mak ayah, tapi kita tak rasa terkesan sangat. Bila mak ayah dah tak ada, barulah kita mula rasa ralat.
2. Masa kita sihat, orang ajak senaman jaga makan, kita buat tak tau je sibuk dengan hal lain. Bila dah tak berapa sihat, baru la nak cari supplement itu supplement ini.
3. Yang tak pernah masuk hospital, bila abg cerita kos hospital mahal, dia boleh 'oooo' je. Bila tetiba sakit, baru kena buat diagnosis darah kena bayar 1,000, baru dia "oi ko tak boleh ejas ke tolong kawan".
Hmmmmm
Pencuri di belakang Kaabah!
Pencuri di belakang Kaabah!
6.30 ptg : Saya mendapat 1 info dari whatsapp group bahawa akan ada 1 taklimat Umrah Pakej RM6000 yang dijadualkan berangkat pada bulan Nov 2018. Jemaah hanya perlu bayar 'RM1500' sahaja. Baki (RM4500) akan ditaja oleh 1 kumpulan Usahawan Jutawan atas nama Infaq Niaga dengan kerjasama (kononnya) Housecoff Travel. Taklimat jam 8 mlm di Tadika Nur Raihan sebelah Masjid Kuarters KLIA.
8.45mlm : Saya tiba di lokasi. Perjumpaan telah berlangsung hampir 30 minit. Hampir 20 orang hadir. Taklimat dikendalikan oleh wanita berbaju & bertudung merah. Kami diberitahu bahawa banyak group telah berlepas sebelum ini. Siapa yang hadir diminta menulis nama dan pasangan serta anak2. Kuota hanya 300 orang untuk bayaran hanya RM1500.
Baki RM4500 ditaja. Bila ditanya siapa yang menaja. Jawapannya Infaq Niaga. Tanya lagi, siapa mereka? Dijawab mereka nie orang kaya di belakang tabir yang tidak mahu dihebohkan. Nie jutawan balak & kuari. Tanya lagi, dah berapa lama pakej dengam Housecoff Travel nie? Jawapannya since 2002.
Mereka tidak tahu dalam majlis tu ada anak owner Housecoff yang menyamar sebagai pelanggan. Para jemaah lain dilihat berminat. Siapa yang tidak tertawan dengan umrah hanya bayar RM1500.
Jemaah diminta bayar RM500 sebagai deposit segera. Ada yang minta tangguh sampai petang esok. Lalu 'dia' menelefon seorang 'Datuk' sambil bercakap untuk menangguhkan deposit sampai esok supaya jemaah yang berminat dapat bawa lagi orang lain bersama. Sebab pakej terhad untuk 300 orang saja.
Ada jemaah yang dah bayar RM500. Lalu resit dikeluarkan. 2-3 jemaah pula dilihat bersungguh bertanya soalan dan berkempen (Akhirnya diketahui bahawa mereka ini 1 pasukan)
Akhirnya anak owner Hosecoff buka mulut. Tercengang mencari jawapan. Lalu dijawab bukan kerjasama Housecoff Travel. Petik pulak nama Enigma & Ukhuwah Firdausi. Setelah di 'brainwash' duit deposit yang jemaah bayar pada malam tu dipulangkan kembali.
Jawapannya 1 saja. Niat mereka baik. Nak bantu jemaah pergi umrah. Diulang2 jawapan itu.
Saya melihat riak wajah jemaah yang hadir. Tercengang. Terpinga. Tak tahu yang mana betul. Berita jemaah terkandas & umrah murah yang menipu di dada akhbar saban tahun gagal memahamkan mereka.
Ada yang dah daftar untuk 7 orang. Ada yang daftar dengan mak ayah. Saya cuba jelaskan 1 persatu. Pergi umrah bukan macam kita beli tiket balik kampung. Atau beli baju di supermarket. Ia melibatkan duit, visa, kelulusan kerajaan untuk mengutip dana kerana melibatkan wang yang banyak. Apatah lagi dah ramai yang terkena.
Ada pula jemaah yang mengaku dapat pergi sebelum nie cuma bayar RM3800 saja. Katanya tak tipulah. Mmg pakej ni betul2 ada.
Saya jelaskan. Makcik, yang dapat pergi dengan RM3800 tu bukan kerana ditaja, tetapi diambil duit jemaah yang daftar lewat untuk makcik pergi. Nie adalah 'money game'. Duit orang bawah hantar orang atas.
Jemaah perlu dididik dengan betul. Tidaklah berdosa jika kita mati & tak sempat ke Makkah jika tidak tidak mampu. Asal ada usaha simpan duit sedikit2. Tetapi amatlah berdosa jika kita tahu penipu sedang menipu di belakang kelambu kaabah lantas kita cuba sekali bersembunyi bersama. RM1500 bukan sahaja tak boleh pergi Makkah, nak beli tiket flight pun belum lepas.
Ini baru 1 kes. Mereka bergerak underground. Melalui masjid dan surau. Group2 wassap. Undang2 sedia ada agak lemah. Yang ada pun setelah ditipu, terkandas, buat report polis, masuk muka depan metro & utusan, barulah tindakan diambil. Itu pun duit belum tentu dapat, pencuri belum pasti ditangkap.
Tahun berikutnya, mereka mulakan modus operandi baru. Jemaah baru & duit baru.
Tuan2 yang mulia, YB bagi kerusi kat masjid atau sekolah pun mau tulis nama. Bagi duit 1k 2k pun mau buat cheque besar2 masuk Sinar. Nie lagi ratus2 ribu nak sponsor takkan tak nak mileage? Mereka ini muncul memanipulasi keinginan jemaah yang kurang kemampuan tetapi membuak keinginan untuk ke Makkah!
Maafkan saya sebab mention nama organisasi & wajah mereka di dalam posting ini. Kerana maslahat jemaah yang ditipu dan bakal ditipu lebih utama.
Amat jelik mereka yang menipu umrah. Lantas bersembunyi di belakang kiswah!
Yang benar,
Azizul Asri Ahmad Tajuddin
Suffah Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN6898|LKU144)
Bila 2 Income Jadi 1
Sekarang 2 income, suami isteri, guna untuk sara hidup dengan anak-anak.
Bila suami meninggal mengejut, tinggal 1 income, agak-agak sakit tak naik maintain level hidup yang sama dengan anak-anak.
Tu kalau isterinya bekerja. Hat isteri yang tak bekerja, betul-betul bergantung income pada suami, apa ceritalah lepas tu agaknya.
Suka ke tak suka ka, bersedia ajalah. Ambil takaful bukan kerana nak mati esok, tapi mengenangkan family lain yang nak hidup lagi beberapa puluh tahun.
Soalan Pertama & Wajib Kat Hospital
Insurans adalah perkara pertama kaunter hospital dan doktor pakar akan tanya awak bila awak ada masalah penyakit.
Sebab apa, kalau awak tak ada insurans, hospital terpaksa mintak awak cash deposit at least 80% dari estimated cost untuk admitkan awak dan doktor pulak terpaksa rawat dan teruskan prosedur rawatan awak hanya setakat kemampuan awak untuk bayar kos rawatan dan ubat.
Tidak ada benda yang percuma kalau penyakit awak tu berada di tahap kritikal sekalipun.
Tuesday, February 20, 2018
Bincang Tak Habis
Laki :
Beli sportrim, RM1300 tak tanya bini.
Beli rokok, RM20 tak tanya bini.
Belanja kawan minum, RM30 tak tanya bini.
Bagi pinjam duit dkt kawan, RM500 tak tanya bini.
Paling best, kawin dua, RM3,500 keluar dating TAKKAN TANYA BINI.
Bini :
Beli make up, RM350 tak tanya suami.
Beli pakaian lebih2 RM550 tak tanya suami.
Beli barang kemas, RM5700 tak tanya suami.
Tapi bab beli Takaful utk diri sendri dan keluarga juga...cuma RM200 SEBULAN...dpt manfaat setengah juta ringgit tu plus plus lagi.
7hari 7malam laki bini ni duk bincang.
Ada yang 7 tahun bincang, belum setel!
LoL
Monday, February 19, 2018
"Dia ada amek insurans kat ko ke?"
Soalan yang susah nak jawab bila datang ziarah kawan sakit atau meninggal.....
"Dia ada amek insurans kat ko ke? Berapa waris dia dapat?"
Susah nak jawab bila orang yang kita kenal, ditimpa ujian musibah, dan tak ada insurans. Sedangkan dia tau dia ada kawan buat insurans, hari-hari up macam-macam claim. Tapi dia tak amek langsung insurans.
Dalam hal macam ni abg rasa bukan salah abg, walaupun bila benda dah jadi rasa bersalah pada diri sendiri sebab tak 'paksa' kawan amek insurans.
Abg tak suka paksa. Masing-masing dah dewasa sepatutnya boleh rancang masa depan sendiri dah. Banyak dah jadi pada orang lain, lebih dari cukup untuk dijadikan pengajaran dalam hidup sendiri.
So awak yang duk baca karangan abg ni, dah amek insurans ke belum ye?
Suami Mati, Isteri Kaya
Suami mati, isteri kaya ? Ha, macam-macam ragam dan soalan orang sepanjang abg buat takaful ni. Antara soalan yang agak 'weird' pernah dipersoal;
"Kalau saya buat hibah takaful dengan encik, then saya mati isteri saya dapat duit, pastu kahwin lain, untung la dia."
Ha, macam ni punya fikiran pun ada. Well, setiap manusia memang ada macam-macam ragam.
Untuk soalan gini, ini dia ulasan abg...
1. Kahwin tu fitrah. Yang dah pergi tetap pergi.
2. Sangat jarang abg jumpa kes isteri kawen lain lepas suami mati dalam tempoh terdekat. Mereka lebih penting besarkan anak-anak walaupun hidup susah takda suami.
3. Kalau ada suami macam ni, solutionnya adalah si isteri daftar takaful, cover si suaminya, manfaat takaful 100% dapat pada isteri.
4. Kalau kita ni suami mati dulu, belum tentu isteri kawen lain, yang dah tentu ialah anak kita jadi yatim. Biar yatim berduit, dari yatim hidup susah ramai orang aniaya dan ambil kesempatan.
Kannn.
Isteri Buat Tak Kisah
Abg perati je.
Akak-akak sanggup berperang bergolok bila laki nak kawen lagi sekali.
Tapi kalau bab suami akak-akak belum buat takaful, akak-akak lek je macam takda apa-apa keperluan.
Terminate Unifi Untuk Baby Baru Lahir
Adoyai, baby abg dah setahun dah baru abg ada masa nak share cerita abg terminate Unifi. Lol. Tak kisah la cite tahun lepas pun, abg nak cite jugak sekarang.
Last year bulan Februari abg pegi TM, nak terminate Unifi. Bulan-bulan Rm 156 nak pindah masuk ke takaful baby.
Kontrak Unifi memang dah habis, tapi kena datang TM pulangkan balik modem. Kalau tak pulangkan, dia caj termination Rm500. Doyai TM
TM counter offer termination, dia offer tambah Rm10 untuk speed 30Mbps kalau tak terminate.
Anak abg genggam jari. Kecik je dia masa baru lahir. La ni besar dah |
Abg tak setuju untuk stay sebab no point dah pakai Unifi la ni. Dengan Rm156 tu, abg boleh sediakan untuk baby abg
100,000 duit untuk masuk hospital
200,000 duit kalau baby TPD
190,000 duit baby sakit kritikal
100 duit elaun harian hospital baby
Unifi 100mbps sekalipun tak boleh bayar bil hospital dan tak boleh sara baby bila sakit. Zaman ni macam-macam penyakit baby boleh kena.
La ni pakai abg decide pakai mobile data aje, lagi puas hati, takda kontrak, tak suka bila-bila boleh terminate je. Call free, data sebulan pun tak habis. Nak tengok movie, subscribe je iflix baru Rm10 sebulan. Hpytv apa yang ada
The Real Maker of Tomorrow - Takaful
Keperluan Vs Kehendak
Keutamaan Vs Keseronokan
Sihat Itu Mahal, Tapi Sakit Itu Lagiiii Mahal
Isu kos rawatan perubatan mahal.
Kita hanya orang biasa. Siapalah diri kita untuk orang ramai buat sumbangan besar-besaran kalau kita jatuh sakit.
Insurans kesihatan x masuk, khairat kematian masjid khariah pun tak masuk.
Pengurusan kewangan waktu kecemasan selalu kita abaikan. Banyak dah jadi pada orang lain tapi kita duk buat derk aje sebab belum kena pada kita.
Bila kena batang hidung sendiri, baru nak mengagau.
Supplement Bukan Ubat
Mentaliti kita.
Dah kena penyakit, baru nak telan macam-macam supplement. Walhal supplement BUKAN ubat. Supplement adalah makanan tambahan. Makan supplement masa sihat untuk cegah penyakit.
Begitu jugak takaful, dah sakit baru la SEDAR nak kena ada takaful.
Sila sentap. Hehehe
Thursday, February 8, 2018
Tahun ke-7 Buat Khidmat Takaful
Allah telah takdirkan saya berkhidmat sebagai konsultan takaful supaya saya dapat menghulurkan bantuan kepada klien yang dilanda musibah kematian, kecacatan, kemalangan dan penyakit.
Disaat semua orang lari buat hal masing² apabila klien saya ditimpa musibah, saya adalah orang yang berterusan ada bersama klien saya hidup & mati.
Juga satu hikmah untuk saya supaya lebih bersyukur di atas nikmat kesihatan yang diberikan terutama bila saya melawat patient² yang terlantar di hospital.
Terima kasih kepada klien² yang memberi sokongan kepada saya.
Semangat saya selama 7 tahun bersama MAA Takaful dan kini Zurich Takaful tak pernah luntur.
Walaupun pernah dapat appoinment yang orangnya tak muncul dan diam membisu. Walaupun ramai mintak qoutation setiap tahun tapi tak pernah signup.
Saya ikhlas membantu, mana yang tak nak tak jadi masalah pada saya. Ramai lagi orang lain yang perlu saya beri perlindungan takaful.
Suami Tak Bagi Daftar Takaful
Antara alasan dan penolakan tak nak daftar takaful di kalangan orang perempuan ialah,
"Suami tak bagi daftar takaful."
Saje tanya...
Kalau isteri nak buat takaful wanita RM 100, dah kata suami tak bagi....
Agak-agaknya bila sakit kanser wanita nak pakai duit Rm100,000 suami boleh bagi ke?
Ha, bab sakit suami boleh tahan lagi, tapi bila masuk bab duit, ramai suami angkat kaki kak oi. Benda dah banyak jadi.
Kalau ye pun suami tak bagi, bincanglah baik-baik demi masa depan akak-akak sendiri, bukan untuk orang lain pun tapi untuk diri akak tu sendiri. Dan kalau susah sangat caruman tu akak bayar pakai duit sendiri je. Benda ni untuk masa depan kak.
Suami sekarang senang la cakap, tak payah, nanti dulu, kemudian, tapi bila benda dah jadi, ha tunggang langgang kak.
Saturday, February 3, 2018
Tangkal @ Pelindung Rumah
Kalau di dalam rumah ada tangkal @ azimat dan buhul sihir dan penghuninya suka datang ke dukun pasti akan mengalami ciri ciri sebagai berikut:
1. Rumah terasa panas, sering tercium bau busuk, kemenyan, bau bangkai.
2. Sering ada suara seperti orang menangis, atau meraung dan suara suara lainya.
3. Penghuni rumahnya senang emosi, keluarga sering bergaduh.
4. Sering dan banyak binatang seperti tikus, cacing, semut, ular, dan binatang yang lainnya yg banyak jumlahnya.
5. Malas ibadah kalau melakukan ibadah alasannya ada saja dan penghalangnya , bahkan di jadikan sakit supaya tidak jadi ibadah.
6. Dan memang akan di jadikan menderita fizikal sampai sakaratulmaut
♡♡♡ Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang menggantungkan kepada tamimah (azimat) maka dia telah berbuat syirik,
HR Ahmad
Barangsiapa yang mendatangi dukun dan dia membenarkan ucapannya maka dia telah kafir terhadap apa yg di turunkan oleh Muhammad saw
HR, Abu Dawud
وَمَن يَتَّخِذِ ٱلشَّيْطَٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ ٱللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا ﴿١١٩﴾
"119. ". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata."
(Q.S.4:119)
وَأَنَّهُۥ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ ٱلْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ ٱلْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا ﴿٦﴾
"6. Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan."
(Q.S.72:6)
Cukuplah Allah tempatku berlindung, dan tempatku mohon perlindungan....
Hibah Takaful
Hibah is hadiah.
Sukati la nak bagi hibah takaful banyak mana kat bini.
RM 10,000 ?
RM 100,000 ?
RM 1,000,000 ?
Eh ikut sukahati berapa juta nak hibah pada isteri pun boleh.
Cuma masalahnya, orang laki bila nak daftar takaful, dia bagi alasan nak bincang dengan bini dulu. Bincang punya bincang takde keputusan, meninggal dulu. Hibah tak sempat buat, yang tinggal cuma hiba.
Balance Score Card Agent Takaful
Bermula tahun 2018, satu sistem baru untuk agent takaful telah mula dilaksanakan iaitu Balance Score Card (BSC). Apa benda BSC ni ? Okay untuk mudah faham BSC ni ala-ala report card bagi setiap agent.
Ini content report card agent takaful bermula tahun 2018;
BSC ni benda yang bagus. Dalam content BSC tu, lain-lain tak ada isu bagi abg cuma ada satu ja isu yang abg tak berapa puas hati dan patut diketengahkan iaitu isu Persistency Ratio.
Persistency Ratio tu apa ?
Bagi yang tak tahu, setiap agent takaful perlu pastikan setiap klien mereka atau pemegang polisi membuat bayaran caruman tepat pada masanya untuk sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh. Maksudnya tak ada caruman yang lompong, skip-skip bayar, kejap bayar kejap tak bayar atau polisi lapsed.
Kalau ada klien yang tak bayar ikut masanya, maka persistency ratio agent tu akan terkesan dan effect pada report card agent. Ah...
Ada banyak faktor kenapa klien tak bayar caruman. Antaranya sebab attitude acuh tak acuh rasa rugi takde claim. Tu belum sentuh faktor-faktor lain yang turut sumbang masalah persistency.
Tak adil jika penalized pada agent semata-mata. Penalized sekali pada pemegang polisi, iaitu blacklist nombor IC applicant dari mohon mana-mana takaful dalam tempoh 2 tahun polisi lapse.
Then baru la industri ni lebih fair dan pemegang polisi lebih bertanggungjawab. Some agent sanggup on loan duit untuk bayar caruman klien yang cacatkan persistency agensi dan merosakkan perniagaan mereka.
So kalau persistency isu hanya agent yang kena penalized, agak-agak boleh naik ke market penetration ?
Friday, February 2, 2018
Tak Perlu Disuruh Orang Lain
Yang susah bila suami meninggal mengejut ialah isteri dan anak-anak.
Yang susah bila suami terlibat accident ialah isteri dan anak-anak.
Yang susah bila suami terlantar sakit ialah isteri dan anak-anak.
Orang lain langsung tak campur kesusahan hidup keluarga awak, then awak masih perlu disuruh orang untuk mula perlindungan takaful awak ?