Friday, January 19, 2018

Assurance & Takaful.... Kat mana yang lainnya ?

Polisi 'assurance' dan 'takaful', nampak macam sama.
Tapi TIDAK sama. Perbezaannya SANGAT besar.

Bagi tuan/puan yang ambil insurans konvensional (pada sijil atau polisi insurans ada tulis 'assurance'). Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima waris adalah dikira sebagai harta TIDAK PATUH syariah dan TIDAK BOLEH diwarisi oleh ahli waris.

Pampasan polisi insurans konvensional WAJIB DILUPUSKAN dengan diserahkan kepada Baitulmal dan majlis agama islam negeri.

Rujukan lanjut fatwa kebangsaan tahun 2011:

Bagi sesetengah orang akan cakap 

"ala insurans konvensional dengan takaful sama je offer produk perlindungan, nama je lain-lain".

Salah tu.

Kita ambil contoh 2 ekor ayam,
Ayam A dan Ayam B




Ayam A disembelih dan dimasak lemak cili padi.

Ayam B pula TIDAK melalui proses penyembelihan, juga dimasak lemak cili padi.

Jadi, sebagai muslim, tuan/puan tentunya akan pilih ayam A walaupun pada hakikatnya kedua-dua adalah ayam, rasanya tetap rasa ayam dan masakan juga rasanya sama TETAPI yang berbeza adalah PROSESnya.

Begitu juga beza insurans konvensional dan takaful, walaupun kelihatan sama tetapi terdapat perbezaan besar dari segi muamalah syariah.

Pesan abg, yang mana duk pakai konvensional, pakat-pakat la berhijrah kepada takaful.

Sayang sangat kat polisi konvensional ?
Rasa rugi nak berhijrah ?

Biarlah rugi sikit di dunia
Daripada rugi berpanjangan di hari selepas mati

Tepuk hati, tanya Iman.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D