Dah masuk bulan Disember ni. Maka eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2018 ni.
Boleh mula berbelanja pada pelepasan cukai yang diberi kerajaan dan simpan resit-resitnya. Bukan tahun depan masa isi efiling baru terkial-kial nak ambil tahu belanja apa yang boleh tolak cukai.
Di sini abg senaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2018.
1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau
Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
• Berumur 60 tahun dan ke atas
• Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
• Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut
Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..
2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.
Terhad RM7,000.
• Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
• Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian
3. Kesihatan
• Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
• Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500
4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.
5. Perkeso - Terhad RM250
6. Gaya Hidup
Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500
7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000
8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000
9. TAKAFUL KELUARGA dan KWSP - RM3000 & RM6,000 masing2.
10. PRS (Private Retirement Scheme) - Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000
11. TAKAFUL pendidikan dan perubatan (pasangan+anak2) - Terhad RM3,000
12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)
Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2018 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit! Kalau resit jenis mudah pudar, jangan lupa simpan salinan elektronik (scan/snap picture - masuk dalam satu folder khas, simpan dalam google drive atau dropbox).
Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.
Pendapatan bercukai pada tahun 2018 adalah RM34,000 setahun yang diperolehi dari mana2 sumber seperti penggajian (gaji+elaun+bonus+insentif), perniagaan, komisen dan lain2.
About Author:
Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus