Wednesday, October 25, 2017

Musim Cuti Sekolah - Berkhatan 'Solehring'

Tak lama lagi akan masuk musim cuti sekolah bagi tahun 2017 (ya Allah cepatnya masa berlalu).


Kepada yang ade anak-anak yang nak bersunat boleh cuba 'solehring'. Direka oleh pakar bedah Melayu Dr salleh, juga lecturer di Cyberjaya Medical University. Pakar Dr. Salleh ade di Azzahra bangi.

Selamat cepat dan kurang menyakitkan. Boleh cari di internet 'solehring'.





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

"Allahumma dzalkiflli tabaroka yaasiin"

Pada abg ada sebatang kayu kecil dibelah dua terukir ayat;

"Allahumma dzalkiflli tabaroka yaasiin"



Kayu berukir ini ada ceritanya dan adalah warisan keluarga abg. Sekarang kayu ni dalam simpanan abg tapi sayangnya abg tak tahu apa manfaat yang boleh dibuat dengannya.

Andai ada yang tahu manfaatnya boleh hubungi abg ya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

KEMPEN TERHAD: Perlindungan Tanpa Pemeriksaan Perubatan

Plan for the worst, hope for the best !



WOW!!!

Most Outstanding Takaful Company 2017 ni buat hal LAGI !!!!

Tawaran Perlindungan sehingga RM 4 juta tanpa perlu pemeriksaan kesihatan. Hanya untuk mereka yang TIADA penyakit dan BMI normal.

Sangat bagus untuk mereka yang nak topup coverage sedia ada!


Tunggu apa lagi  ? Jom apply cepat-cepat !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 17, 2017

Claim Dibayar Zurich Takaful Tahun 2016


Rekod bayaran claim yang dibayar Zurich Takaful bagi tahun 2016. Abg senaraikan dari jumlah yang paling besar ke paling kecil;

1. Claim Perubatan (Medical Card)
RM 54.33  juta

2. Claim Kematian (Meninggal Dunia)
RM 10.59 juta

3. Claim Manfaat Hospital (Elaun hospital dan lain-lain)
RM 1.72 juta

4.  Claim Kemalangan
RM 1.25 juta

5. Claim Penyakit Kritikal
RM 1.19 juta

6. Claim Hilang Upaya Kekal (Lumpuh)
RM 0.42 juta

Berjuta-juta claim telah dibayar Zurich Takaful untuk tahun 2016. Duit claim dibayar dari caruman peserta-peserta takaful. Dan caruman bermula serendah RM 50 sebulan untuk manfaat yang beribu kali ganda dengan kuasa caruman bersama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, May 26, 2017

Cara Check NCD Kereta

Renew insurans/takaful kereta setahun sekali. Sebab buat hanya sekali, maka kerap kali berlaku masalah lupa. Apa yang selalu pemilik kereta lupa ?

1. Kelayakan NCD (Non Claim Discount) kereta
2.Syarikat insurans/kereta yang terakhir/terkini yang melindungi kereta

Jangan kalut-kalut. Sekarang NCD kereta, syarikat insurans/takaful kereta kita yang latest, semua boleh check online dekat;


Hanya perlu masukkan nombor plate kereta dan nombor kad pengenalan owner kereta.

Tadaa.....




Akan keluar semua detail berkenaan NCD dan syarikat insurans/takaful kereta yang terkini siap dengan tarikh-tarikh penting yang kita mungkin perlukan.

Senang je kan. Semua maklumat dihujung jari. Tapi bahayanya bila maklumat kita disalahguna oleh scammer-scammer, geng-geng nigga scammer sebagainya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bolehkah kita menerima manfaat dari insurans kovensional yang dibeli oleh majikan kita?

Soalan: Bolehkah kita menerima manfaat dari insurans kovensional yang dibeli oleh majikan kita?


 
Jawapan: Pembelian dan manfaat insurans konvensional itu bukan pilihan kita, ia adalah pilihan majikan kita dan kita cuma mendapat manfaat darinya.

Pulangan dari insurans konvensional ialah harta yang haram secara hukmi/li ghayrihi (sebab hukum/perbuatan).

Jika kita melanggan terus insurans konvensional, maka pulangannya adalah haram bagi kita.

Apabila majikan kita membeli insurans konvensional, hukum haramnya jatuh kepada majikan kita sahaja.

Dan apabila kita ditimpa kecelakaan, dan pihak syarikat insurans konvensional membayar manfaat terus kepada majikan kita, dan selepas itu baru diberikan manfaat kepada kita atau waris kita, maka kita tidak akan menanggung dosa haram akibat menerima manfaat daripada insurans konvensional.

Yakni hukumnya harus kita menerima manfaatnya

Walaubagaimana pun, kita disarankan supaya memilih majikan yang melanggan insurans takaful.

Tetapi jika sudah dicuba sedaya-upaya masih mendapat majikan yang melanggan insurans konvensional, hendaklah kita tidak redha dan terus-menerus menasihati majikan kita supaya melanggan takaful yang nyata harus.

Wallahu’alam

-petikan kuliah Lariba

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pampasan Insurans Konvensional - Wang Tak Patuh Syariah

Sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak adalah dikategorikan sebagai Wang Tidak Patuh Syariah.

Antara klasifikasi Wang Tidak Patuh Syariah yang abg nak hurai sikit adalah berkenaan dengan pampasan insurans konvensional. Haaaa... Pampasan insurans konvensional yang diterima adalah merupakan harta tak patuh syarak ya tuan puan semua.



Cara membersihkan harta tak patuh syarak bagi Pampasan Insurans Konvensional, diambil dari petikan kuliah Lariba.

Contoh, berlaku kematian orang yang diinsuranskan.

Jumlah pampasan RM200,000

Jumlah premium yang telah dibayar sepanjang hidup orang diinsuranskan, RM10,000. 

Maka diharuskan dibahagikan RM10,000 mengikut faraid

Baki pampasan polisi insurans konvensional, RM 190,000, tidak boleh diwarisi secara faraid dan wajib dilupuskan dengan diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada fakir dan miskin.

Kita telah ada alternatif perlindungan kewangan dan insurans yang menepati syariah iaitu Takaful.

Kenapa masih melanggan insurans konvensional yang muamalatnya tidak menepati syariah Islam ? Ha, kesian bayar premium bulan-bulan akhirnya harta tak patuh syarak tu tak boleh diwarisi oleh waris keluarga. Maka, marilah berhijrah dari insurans konvensional kepada takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, May 25, 2017

Liberalisasi Insurans Kenderaan 1 Julai 2017

Liberalisasi tarif insurans kenderaan bermula 1 Julai 2017.



Sebelum liberalisasi tarif (sebelum 1 Julai), premium insurans kenderaan ditetapkan (fixed tariff) berdasarkan;

1. CC kenderaan
2. Model Kenderaan
3. Umur kenderaan
4. Ncd maksima 55%

Boleh tengok video Etiqa Takaful pasal liberalisasi kat sini [Klik Sini]

Bermula 1 Julai, syarikat insurans kenakan premium kenderaan melalui profil risiko pemandu kenderaan dengan menilai aspek seperti;

1. Sikap pemandu (kesalahan trafik, langgar lampu merah, masuk simpang tak bagi signal dan lain-lain)
2. Jadual penyelenggaraan kereta oleh pemandu kenderaan
3. Anti theft sistem yang dipasang pada kenderaan
4. Tempat meletak kenderaan
5. Ncd maksima dikekalkan 55%


Makanya selepas 1 Julai ini, setiap syarikat insurans akan caj premium yang berbeza dan coverage yang berbeza berdasarkan 'risk profile' pemandu dan kenderaan yang nak diinsuranskan.

Ini apa yang abg faham pasal liberalisasi.

So apa komen korang pasal liberalisasi ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Checklist Ramadhan Tahun 2017

Alhamdulillah, Ramadhan semakin hampir dan kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni, Syukur pada Allah kerana nikmat usia dan umur yang panjang Allah bagi pada kita.

Setiap tahun ramai antara kita berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini menjadi bulan ibadah yang lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya. Termasuklah abg, tiap tahun berazam nak buat ibadah lagi banyak.

Tapi....

Macam mana nak pastikan Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas ?

Since tahun 2013 abg guna checklist harian. Supaya end of the day, boleh review balik apa yang dah dibuat sepanjang Ramadhan. Habis Ramadhan bila review balik checklist, tengok apa yang dah buat sepanjang Ramadhan, boleh menangis beb.

Menangis bukan sebab seronok nak beraya, tapi menangis sebab banyak rompong dan melepaskan bulan Ramadhan dengan sia-sia. Sibuk ke bazar, sibuk ke mall cari persiapan raya, sibuk dengan dunia.

Astafirullahalazim. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan moga Allah berikan kita hidayah agar kita dapat mencapai azam kita untuk memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini.


Boleh download, print out dan share dengan orang lain.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, May 16, 2017

Kenapa Baby Perlu Ambil Medical Card Seawal Kelahiran ?

Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa baby mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit antaranya bronchitis, bronchiolitis dan demam panas .

Asma juga merupakan penyakit yang sangat berisiko mampu menyerang baby. Hanya bermula dengan bayi terkena selsema pada permulaannya kemudian keadaan menjadi serius sehingga membawa kepada asma.


Baby turut mudah dijangkiti demam panas dan jika dibiarkan tanpa rawatan kemungkinan boleh terkena sawan apabila suhu badan mendadak naik tanpa disedari oleh penjaga dan ibu bapa.

Sekiranya perkara di atas TELAH atau PERNAH terjadi kepada baby, kemudian baru nak mohon takaful medical card, maka pemohonan kemungkinan diterima tetapi dengan pengecualian untuk penyakit yang pernah dihidap (exclusion clause).

Ingat pelbagai penyakit lain juga berpotensi menyerang bayi, ketika kecil, kerana sistem imunisasi mereka masih di tahap yang belum kuat.


Kes HFMD, chicken pox, macam-macam sakit mudah menyerang baby.


Dah sediakan takaful medical card untuk baby ?


✔ Baby diterima masuk ke 102 buah hospital pakar/swasta
✔ Bil rawatan hospital baby ditanggung
✔ Kos doktor pakar tidak lagi jadi masalah

Klik link untuk pelan takaful baby
http://babytakaful.wasap.myhttp://babytakaful.wasap.myhttp://babytakaful.wasap.my

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, May 15, 2017

Bottled Hope Trail Run 2017 - MAEPS

14 Mei 2017. Orang sibuk celebrate Hari Ibu, abg sibuk berpagi-pagi dekat MAEPS Serdang untuk berlari. Hari Ibu adalah setiap hari untuk abg, jadi tak perlu ada hari khusus untuk celebrate. Huhuhu

Race Kit Collection @ Avenue K KL

Bottled Hope Trail Run ni lain sikit. Medal dia wood carving dan BIB number dia jenis ada biji benih (seeded bib) untuk ditanam kat rumah. Dia punya route pun menarik. Walaupun jarak paling jauh dia offer 5km, dia punya laluan adalah 2km on road dan 3km lagi off road. Jalan offroad masuk hutan dan mendaki curam. Habis peluh jantan semua keluar.

Larian kali ni disertai kawan abg yang juga Konsultan Zurich Takaful, Bro Ahmad Syakir.

Starting Point
Sebelum mula berlari, organiser dah readykan aktiviti Zumba sebagai aktiviti untuk warm up. Warming up sebelum berlari adalah sangat penting bagi mengurangkan kecederaan sendi-sendi dan otot-otot badan yang ketat. Hahahaha. Ni la first time abg join Zumba. LoL

Boleh tahan jugak Zumba nih, belum lari lagi. Dah suku peluh keluar warming up.

Water Station Pertama
Jalan offroad dia lecak. Mungkin sebab sebelum ni hujan tak berhenti. Lari 5km dan ada 2 water station beb. Selama ni abg lari 5km/6km hanya ada 1 water station yang disediakan organizer di tengah-tengah route. Agaknya organizer untuk bottled hope ni tau yang ramai akan pancit masa daki jalan offroad.

Amek oksigen di puncak MAEPS
Ok la, aktiviti fun run ni sebenarnya bukan nak lumba sangat dan tak kisah pun siapa no 1 no 2 no 3. Yang penting dapat lari ramai-ramai, keluar peluh, badan sihat dan sambil lari sambil tengok pemandangan sekitar yang selalu kita terlepas pandang selama ni. Bukan tengok awek atau usha amoi ye. Hahahaha

Sebab dah pancit, jadilah aktiviti bergambar.

5km aje pun. Mesti boleh habis punya lari walaupun lari main-main. Macam biasa, jadi finisher dapatlah medal. Wood carving medal tau. Siap dikalungkan lagi tu. Selalu organizer lain bagi medal dalam bungkusan plastik je. Hahahaha


Marilah berlari untuk sihat. Jom jom. Eh, lepas puasa la sambung lari. Bulan puasa bulan untuk kita kejar ibadat khusus. Doa-doakan s dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, May 9, 2017

Tanggungjawab Bayar Caruman

Tanggungjawab untuk membayar caruman takaful sebenarnya terletak pada diri anda sendiri sebagai peserta.

Tak perlu tunggu ejen remind kerana syarikat sudah pun hantar reminder sama ada melalui sms atau email. Lebih lebih lagi bila mode bayaran caruman adalah bulanan. Memang confirm tiap tiap bulan kena bayar caruman, tanpa perlu diingatkan.



Bila anda tak bayar caruman, ada kemungkinan JAMINAN kewangan yang diberikan dalam polisi anda akan luput. Jadi anda kena faham, kalau polisi sudah luput, maka tiada lagi tanggungan kerugian oleh pihak takaful.

Abg jadi ejen pun kena bayar caruman untuk saya dan keluarga sendiri. Takde free free ye.

Sejauh mana kita sayangkan family kita, perlu dibuktikan dengan bayaran caruman takaful tu. Sebab ramai orang nak buat claim bila ditimpa musibah, tapi hampa bila mendapati polisi sudah lapsed (luput) kerana tak bayar caruman.

Sudah ramai orang yang sudah tak layak mohon Takaful sebab sudah berpenyakit merayu-rayu sanggup mencarum mahal setiap bulan untuk membolehkan syarikat takaful terima mereka sebagai peserta takaful.
'HARGAI POLISI TAKAFUL ANDA SENDIRI'

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

The Rich Beggar

One day, a beggar come into the market, some people give him money, but most people didn't.

He noted down all donors' contact addresses. 
After a few hours, he drove a Bentley and come back house to house returning the money.



The amount were 10 times what the donors gifted. eg. 10 for 1, 100 for 10. The market people known of this news & were all stunned. 

The next day, he came again, market full of people giving him money, almost all big note with address written on the back of dollars note. 

In less than an hour, the beggar received 88 thousands, and left the market place, with no sign of coming back. 

The beggar's name is.......
Skim Cepat Kaya

LoL

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Persiapan Seorang Ketua Keluarga

Semua orang ingin hidup bahagia hingga ke hujung nyawa dengan pasang masing-masing. Namun kadangkala ajal akan menjemput pasangan lebih awal. 

Sebagai isteri, sekiranya suami meninggal mengejut dijemput terlebih dahulu, apa persediaan isteri ? Ha, cuba la jawab dalam hati. Apa persediaan yang dah buat ?



Ikhtiar abg untuk isteri yang tak bekerja dan baby kecil abg, Takaful Income Replacement.

Fungsi abg ambil Takaful Income Replacement ni, adalah untuk melupus semua hutang-piutang yang abg tinggalkan dan mengantikan semula pendapatan setiap bulan untuk family abg.

"They need money to survive in this world."
Andai kata abg pergi dahulu, sekurang-kurangnya keluarga abg dah terjamin dari segi kewangan. Terjamin dari segi kewangan bermaksud; 
  • makan minum mereka terjaga
  • tempat tinggal mereka terjaga
  • pendidikan anak abg terjaga
  • keperluan hidup terjaga
  • kebajikan kewangan terjaga
  • hutang-piutang abg dapat dilangsaikan
Besar sebenarnya peranan seorang ketua keluarga. Kita hanya manusia biasa, tak tahu Allah bagi umur sampai had mana. Yang penting kita usaha, ikhtiar, berdoa dan bertawakal agar kebaikan dan rahmat Allah sentiasa bersama kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Akibat Merokok

Ini adalah gambar cecair yang keluar dari paru-paru seorang perokok tegar yang kini menghidap kanser paru-paru tahap akhir. Cecair tersebut sebenarnya adalah TAR yang mendap dalam paru-paru.


Semoga insan di luar sana terutamanya perokok tegar atau ketegaq...Insaf

Kredit: Shaznizam Qasim

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, May 8, 2017

Aktiviti Lari Suka

Sejak Mac baru ni, abg boleh dikatakan terjebak dengan aktiviti lari suka atau orang lain panggil sebagai Fun Run. Hahahaha, kelakar pula bila diterjemahkan sebagai lari suka.


Mulanya abg join event lari suka ni memang saje la nak suka-suka aktiviti hujung minggu isi masa lapang. Tapi selepas kali pertama abg habis finish line berlari, keseronokan nak berlari tu datang dalam diri. Pada awalnya memang la terasa penat, tapi dalam pada tu abg rasa lebih bertenaga dan kira lebih sihat terutama dalam usaha nak mengurangkan berat badan.

Kalau korang nak join lari suka ni, abg sangat galakkan la. Sebab korang berlari beramai-ramai, semangat dia lain sikit. Bila tengok orang yang lagi GEMUK dari diri sendiri boleh lari tanpa henti, gerenti kita pun tercabar untuk habiskan larian kita. Ada pulak tu, berlari sambil tolak stroller anak. Ha kita yang lari sorang diri bawak perut je ni harus mampu untuk berlari bersama dorang yang lain.


Satu lagi kelebihan aktiviti lari suka ni, bila kita habis lari sampai garisan penamat, maka kita dapatlah reward kita iaitu MEDAL :) Abg takat ni join aktiviti lari suka yang caj dia bawah RM 60 je. Jarak pun dalam 5 - 6km sekali lari. Syok lari, badan sihat, rasa lebih ringan.



Jom la lari suka sama-sama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

"Kami Juga Ada Hak"

Seorang isteri berkorban diri menjaga suami yang terlantar sakit strok. Duit belanja rumah, makan minum keluarga, belanja perubatan suami, semua isteri tanggung seorang semenjak suami hilang upaya bekerja. Berhempas pulas kehidupan si isteri sejak suami ditimpa sakit.


Saudara-mara yang ada endah tak endah dengan kebajikan keluarga yang ditimpa musibah ni. Semua buat tak tau dan buat sibuk dengan hal sendiri.


Selepas suaminya meninggal dunia. Ahli keluarga lain, pak menakan, mak menakan yang selama ni tak pernah berkunjung, datang ke rumah bertanya harta si suami. Dengan ayat keramat mereka lontarkan pada si isteri;

"Kami datang nak tuntut hak kami".

Itulah dia realiti yang jadi hari ni. Tanggungjawab semua culas. Tolak ke sana, tolak ke sini.

Datang bab harta tiba-tiba pandai kata "kami juga ada hak". Malangnya nasib kalau dapat saudara mara perangai macam ni.

Buat si suami, ada kemampuan buatlah hibah takaful dan kalau berharta lebih buatlah wasiat sebaik-baiknya supaya kebajikan ahli keluarga kita lebih terjaga, terutama keluarga kita yang terdekat iaitu ibu bapa, pasangan serta anak-anak kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kesan Breast Canser Melalui Pemeriksaan Fizikal

Pagi Ahad semalam, lepas habis lari suka (fun run) MDKS Altingsburg, abg sempat belajar cara mengesan ketulan breast cancer melalui melalui pemeriksaan fizikal guna tangan. Ada Mobile Klinik Murni bersama matron datang bukak booth pameran. So sesambil nak cooling down sebelum balik rumah, abg singgah ambil knowledge pasal breast cancer.

Finisher 5km Altingsburg Run 2017


Ada 3 model breast dengan jenis saiz ketulan yang berbeza. Boleh dirasa ketulan tu dengan tangan. Teknik dan cara pemeriksaan diajar oleh matron bertugas. Nanti ada masa, abg scan dan up flyers cara pemeriksaan breast fizikal.

Model Breast Dengan Ketulan Kanser Berbeza, Hanya Boleh Dirasai Melalui Tapak Tangan


Breast cancer sangat menghantui golongan wanita. Mana taknya, sesiapa pun boleh guna lebih-lebih lagi kalau yang ada sejarah keluarga lagi laaaa. Sebanyak 1 daripada 20 wanita berisiko mendapat breast cancer tau.

Pemeriksaan secara fizikal sangat penting untuk pengesanan awal. Kata matron, jika ketulan ditemui sebesar biji kacang hijau, Insyallah boleh cepat buat rawatan dan potensi untuk sembuh lebih tinggi. Kalau nak stage 3-4 baru sedar, sebenarnya dah terlambat untuk buat tindakan.

Mamogram hanya untuk wanita umur 40 tahun ke atas. Jadi yang belum sampai umur 40 tahun, pemeriksaan breast secara fizikal atau klinikal adalah digalakkan untuk pengesanan awal. Jangan tunggu dah stage kritikal baru nak kesan ada cancer. Cancer zaman sekarang dia dah tak kira umur berapa dah, dia nak kena, kena jugak. Jadi buatlah apa yang sepatutnya perlu ya.

Bagi wanita yang masih sihat, boleh buat takaful medical card dan cancer care Zurich Takaful sebagai ikhtiar menghadapi bencana kewangan merawat breast cancer. Kos rawatan dan ubat cancer sangat mahal dan membebankan pesakit.

Dah kena kanser, mesti nak kena banyak cuti untuk rawatan kimoterapi / radioterapi. Duit bayar ubat pun nak kena keluar jugak. Ada pampasan takaful dapat jugak ringankan beban andai ditimpa penyakit kanser. Kalau tak ada backup pampasan takaful, nak berhenti kerja pun teragak-agak dan berkira-kira, ye lah tak kerja mana ada gaji nak bayar bil dan makan minum diri sendiri.

Jangan leka dengan kesihatan yang kita nikmati. Once dah didiagnos menghidap kanser, tak layak lagi untuk buat takaful. Yang layak, hanyalah skim khairat kematian.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jadi Agent Takaful ?

Jadi Agent Takaful ?



Dulu, abg pun bermula dengan datang melihat dan sekadar ingin mencuba-cuba dulu bisnes takaful. Sekarang, 'tak sengaja' terbuat sales ribu-ribu. Hahahaha.

Dalam kehidupan kita sebagai manusia...Tiada siapa boleh mengetahui nasib hidupnya sama ada GAGAL @BERJAYA melainkan Allah swt. Kita manusia kerja dan tugas kita adalah berusaha, berdoa & bertawakal.

Ramai yang 'teringin' nak maju ke depan, tapi tak lepaskan "handbrake" yang ada pada diri masing-masing. Ibarat kereta yang handbrake tak lepas, nak bergerak ke depan macam mana ? Duk tercegat aja la kat situ. Datang la siapa pun sekali tolak push kereta tu, tak akan berganjak jauh.

Suka ka hidup nak orang sentiasa push diri kita untuk maju ? Rasa abg tak perlu kot.

Yang nak berjaya, diri kita
Yang nak senang, diri kita
Dah tu kenapa nak orang suruh baru kita buat
Kannn.....

Usaha la lebih sikit selagi masih ada daya upaya dan kesihatan, hidup hanya sekali. Dah tua nanti tak boleh nak ulang life sekali lagi.


Kalau nak join abg buat bisnes takaful ni, boleh la pm abg okeh. Bisnes tanpa perlu simpan stok bagai.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, May 3, 2017

Mungkin Jadi, Mungkin Tak Jadi. Kalau Jadi, Apa Nak Buat ?

Orang yang education SPM ada kalanya lebih cerdik dari orang education diploma dan ijazah. Belajar takat SPM pun tau cari ejen takaful untuk sign up takaful.🤗

Yang belajar diploma, ijazah walaupun ada belajar pasal pengurusan risiko, risk management, risk materix bagai, belum tentu dah buat perlindungan takaful. Oleh kerana rasa terlebih pandai, ambil masa 5-6 tahun untuk kaji dan fikir dulu sama ada nak ambil takaful ke tidak.😅


Dalam mengharungi hidup, kita berhadapan dengan macam-macam RISIKO.

Risiko ni adalah sesuatu perkara yang;

Ada kemungkinan terjadi
Ada kemungkinan tidak terjadi
Tapi kalau terjadi, akan mendatangkan kesan BURUK

Ada risiko yang kita TAK BOLEH kawal atau elak dalam hidup seperti kematian, ditimpa penyakit dan kemalangan. Tapi apa yang kita boleh usahakan dengan takaful ialah;


  • ALIHKAN RISIKO
Contohnya daripada menyusahkan ahli keluarga kita keluar duit tanggung kos hospital penyakit kita, kita alihkan tanggungan kos tu kepada syarikat takaful. Biar syarikat takaful bayarkan kos kita.

  • KURANGKAN IMPAK RISIKO
Andai kita meninggal awal, dah tentu keluarga kita terpaksa bayar macam-macam hutang yang kita tak sempat habis bayar. Maka bila ada takaful, kita dapat kurangkan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan.

Kalau nak cerita pasal risiko ni, 3 jam menaip belum tentu siap. So abg cerita yang ringkas dan bagi faham aja. Tak payah rumit-rumit sangat.

So yang belum ada takaful untuk urus risiko kematian, penyakit, kemalangan, hilang upaya......

BILA NAK DAFTAR ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Lambaian Terakhir

The Last Goodbye...

Dalam kehidupan kita, bertemu dan berpisah menjadi fitrah serta lumrah dunia. Tapi pernahkah kita ketahui bila masanya lambaian terakhir kita pada ahli keluarga kita sebelum kita ditimpa kematian atau musibah dalam kehidupan kita.




Tak pernah sama sekali kita jangkakan lambaian yang kita beri menjadi lambaian terakhir. Apa yang kita sangkakan adalah dunia ini kepunyaan kita dan kita merasakan seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya atas dunia ini.

Bila kita rasa kita akan hidup selama-lamanya atas dunia, mulalah kita rebutkan dunia, rebutkan harta milik orang, bangga dengan kekayaan yang kita miliki, bangga dengan pangkat yang kita sandang. Sedangkan itu semua hanya bersifat sementara.

Abg sendiri pun tak tahu bila masanya abg dapat beri lambaian terakhir kerana kematian adalah menjadi rahsia Allah.

Kenapa kematian tu menjadi rahsia ? Kerana sesungguhnya manusia dicipta untuk diuji dan menzahirkan keadaan diri - siapakah di antara manusia yang paling baik amalnya. 

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan”.
Surah Al-Ankabut Ayat 57

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Berebut Cek Pampasan Hibah Takaful

Satu kisah, ada ejen call balu kepada arwah client untuk serahkan cek. Setibanya ejen tu ke rumah balu, saudara mara, ipar semua menyambut kedatangan ejen dan ambil cek tersebut sebelum sempat balu ambil dan berkata; 

‘duit ni kena faraid ni ikut Islam’

Si balu ni pun tidak tahu apa diam sahaja dan masih sugul, sedih dengan kematian suami. Dengan adanya pampasan kematian dari syarikat Takaful yang diambil arwah pada masa lalu sedikit sebanyak meringankan bebannya.



Ejen tu pun terkelu dengan tindakan saudara mara balu. Lalu ejen tersebut keluarkan dokumen menyatakan cek pampasan tersebut 100% milik balu kerana si suami telah HIBAHkan pampasan kepada nama Isteri tanpa ada sesiapa pun boleh protes/ambil wang ini.

Lalu dengan marah saudara mara ipar balu tadi berkata;
 “ini tidak adil, kami juga berhak!

Namun BERHAK TIDAK BERHAK KALAU NAIK MAHKAMAH PUN HIBAH AKAN DIHAKKAN JUGA KEPADA PENAMA iaitu kepada isterinya.

Itulah pentingnya HIBAH untuk membela hidup yang tersayang setelah ketiadaan kita. Tiada siapa bakal peduli nasib mereka kecuali HANYA KITA.

Cerita asal: Haji Rafie Omar 
Mantan CEO Amanah Raya

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, April 23, 2017

Mintak 'Adjust' Permohonan Takaful

Abg tak kecik hati bila promosi Takaful saya, awak cuma pandang sebelah mata je. Malah abg tak kecik hati pun bila awak buat tak tau je.

Cuma......

Abg kecik hati bila awak dah sakit teruk, baru cari abg.



Abg kecik hati bila awak mintak abg "adjust" permohonan Takaful awak tu, kasi lepas supaya awak boleh claim segera untuk penyakit yang dah ada.

Seolah olah kerja abg ni macam tak bernilai, menyuruh abg menipu dalam kerja.

Tolong la awak, jangan buat abg kecik hati macam tu. Mohonlah awal sebelum ditimpa macam macam penyakit. Ishk!! 😩

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Konvokesyen UiTM Ke-86: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Secara Mode PLK Blended

Perjalanan sebagai student part time program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) mode PLK Blended (Pengajian Luar Kampus) akhirnya sampai ke penghujungnya.

Batch PLK Blended Ijazah Perakaunan (Kepujian) Tahun 2011 & 2012

Abg mula sesi September 2012 dan tamat sesi Jun 2016. Ambil masa lebih kurang 4 tahun untuk tamat pengajian secara part time.

Alhamdulillah...
Berjaya bergraduat dengan ijazah kelas pertama (CPGA >3.50).

Bagi sesetengah orang kata, buat ijazah perakaunan secara part time adalah benda yang susah. Sebab perakaunan adalah bidang dan subjek profesional. Itu orang yang cakaplah. Apa yang abg nak cakapkan pulak ialah;

When
Impossible
Become
I m Possible

Sekiranya abg tak mulakan langkah pertama pada tahun 2012 dengan daftar jadi student part time, sekarang ni (2017) abg masih berada di level dan takuk diploma aje.

Dah ada degree ni Insyaallah akan sambung ke program Profesional pulak lepas ni. Pelan-pelan kayuh. Ha kot la ada yang nak sponsor yuran pengajian profesional boleh la pm abg kot. Hahahaha. Nak tunggu Pound Sterling turun lambat sangat.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Meninggal Dunia / Masuk Hospital Ketika Berada Di Luar Negara

Kalau pergi luar negara kemudian ditakdirkan meninggal luar negara, kos nak bawa balik jenazah mencecah puluh ribu.

Dari pengalaman kawan-kawan abg setakat ni, kos bawa pulang jenazah;

Australia ke Malaysia - RM 60,000
Indonesia ke Malaysia - RM 15,000

Jenazah yang nak bawa balik ke Malaysia akan melalui Kastam, dimasukkan dalam kargo dan perlu permit import/eksport. Manakala ahli keluarga yang hidup, akan pulang melalui imigresen sebab orang yang hidup boleh sign, cap jari, tunjuk passport.

Kos yang tinggi turut disumbang oleh kadar tukaran wang (foreign currency) di negara di mana jenazah nak di'eksport' keluar.

Panduan membawa balik dan keluar mayat atau abu mayat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Klik Sini)



Kos bawa balik jenazah boleh dituntut semula jika ada insurans/takaful yang diambil di Malaysia atau travel insurans/takaful.

Itu untuk kes meninggal dunia luar negara dan nak bawa pulang jenazah balik. Kalau sakit mengejut, ditimpa kemalangan dan masuk hospital luar negara, lagi masak. Bil hospital sana bukan murah macam bil kat Malaysia yang bersubsidi untuk rakyat Malaysia. Dah berlaku beberapa kes rakyat Malaysia mohon bantuan kos perubatan kerana dirawat di hospital luar negara. Siapa nak tolong kalau bil 50,000 USD ? Ha.... Sendiri mau beringatlah.

Untuk mereka yang ada ambil personal medical card insurans/takaful, bil perubatan luar negara boleh dituntut semula dengan syarat tempoh ke luar negara tidak melebih 90 hari berturut-turut.

Pergi luar negara bukan sebarangan aje. Persiapan kewangan mesti dibuat dengan sebaik-baiknya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, February 9, 2017

Pindah Benefit Medical Card

Bagi anda yang dah ada medical card konvensional atau takaful, mungkin anda tak tahu, MEDICAL KAD anda boleh transfer (Take Over) ke syarikat lain, misalnya medical card takaful ABC kepada medical card Zurich Takaful.

Malahan syarikat takaful menawarkan faedah TAKE OVER ini dengan mengecualikan (waive) tempoh menunggu jika medical kad lama penuhi syarat tertentu seperti polisi sudah lebih 1 tahun, sihat 100% dan tiada claim serius sebelum ni. 



Kenapa perlu pindah benefit medical card ke Zurich Takaful ?

1. Benefit medical card anda yang sedia mungkin terlalu kecil, tidak sepadan dengan keperluan kos perubatan masa kini. Tahun 2017, mana cukup kalau limit medical card setakat RM 50,000 - RM 60,000

2. Syarikat takaful anda yang sekarang telah menaikkan harga caruman takaful anda (repricing) menyebabkan anda terpaksa berbelanja lebih untuk caruman medical card.

Kenapa anda bayar mahal untuk coverage yang kecil sedangkan anda boleh dapatkan coverage yang LEBIH BESAR pada kadar caruman yang serupa.

Apa pun sebagai pelanggan atau klien, anda ada HAK UNTUK MEMILIH yang terbaik untuk diri sendiri.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, February 6, 2017

Nak Takaful Paling Murah ?

Abg faham ramai orang nak Takaful yang paling bajet. Yang paling murah..

Tapi nak tanya balik
Awak sanggup tak, makan selang sehari?? 
Hari ni makan, esok tak makan
Lusa makan, tulat tak makan

Mungkin awak kata boleh sebab, awak kononnya diet
Tapi anak-anak awak? Mak ayah awak? 
Sanggup awak tengok mereka lapar tak makan?


Kalau gaji awak setahun RM 36,000 (sebulan Rm 3,000), tak kan awak nak ambil pelan cover RM 25,000 sahaja sebab alasan nak murah.

Takaful ni duit untuk masa depan, kalau awak dah tak boleh nak kerja. Sama ada kerana sakit, kemalangan atau hilang upaya.

Yang mahal bukan Takaful 
Yang mahal tu adalah kos sara hidup
Awak nak yang paling murah
Awak akan dapat gantirugi yang paling sikit
Awak faham tak? 
Kalau faham, apa benda yang awak fikirkan lagi?

Tapi dengan abg, di Zurich Takaful, abg akan bagi pelan yang betul-betul fit dengan keperluan coverage dengan caruman yang mampu milik dan tak mahal. Insyaallah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus