Seorang isteri berkorban diri menjaga suami yang terlantar sakit strok. Duit belanja rumah, makan minum keluarga, belanja perubatan suami, semua isteri tanggung seorang semenjak suami hilang upaya bekerja. Berhempas pulas kehidupan si isteri sejak suami ditimpa sakit.
Saudara-mara yang ada endah tak endah dengan kebajikan keluarga yang ditimpa musibah ni. Semua buat tak tau dan buat sibuk dengan hal sendiri.
Selepas suaminya meninggal dunia. Ahli keluarga lain, pak menakan, mak menakan yang selama ni tak pernah berkunjung, datang ke rumah bertanya harta si suami. Dengan ayat keramat mereka lontarkan pada si isteri;
"Kami datang nak tuntut hak kami".
Itulah dia realiti yang jadi hari ni. Tanggungjawab semua culas. Tolak ke sana, tolak ke sini.
Datang bab harta tiba-tiba pandai kata "kami juga ada hak". Malangnya nasib kalau dapat saudara mara perangai macam ni.
Buat si suami, ada kemampuan buatlah hibah takaful dan kalau berharta lebih buatlah wasiat sebaik-baiknya supaya kebajikan ahli keluarga kita lebih terjaga, terutama keluarga kita yang terdekat iaitu ibu bapa, pasangan serta anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D