Thursday, May 25, 2017

Checklist Ramadhan Tahun 2017

Alhamdulillah, Ramadhan semakin hampir dan kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni, Syukur pada Allah kerana nikmat usia dan umur yang panjang Allah bagi pada kita.

Setiap tahun ramai antara kita berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini menjadi bulan ibadah yang lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya. Termasuklah abg, tiap tahun berazam nak buat ibadah lagi banyak.

Tapi....

Macam mana nak pastikan Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas ?

Since tahun 2013 abg guna checklist harian. Supaya end of the day, boleh review balik apa yang dah dibuat sepanjang Ramadhan. Habis Ramadhan bila review balik checklist, tengok apa yang dah buat sepanjang Ramadhan, boleh menangis beb.

Menangis bukan sebab seronok nak beraya, tapi menangis sebab banyak rompong dan melepaskan bulan Ramadhan dengan sia-sia. Sibuk ke bazar, sibuk ke mall cari persiapan raya, sibuk dengan dunia.

Astafirullahalazim. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan moga Allah berikan kita hidayah agar kita dapat mencapai azam kita untuk memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini.


Boleh download, print out dan share dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D