Monday, May 8, 2017

Aktiviti Lari Suka

Sejak Mac baru ni, abg boleh dikatakan terjebak dengan aktiviti lari suka atau orang lain panggil sebagai Fun Run. Hahahaha, kelakar pula bila diterjemahkan sebagai lari suka.


Mulanya abg join event lari suka ni memang saje la nak suka-suka aktiviti hujung minggu isi masa lapang. Tapi selepas kali pertama abg habis finish line berlari, keseronokan nak berlari tu datang dalam diri. Pada awalnya memang la terasa penat, tapi dalam pada tu abg rasa lebih bertenaga dan kira lebih sihat terutama dalam usaha nak mengurangkan berat badan.

Kalau korang nak join lari suka ni, abg sangat galakkan la. Sebab korang berlari beramai-ramai, semangat dia lain sikit. Bila tengok orang yang lagi GEMUK dari diri sendiri boleh lari tanpa henti, gerenti kita pun tercabar untuk habiskan larian kita. Ada pulak tu, berlari sambil tolak stroller anak. Ha kita yang lari sorang diri bawak perut je ni harus mampu untuk berlari bersama dorang yang lain.


Satu lagi kelebihan aktiviti lari suka ni, bila kita habis lari sampai garisan penamat, maka kita dapatlah reward kita iaitu MEDAL :) Abg takat ni join aktiviti lari suka yang caj dia bawah RM 60 je. Jarak pun dalam 5 - 6km sekali lari. Syok lari, badan sihat, rasa lebih ringan.



Jom la lari suka sama-sama.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D