14 Mei 2017. Orang sibuk celebrate Hari Ibu, abg sibuk berpagi-pagi dekat MAEPS Serdang untuk berlari. Hari Ibu adalah setiap hari untuk abg, jadi tak perlu ada hari khusus untuk celebrate. Huhuhu
|
Race Kit Collection @ Avenue K KL |
Bottled Hope Trail Run ni lain sikit. Medal dia wood carving dan BIB number dia jenis ada biji benih (seeded bib) untuk ditanam kat rumah. Dia punya route pun menarik. Walaupun jarak paling jauh dia offer 5km, dia punya laluan adalah 2km on road dan 3km lagi off road. Jalan offroad masuk hutan dan mendaki curam. Habis peluh jantan semua keluar.
Larian kali ni disertai kawan abg yang juga Konsultan Zurich Takaful, Bro Ahmad Syakir.
|
Starting Point |
Sebelum mula berlari, organiser dah readykan aktiviti Zumba sebagai aktiviti untuk warm up. Warming up sebelum berlari adalah sangat penting bagi mengurangkan kecederaan sendi-sendi dan otot-otot badan yang ketat. Hahahaha. Ni la first time abg join Zumba. LoL
Boleh tahan jugak Zumba nih, belum lari lagi. Dah suku peluh keluar warming up.
|
Water Station Pertama |
Jalan offroad dia lecak. Mungkin sebab sebelum ni hujan tak berhenti. Lari 5km dan ada 2 water station beb. Selama ni abg lari 5km/6km hanya ada 1 water station yang disediakan organizer di tengah-tengah route. Agaknya organizer untuk bottled hope ni tau yang ramai akan pancit masa daki jalan offroad.
|
Amek oksigen di puncak MAEPS |
Ok la, aktiviti fun run ni sebenarnya bukan nak lumba sangat dan tak kisah pun siapa no 1 no 2 no 3. Yang penting dapat lari ramai-ramai, keluar peluh, badan sihat dan sambil lari sambil tengok pemandangan sekitar yang selalu kita terlepas pandang selama ni. Bukan tengok awek atau usha amoi ye. Hahahaha
|
Sebab dah pancit, jadilah aktiviti bergambar. |
5km aje pun. Mesti boleh habis punya lari walaupun lari main-main. Macam biasa, jadi finisher dapatlah medal. Wood carving medal tau. Siap dikalungkan lagi tu. Selalu organizer lain bagi medal dalam bungkusan plastik je. Hahahaha
Marilah berlari untuk sihat. Jom jom. Eh, lepas puasa la sambung lari. Bulan puasa bulan untuk kita kejar ibadat khusus. Doa-doakan s dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.