Tuesday, January 3, 2017

Tempoh Menunggu & Tempoh Boleh Pertikai Takaful

Ramai yang sangka kalau beli polisi Takaful, ia akan terus covered. Betul, untuk accident ya.

Tapi untuk plan Takaful lain yang anda ambil, seperti kematian kerana sakit, penyakit kritikal, elaun hospital dan medical kad, ada tempoh menunggu bila ia mula cover. Jangan ingat, beli je terus boleh pakai, boleh claim.


Contoh kematian kerana sakit, cover selepas 30 hari polisi diluluskan. Kalau kematian berlaku selepas 7 bulan, adakah ianya cover?

Jawapan dia - Bergantung kepada siasatan. Ya semua polisi yang kurang dari 2 tahun, syarikat berhak siasat terlebih dulu, jika ada keraguan. Tempoh 2 tahun inilah dipanggil tempoh boleh pertikai. Maknanya syarikat hanya akan buat keputusan selepas siasatan lengkap dilakukan

Client saya meninggal dunia kerana serangan jantung selepas 7 bulan ambil polisi. Siasatan ambil masa 15 bulan, baru claim diluluskan setelah syarikat puas hati tiada lagi keraguan.

So, apa moralnya disini? 

MOHON TAKAFUL CEPAT CEPAT

Karang claim kena siasat sebab baru beli, anda marah dan mengamuk tak tentu hala. Jangan ingat, beli je terus dapat claim.

Bertangguh (waiting) adalah satu daripada bahagian kebodohan, kata Jack Ma, pengasas Alibaba Group.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D