Monday, January 2, 2017

Perancangan 2017

Pejam celik, pejam celik.

Dah masuk tahun 2017.

Perjalanan hidup perlu dirancang dengan sebaik-baiknya. Bak air sungai yang mengalir dari hulu ke hilir, begitu juga masa kita yang tak akan berpatah kembali.

Hidup perlu dirancang.

Matlamat, cita-cita dan setiap azam perlu ditulis. Apa yang awak nak capai esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, semua kena tulis dan jadikan ianya rekod yang boleh awak review semula pencapaian awak kemudian hari.

Bukan setakat tulis dekat wall fb je weh. Lepas tu masuk hujung tahun 2017, sibuk kalut buat azam baru tahun 2018, sedangkan yang azam 2017 ke laut.

Lets stop wishing, start doing.


Start rancang penggunaan masa tahun 2017 awak dengan sebuah buku planner. Tak mahal mana pun harga buku planner jika nak dibandingkan dengan harga masa yang dibazirkan dengan sia-sia.



Okaylah, abg nak transfer kerja-kerja planner 2016 ke planner 2017. Have a nice new year walaupun harga petrol naik 20sen.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D