Sunday, January 22, 2017

Family Larang Buat Takaful Kerana Membazir

"Saya nak amek takaful encik ni. Tapi kakak saya tak bagi, dia cakap membazir je. Macam mana ek."

Selalu juga abg dapat kes macam ni. Ahli keluarga marah ambil takaful atas alasan membazir. Jawapan abg sangat mudah.



"Cik rasa kalau cik menghidap kanser, penyakit yang buat cik hidup terlantar tak bekerja.... Kakak cik sanggup tak jaga cik, gantikan semula pendapatan bulanan untuk sara hidup dan tanggung kos perubatan cik ?"

Kalau kakak cik sanggup, cik tak perlu register takaful langsung. Macam mana?

Sebelum ditimpa musibah, mereka melihat insurans sebagai satu pembaziran. Tetapi apabila ditimpa musibah, insurans akan jadi satu KEPERLUAN.

Apabila kita ditimpa musibah, belum tentu ahli keluarga yang lain boleh mengambil peduli masalah kewangan kita walaupun adik-beradik kandung kita kerana mereka juga mempunyai komitmen hidup masing-masing.

Mereka mungkin boleh cakap buat takaful satu pembaziran, tetapi adakah mereka bersedia untuk menghulurkan bantuan kewangan di saat musibah menimpa ?

Renungkan realiti dan buatlah keputusan yang betul.

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D