Wednesday, January 4, 2017

Apabila Gaji Tinggal Setengah

Kebiasaanya staff kerajaan tak berminat untuk Takaful Income Replacement. Alasannya ialah lepas meninggal isteri akan terima pencen.

Okay. Bagaimana jika meninggal seawal usia dan seawal perkhidmatan kerja?

Andaikan gaji pokok terakhir Rm 4,000, kalau cukup syarat perkhidmatan, dapat la pencen setengah gaji Rm 2,000.


Soalannya, jika sebelum ni isteri dan anak-anak hidup pada level pendapatan Rm 4,000 setiap bulan, bolehkah mereka kini kekalkan level kehidupan yang sama dengan pendapatan yang tinggal separuh daripada asal.

Hampir mustahil.

Banyak perbelanjaan terpaksa distruktur semula, lebih memburukkan keadaan jika isteri tidak bekerja atau mempunyai pendapatan rendah disamping anak-anak yang masih kecil. Belum dikira ibu bapa dikampung yang bergantung pendapatan anak yang meninggal tadi.

Bila seseorang itu ada ambil Takaful Income Replacement, ianya akan berfungsi bagi mengantikan semula pendapatan yang hilang akibat kematian awal/kehilangan upaya kekal dan bagi staff kerajaan pula, ianya dapat topup kekurangan dana pencen yang diterima untuk keluarga.

Masa depan keluarga anda adalah segalanya ðŸ˜‡

Takaful Income Replacement
013.404.4072

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D