Monday, December 26, 2016

Sihat Menjauh, Sakit Mengejar

Abg tak kisah jika ada kawan-kawan menjauhkan diri bila tahu abg buat takaful.

Walau ada yang menjauh, ramai juga yang sayang kat abg.


Sebabnya bila mereka sakit, abg yang akan uruskan semua. Abg yang tolong urus bill mereka. Abg antara terawal yang datang melawat di hospital dan beri semangat kepada mereka.

Sementara kawan-kawan lain hanya belanja "like'' dan "comment" di fb saja.

Bila mereka pergi menemui illahi, kawan-kawan mereka mungkin kirim "innalillah" dan "al-fatihah", itu pun mungkin sekadar taip di facebook.

Saudara mara mungkin kirim RM50 dan datang ziarah. Tapi abg yang akan bawa harapan baru kepada keluarga mereka.

Abg yang bawa cek hibah Takaful sebagai pengganti gaji pendapatan untuk keluarga mereka. Keluarga yang ditinggalkan kini terbela.

Orang sihat menjauh diri tu biasa dah. Yang duk kejar, duk pm nak jumpa urgent tu kebiasaannya orang yang dah sakit, orang yang dah ada problem. Itulah dia cabaran dan lumrah dalam perniagaan takaful ni.

Yang Sentiasa Berkhidmat
Abg Takaful
2011 ~ 2016

Eh dah tak sedar da nak masuk 7 tahun dalam perniagaan takaful ni.

Berbalah Kerana Pembahagian Pizza

Suatu hari, suami bersama isteri dan 4 orang anak mereka bercuti di hujung minggu.


Si suami pun order Pizza untuk family tersayang.

Setelah Pizza Hut yg diorder tadi sampai, maka suami pun membayar. Suami membuka bungkusan makanan tersebut sambil diperhatikan oleh isteri dan anak-anaknya.

"Pizza ni ade 8 bahagian. So 2 bahagian ni untuk Aziq. 2 bahagian tu untuk Azad. And then 1 bahagian ni untuk Nana. 1 bahagian yg ni pulak untuk Mimi. 1 bahagian yg ni untuk awak (wife). Dan 1 bahagian last ni awak bagi-bagilah dengan Nana dan Mimi. Saya nak mancing jap." Kata si suami.

"Eh, mana boleh bang! Kenapa si Aziq dan Azad masing-masing dapat 2 bahagian sedangkan saya sebagai mak, dapat 1 bahagian je? Ini tidak adil !" kata isterinya.

"Awak tak tahu ke bahagian awak sebagai isteri jika IKUT FARAID adalah 1/8 je tau.
Maknanya... Pizza ni harga dia RM38.30 so bahagian awak cuma RM4.79 je. Tu pun dah cukup bagus saya bagi lagi 1 bahagian utk awak share dgn Nana n Mimi ." Kata si suami.

"Tak kan macam ni bang..." 
Rungut si isteri.

"Kalau awak nak lebih boleh. Tapi saya kena buat WASIAT dulu. Saya kena HIBAH kepada awak lebih. Dan saya perlu buat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN supaya awak tak membebel lagi."

BUATLAH WASIAT UNTUK HAK-HAK FAMILY AWAK.

Nak LEBIHHHHH lagi, buat HIBAH TAKAFUL untuk FAMILY AWAK.

Kesenangan Hilang Sekelip Mata

Kesenangan hidup hilang sekelip mata. Sebenarnya abg selalu sangat dah pesan. Musibah 3D boleh melanda nak melenyapkan semua kekayaan dan harta yang kita bina jika kita tak buat persediaan untuk menghadapinya.

#3D
Disease (Penyakit)
Disability (Penyakit/Kemalangan)
Death (Konfirm Pasti Cuma Entah Bila)





Gaji RM 10,000, kalau dulu ada buat pelan takaful mungkin tak perlu sampai masuk paper macam gini.

Klien-klien abg yang gaji RM 1,500 - RM 2,000 pun masih mampu asing duit buat takaful. Kena penyakit kritikal antaranya stroke, terus ada dana RM 100,000 - RM 150,000 dari takaful.

Berapa jumlah gaji yang awak terima sebenarnya tak berapa penting. Apa yang lebih penting ialah ilmu urus kewangan. Kalau gaji puluh ribu, hutang beratus ribu dan tak ada financial protection, apa gunanya.

Thursday, October 13, 2016

Kalau Ada Insurans Company, Bolehkah Kita Claim Juga Daripada Insurans Personal ?

Kalau ada insurans company, bolehkah kita nak claim juga daripada insurans personal yang kita ambil dengan agent ?

Ya, semestinya boleh dengan syarat-syaratnya. Contohnya insurans company tak cukup limit, boleh claim dari insurans personal pulak. Bila nak buat claim, dokumen asal akan diperlukan untuk buat tuntutan seperti invois/bil asal dan resit asal.

Dan untuk elaun harian hospital, kalau ada 10 polisi insurans, boleh claim dari semua polisi tersebut.

Alkisahnya klien abg ditimpa kemalangan masa main futsal. Masuk KPJ Ampang Puteri, family dia nak pakai insurans company dulu. Cek tengok rupanya had limit insurans company sehingga RM 30,000 sahaja. Jadi lepas guna insurans company, klien abg akan kena datang buat sesi fisioterapi yang mana setiap sesi boleh telan belanja lebih RM 1,000. Insurans company punya limit tak cukup untuk sesi fisioterapi, jadi klien abg akan claim pulak kos fisioterapi tu dengan insurans personal yang dia daftar dengan abg.


Ha, insurans company cover tak banyak ye. Takat RM 30,000 tu untuk masuk besi accident, kejap je boleh habis. Mujur ada backup pelan ambil insurans peribadi.



Perubahan Mode Caruman Kad Hospital Bermula 1 November 2016


Bermula 1 November 2016, medical card MAA Takaful / Zurich Takaful bagi pelan paling rendah dan murah iaitu pelan M150 tidak lagi ditawarkan secara caruman bulanan kepada pemohonan baharu.

Ini bermakna, jika anda memilih pelan M150 ini selepas 31 Oktober 2016, anda perlu membayar caruman sekali gus untuk 1 tahun caruman. Tiada lagi bayaran bulanan diterima selepas ini.

Jadi bagi anda yang belum ada medical card, mengalami kesulitan untuk bayar pelan yang mahal, anda MESTI rebut peluang mendaftar sebelum 1 November 2016 bagi membolehkan anda menikmati bayaran caruman secara bulanan.

Kadar caruman medical card ini boleh rujuk pada gambar di bawah ini.



Claim Kad Hospital - KPJ Kajang Specialist Hospital - Demam Denggi RM 5,868.23

Klien kena demam denggi. Bil untuk rawatan demam denggi makan kos sehingga RM 5,868.23

Asalnya klien abg ni demam 3 hari tak kebah-kebah. Bini dia bawak pergi hospital Putrajaya, buat cek darah, positif denggi. Tapi tak masuk wad, doktor suruh balik dan datang semula esok untuk ambil darah sekali lagi.

Lepas tu bini dia call inform abg pasal kes dia, abg suruh pergi private hospital pakai medical card sebab dah confirm denggi. Jadi bini dia bawak ke KPJ Kajang dan doktor kat situ terus buat x-ray, ujian darah. Admit kat situ 4 hari.

Pergh, demam denggi habis urat-urat weh tak larat. Boleh pulak nak balik rumah, esok datang semula hospital semata-mata nak cek darah balik semula. Mujur la ada medical card takaful, boleh jugak refer pergi hospital pakar swasta yang panel dengan takaful. Kos RM 5,868 ? Jangan risau, ada medical card, takaful tanggung semua kos perubatan klien abg.



Klien abg ni ambil pelan had tahunan RM 50,000. Lepas tolak penggunaan semasa RM  5,868.23 maka masih ada baki untuk tahun tersebut sebanyak RM 44,131.77. Kad tahunan RM 50,000 sangat murah, walaubagaimanapun abg tak berapa suggest ambil pelan rendah sebab kos perubatan meningkat setiap tahun. Kurang-kurang kena ambil had tahunan RM 100,000 dan ke atas. Bayangkan ni baru kes denggi biasa dah makan hampir Rm 6,000. Macam mana pulak kosnya untuk penyakit lain yang lebih serius, gerenti makan puluh-puluh ribu punya.



Penyembuhan Melalui Asma Ul Husna

Abg terima perkongsian ni dari kawan abg. Jadi abg nak berkongsi ikhtiar penyembuhan melalui Asma Ul Husna. Semoga Allah memberi keizinan sembuh dari penyakit yang menimpa pada diri masing-masing.







Wednesday, October 12, 2016

Claim Kad Hospital - KPJ Tawakkal Specialist Hospital - Keracunan Makanan RM 3,598.02

Klien abg yang ni kena keracunan makanan. Polisi medical card baru ambil sebulan dengan abg. Oleh kerana keracunan makanan bukan penyakit spesifik, yang mana boleh kena bila-bila masa sahaja, jadi tak ada masalah untuk admit masuk wad.


Rawatan keracunan makan pun menelan belanja RM 3,598.02



Dah guna RM 3,598.02 masih ada baki tahunan RM 96,401.98

Berbaloi-baloi guna medical card takaful. Duduk bilik single, bil ditanggung, rawatan selesa. 



Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Bangsar - Telinga Berkulat (Otitis Media Externa) RM 2,950.60

Kisahnya klien abg ni telinga dia tersumbat. Tak dapat dengar dengan jelas. Dah pergi klinik, dapat ubat titik, tak mau jalan jugak masalah telinga dia. Akhirnya refer ke doktor pakar. Cek punya cek, tersumbat dengan kulat.

Yup, kulat hidup dalam telinga klien abg. Ngerikan dengar. So dia kena admit hospital. Doktor buat beberapa prosedur menyedut keluar kulat dari telinga. Kos duduk hospital RM 2,950.60, pakai medical card takaful je.



Klien abg ni medical card dia limit tahunan RM 200,000, lepas tolak bil yang admit ni, dia masih mempunyai baki RM 197,049.40 untuk tahun yang sama. Tahun berikutnya limit tahunannya akan reset kembali kepada RM 200,000. Tak main la ada limit lifetime macam medical card company lain.




Claim Kad Hospital - Colombia Asia Puchong - Sakit Perut (Acute Colitis) RM 4,478

Kali ni abg nak share claim diri abg sendiri. Dah lama simpan, tak dan nak share masuk blog. La ni baru ada masa untuk share tahun lepas punya claim.

Asalnya sakit perut, berdetik-detik dalam perut ni. Abg ingat appendiks ke ape, pagi-pagi terus pergi hospital sebab hati tak sedap. Maka hospital yang terdekat dengan rumah, abg pergi Colombia Asia Puchong.

Admit wad hanya sehari dengan jumlah bil keseluruhan RM 4,478. Takaful tanggung kos abg melalui medical card abg.


Bila kat hospital, bagi medical card, abg cuma tunggu takaful luluskan guarantee letter (GL) sebelum ditolak masuk dalam wad. Sejurus GL lulus, sebagai pemegang medical card akan dapat sms pemberitahuan dari takaful. Takda la duduk tercenggang tunggu buang masa kan.

Nah bil 1 hari RM 4,478




Masuk sehari ja, Alhamdulillah bukan appendiks tapi doktor kata masalah perut - acute colitis. Lepas ja discharge, abg terus isi form untuk claim elaun harian hospital. Dah la bil hospital takaful bayarkan, keluar hospital dapat pulak elaun harian duduk hospital. Syukur sangat-sangat lepas la abg bagi duit kat bini abg untuk kos dia berulang alik dari rumah ke hospital.





RM 4,478 tu kalau abg bayar kat hospital, dah bersamaan hampir 3 tahun caruman bulanan takaful abg. Tu pun kalau ada sakit-sakit masa akan datang, abg tak perlu risau lagi kos hospital ditanggung takaful. Untung ada medical card takaful.

Awak tu bila nak daftar medical card ?
Hehehehe

Menu Diet Pesakit Diabetes

Abg nak kongsikan jadual pemakanan untuk pesakit diabetes atau kencing manis. Di dalam jadual tersebut ada 3 kategori kalori yang berbeza mengikut penggunaan tenaga harian yang berbeza.



Takaful Itu Apa Sebenarnya ?

Kalau anda anggap Takaful itu sebagai satu skim tabungan simpanan, maka tidak hairanlah anda terpaksa BAYAR MAHAL untuk perlindungan takaful yang rendah. Dan tidak hairanlah, apabila masuk skim takaful, anda sibuk tanya berapa simpanan yang ada, atau berapa jumlah nilai tunai selepas matang? 

Takaful sebenarnya adalah suatu JAMINAN TANGGUNGAN KERUGIAN yang berlaku dalam hidup peserta. Kita semua tahu, hidup ini tak menentu. Bila ditimpa musibah tertentu, peserta boleh alami kerugian seperti hilang gaji berterusan atau kos sara hidup naik mendadak akibat sakit atau kemalangan. 


Kita sedar bahawa bila kita ditimpa musibah, tidak ada pihak yang akan mengganti semula kerugian kewangan yang kita alami. Takaful diwujudkan sebagai satu mekanisme memindahkan risiko kerugian kepada satu kumpulan peserta yang besar, yang sanggup beri JAMINAN BERTULIS, untuk menanggung kerugian tersebut 

Fahamkan Takaful adalah PERSEDIAAN AWAL KALAU JADI APA APA.

BETULKAN PEMAHAMAN anda tentang Takaful 
Dan anda akan menerima satu proposal Takaful yang bukan sahaja memenuhi keperluan kewangan anda, malahan sesuai dengan bajet pendapatan anda.

Dapatkan proposal dengan menghubungi 013.404.4072

Nak Claim Takaful Perlu Post-Mortem Ke ?

NAK CLAIM TAKAFUL, PERLU POST-MORTEM KE?

Post-mortem atau bedah siasat dilakukan bukan kerana si mati ada insurans/takaful. Tetapi kerana punca kematian adalah bukan semula jadi seperti kemalangan, kematian mengejut, dibunuh atau bunuh diri.

Bagi kematian semulajadi seperti mati kerana sakit (ada rekod perubatan) dan sakit tua, post-mortem tak dilakukan.


Sapa yang tentukan perlu post-mortem?

Polis (Investigation Officer)

Apa tujuan post-mortem dilakukan?

Untuk ketahui punca sebenar kematian
Bukan sebab ada polisi

Hanya untuk kematian bukan semulajadi seperti diterangkan di atas, laporan post-mortem diperlukan dalam tuntutan Takaful. Sebab pihak forensik (atas arahan polis) dah buat kan, maka syarikat perlukan laporan itu untuk pengesahan.

Bagaimana Isteri Boleh Jamin Untuk Terima Pendapatan Suami SECARA BERTERUSAN

Bagaimana ISTERI boleh JAMIN untuk 
TERIMA PENDAPATAN suami 
SECARA BERTERUSAN

Contoh gaji bulanan suami Rm 3,000. Setahun gaji suami Rm 36,000 (3,000x12).

Mintak suami ambil pelan takaful income replacement dengan coverage Rm 450,000.



Pada bila-bila masa jika takdir suami meninggal dunia atau ditimpa hilang upaya kekal dan majikan suami tak lagi bayar gaji suami, isteri claim duit takaful.

Rm 450,000 duit takaful tadi, isteri dapat lump sum dan laburkan pada instrument yang beri pulangan 8% setahun.

Setiap tahun puan-puan akan dapat dividen pelaburan Rm 36,000 (8% x 450,000) iaitu bersamaan gaji tahunan suami puan-puan.

Dengan itu, ianya mengantikan semula pendapatan gaji suami puan-puan walaupun pendapatan suami telah terhenti kerana meninggal dunia atau hilang keupayaan bekerja.

Selama mana ganti gaji suami?

Ianya adalah SELAMA-LAMANYA selagi mana wang pelaburan Rm450,000 tidak dikeluarkan daripada instrument pelaburan.

♡Tiada masalah kewangan untuk kebajikan keluarga.

♡Nafkah berterusan untuk isteri dan anak.

♡Dana pendidikan anak telah siap tersedia.

♡Tiada masalah untuk melaksanakan sedekah jariah dengan adanya dana kewangan tersebut.

Takaful income replacement bukan sahaja untuk mereka yang berkeluarga, malah bagi yang bujang juga boleh buat sebagai persediaan kewangan untuk perkara yang tidak dijangkakan.

Nak daftar ?
Jom !
013.404.4072

Monday, October 10, 2016

Duduk Rumah Duit Datang Bergolek

Mencarum dalam Takaful bukan bermakna anda tak yakin dengan rezeki Allah atau ber'aqidah'kan duit semata mata.

Sedangkan hari hari kamu pergi keluar bekerja atau berniaga. Mencari duit untuk sara hidup keluarga. Adakah apa yang kamu buat tu bermakna aqidah dah bertukar kejar duit, kejar dunia?

Kenapa tak duduk rumah je? 

Kenapa tak lepak atas katil saja, sambil doa biarlah Allah berikan duit melimpah penuh satu almari?

Itulah silapnya cara kamu berusaha !

Kamu ingat Tawakkal tu cukup sekadar yakin pada Allah tanpa perlu berusaha bersungguh-sungguh.


Tugas utama Takaful adalah untuk melindungi KEUPAYAAN kamu mencari rezeki untuk keluarga. Kerja yang kamu buat sekarang, semuanya bergantung pada usaha kamu. Kamu ingat, tak usaha pun kamu akan dapat duit tak putus putus?

Sedarlah bahawa kalau kamu sudah sakit teruk yang kritikal atau hilang upaya bekerja, kamu sudah hilang keupayaan mencari rezeki. Apatah lagi kalau kamu sudah meninggal dunia. Apa majikan atau bisnes kamu masih dapat beri pendapatan tak putus putus pada keluarga?

Misal kata pendapatan kamu 5,000 sebulan
Siapa akan ganti semula gaji 5,000 kamu?

Adik beradik kamu?
Kawan sepejabat kamu?
Rakan masjid kamu?
Baitulmal? 
Pusat Pungutan Zakat?
Jabatan Kebajikan Masyarakat?

Takde sapa yang akan bantu berterusan.
Sebab kamu sendiri tak pernah derma berterusan tiap tiap bulan pada orang yang sama.

Sebab itulah kamu perlukan Takaful.

Iktibar Kematian Adik

Semoga jadi iktibar untuk semua dan masih diberi peluang untuk memiliki polisi takaful.

Klien : 
Mi, boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM1,000,000 dan untuk wife aku RM500,000 tak?

Abg : 
Boleh. 

Tapi kenapa tiba-tiba ko nak buat ni? Sejak 3 tahun lepas aku propose kat ko tapi ko buat tak layan ja.

Klien :
Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. 

Beza 2 tahun ja. Meninggal sebab sakit jantung. 


Bila dia meninggal aku yang uruskan semua. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan. Semuanya aku urus.

Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri. Isteri arwah tak bekerja. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat. Tapi bila dia dah tak ada. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.

Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja. Tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang. 

Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayah dia kat kampung.

Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang PERGI DULU? 

Bagaimana anak dan isteri aku? 

Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka? 

Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ? 

Rumah dah tentu la jadi FREE tapi yang lain-lain lagi?

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku ni lebih baik aku buat keputusan sekarang… 

AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti…
_____________________________

“UNTUK APA PERLU BERKIRA"

Mustahaknya Khairat Kematian

Kos Pengebumian jenazah bila tiba ajalnya :

Kos minimum
Mandi Jenazah : RM 400
Kain Kapan : RM 200
Papan. : RM 150
Daftar. : RM 50
Upah Gali ( Siang ) : RM 250

JUMLAH : RM 1,050





Jika ahli keluarga tuan/puan ada memiliki Polisi ZURICH TAKAFUL, tuan/puan akan menerima khairat kematian sejumlah RM 2,000 dalam tempoh 24 jam hari bekerja selepas menyerahkan dokumen kematian yang diperlukan untuk tuntutan.

Khairat kematian sangat penting buat ahli keluarga atau waris kerana mereka perlukan wang tunai bagi tujuan pengurusan jenazah, belanja kenduri tahlil atau apa jua perbelanjaan awal yang perlu ditanggung ahli keluarga.

Kalau pun tuan/puan tidak menyertai skim takaful, tuan/puan AMATLAH DIGALAKKAN menyertai tabung khairat kematian di surau atau masjid kariah tuan/puan untuk kebaikan waris tuan/puan di masa akan datang.

Jika berkemampuan, elok sertai sekali skim takaful kerana manfaat kewangan yang lebih besar dapat disediakan untuk waris dan ahli keluarga.

Boleh hubungi abg untuk pendaftaran takaful;
013.404.4072

Pesakit Kronik Dibuang Keluarga

Kejam !

Itu perkataan yang layak diungkap kepada keluarga wanita ini. Wanita ini merupakan penghidap barah otak tahap keempat yang ditinggalkan keluarga.

Dia ditinggalkan ahli keluarga di hospital begitu sahaja sebaik mengetahui dia perlukan penjagaan rapi ahli keluarga.

Harian Metro
Isnin 19 Semptember 2016


----

Lumrah dalam kehidupan kini.

Kalau banyak duit, semua orang mengaku saudara. Yang bau-bau bacang pun mengaku saudara rapat !

Kalau sakit yang menghabiskan duit, saudara pun tak nak mengaku.

Ujian hidup masing-masing.

Firman Allah dalam Surah al-Mulk ayat 2;

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)."

Doakan yang terbaik untuk mereka yang ditimpa ujian penyakit. 

Sunday, October 9, 2016

BONGKAR RAHSIA ! Kenapa Bila Compare Polisi Dengan Zurich Takaful, Ramai Nak Bertukar Kepada Kami?

RAHSIA TERBONGKAR ! 

KENAPA BILA COMPARE POLISI DENGAN ZURICH TAKAFUL, RAMAI NAK BERTUKAR KEPADA KAMI?

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Sudah menjadi lumrah client suka untuk compare. Itu hak anda.

Tapi antara respond yang kami terima dari pelanggan-pelanggan kami ialah; 

"Eh! Kenapa ejen aku tak cerita macam apa yang kau cerita ek?"
"Eh! Kenapa polisi aku bayar lagi mahal, tapi dapat faedah lagi rendah dari kau ek?" 
"Ohhh baru aku nampak Takaful ni macam mana. Dulu ejen aku cerita, satu apa aku tak faham. Main ambik je. Sekarang baru aku nampak. Best la produk Zurich Takaful ni!"



Antara sebab kenapa ramai pilih kami?

- Kami beri nasihat ikut KEPERLUAN anda, untuk selesaikan bencana kewangan yang boleh timbul. Bukan jual produk semata-mata.

- Kami susun faedah mengikut keperluan dan jumlah yang diberikan semuanya BERSEBAB. Bukan main taruk je.

- Kami beri faedah yang terbaik pada kadar caruman yang murah (dalam lingkungan 10% gaji pelanggan).

- Medical kad kami tawarkan DISKAUN 20% BILA TAKDE CLAIM (Takde syarikat lain mampu beri!).

- Kami beri nasihat takaful dengan jujur dan ikhlas nak tolong anda kemudian hari. Bukan untuk kejar komisyen semata-mata.

- Khairat kematian kami RM2,000 dibayar segera sebab kami faham semua harta anda akan dibekukan selepas berlaku kematian. Inilah duit makan minum keluarga sementara tunggu pampasan penuh.

- Kami beri khairat tambahan RM5,000 untuk upah haji. Kami buatkan sekali qurban dan bakinya akan masuk Yayasan Waqaf sebagai AMAL JARIAH BERTERUSAN.

- Kami beri FAEDAH HILANG UPAYA TAMBAHAN hingga RM300,000 kepada wanita dalam Takaful Wanita kami.

Dan bermacam-macam faedah lain yang tak terkata di sini!

Anda cuma akan NAMPAK 
BILA DAPAT APPOINTMENT JUMPA KAMI

Hubungi 013-404 4072 SEGERA untuk appointment bersama PENASIHAT PAKAR INCOME REPLACEMENT KAMI.

Panduan Perkhidmatan Takaful (Service Guide)

Seperti arahan Bank Negara Malaysia, MAA Takaful @ Zurich Takaful telah melaksanakan Panduan Perkhidmatan Takaful (Service Guide).

Objektif dan tujuan Service Guide ini antaranya;

  • Menyediakan panduan kepada pelanggan dan meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan nasihat takaful untuk produk-produk takaful.
  • Meningkatkan transparensi perkhidmatan yang disediakan dan diberikan oleh agent takaful
  • Membolehkan pelanggan sedar dan maklum tentang perkhidmatan agent apabila melanggan pelan takaful.

Service Guide ini perlu diberikan kepada bakal pelanggan takaful dalam bentuk elektronik atau bentuk bercetak dan kedua-dua bakal pelanggan & agent takaful perlu ambil maklum penghantaran/penerimaan service guide ini.





Service Guide dalam bentuk cetakan (flyers),





Claim Kad Hospital - KPJ Damansara Specialist - Buang Breast Lump RM 7,355

September baru ni, klien abg buat pembedahan kecil buang ketumbuhan bukan kanser di bahagian payudara (breast lump). Polisi beliau dah nak masuk tahun kedua. 

Klien abg bagitau sakit berdenyut-denyut bahagian dada. Bila buat checkup kat klinik, rupanya ada 2 lump. Jadi sebab ada medical card, buat referal ke hospital swasta. Klien abg buat carian doktor pakar breast perempuan dan book appoinment dengan doktor di KPJ Damansara Specialist.

Kemudahan untuk carian doktor pakar adalah antara kelebihan bila ada medical card. Lagi-lagi bila medical card ada banyak panel hospital, maka akses rawatan lebih luas untuk klien.



Berbalik kepada kes pembedahan dan rawatan lump tadi, jumlah kos semua RM 7,355.59 ditanggung takaful. 

Sekarang abg tengah proses claim elaun harian hospital dan proses claim followup treatment iaitu rawatan lanjut dalam tempoh 60 hari selepas keluar hospital.

Sebelum ni klien abg ni jugak pernah masuk hospital untuk sakit yang lain dan keseluruhan kos perubatan beliau yang telah dibayar bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM 14,916.40




Bestnya medical card MAA Takaful / medical card Zurich Takaful ni ialah tiada lifetime limit penggunaan. Tahun 2016 dah pakai RM 14,916.40, jadi sehingga 8 Mac 2017, klien abg masih boleh guna RM 35,083.60 dan selepas 8 Mac 2017 had tahunan medical card akan reset semula kepada had tahunan beliau iaitu RM 50,000

Awak yang baca post ni dah ada medical card ke belum ? Lagi-lagi kalau awak tu golongan perempuan, Bawak-bawak la mendaftar ya :)

013.404.4072

Thursday, October 6, 2016

Beli Medical Card Cepat-Cepat Sebabnya......

KENAPA KENA BELI MEDICAL KAD CEPAT-CEPAT ?

Ini salah satu sebabnya. Penyakit seperti ovarian cyst, fibroid, batu karang dalam hempedu adalah penyakit senyap dan biasanya DIKESAN BILA DAH KRITIKAL memerlukan rawatan segera, termasuk pembedahan.

Ingatkan perut buncit sebab gemuk kuat makan, rupanya ada ketumbuhan. Ingatkan sakit perut biasa-biasa, gastrik ringan, sakit dada, rupanya ada batu karang dalam hempedu.

"Alaahhh takpe. Kan medical kad dah ada !" 
kata anda

Puan-puan sekalian,

Untuk claim rawatan pembedahan seperti di atas, penyakit tu mesti WUJUD SELEPAS 120 HARI DARI TARIKH KELULUSAN MEDICAL KAD

Kalau ketumbuhan tu baru kecik saiznya, boleh la puan cakap "baru kena" kat doktor. 



Tapi kalau ketumbuhan pun dah saiz penumbuk, dah saiz beg tangan puan, takkan nak cakap baru kena?

Medical kad ni puan, perlindungan bukan berdasarkan SEDAR ATAU TIDAK PENYAKIT TU. Tetapi berdasarkan laporan doktor dan anggaran kewujudan penyakit tu.

Kalau doktor cakap/tulis penyakit tu dah wujud sebelum tempoh menunggu 120 hari tu, minta maaflah memang tak boleh nak cover claim tu. Bukan syarikat takaful nak menipu ,tetapi itulah syarat kontrak dalam polisi

NEXT TIME, BELILAH MEDICAL KAD CEPAT-CEPAT YA !

Jangan tangguh tangguh takut ada penyakit yang anda tak sedar dah wujud lama

Masih belum ada medical card ?

Mungkin di sini jodoh kita untuk buat medical card. :D

Sms/Whatsapp
013-4044072

Thursday, September 29, 2016

Jamal Yunus Failkan Saman Terhadap Syarikat Insurans

Pencarum insurans failkan saman terhadap syarikat insurans Prudential BSN Takaful Bhd. Jom kita ikuti kes ni sehingga selesai.

Petikan sumber berita 29 September 2016: 


KUALA LUMPUR: A businessman is suing an insurance company for alleged breach of contract and negligence for failing to speed up an insurance claim when his son was brought to a hospital after an injury on his knee. 

Picture from The Star Online

Datuk Seri Jamal Md Yunus (pix), who is also Sungai Besar Umno division chief, said his son was injured on Sept 22 when he represented his school for a football match. 

“I bought a premium insurance protection coverage for my family as I am a businessman but the insurance company rejected my application when I applied for it. 

"My son was brought to the hospital in Ampang in the morning on that day," he told a press conference at the court complex here Thursday.

Jamal said he was frustrated and had to swipe his credit card for the deposits, admission to the ward, MRI and surgery which cost him about RM40,000 at the hospital in order not to delay treatment for his 16-year-old son. 

"I expect to get a comfortable facility for my son as I have been paying a higher monthly insurance payment to get protection for this type of incidents," he said. 

He said he filed a civil claim at the Sessions Court registry for damages as he considered the matter serious and a cause for concern to others who may face a similar situation. 

"It is not my aim to gain profits by filing this claim, but to give teladan (illustrate a point) to insurance companies to be more responsible and understand the feelings of their clients," according to Jamal. 

He said his son was still being treated at the hospital. 

"My son had to undergo surgery for two hours. The doctor said he cannot be involved in football for about a year and has to go for treatment for another six months," he said. 

In the claim which he showed to the media, Jamal, who is also the president of Malay NGOs coalition, had named Prudential BSN Takaful Bhd as the sole defendant.

Jamal said he would serve the copy of the suit to the insurance company soon for their further action.

Wednesday, September 21, 2016

Beramal Melalui Takaful

Tanggapan tipikal orang, agent takaful kemaruk nak duit orang aje. Biarlah mereka dengan tanggapan tipikal itu.

Hanya kita yang dalam bidang ni saja yang tahu betapa pentingnya tugas kita dalam memastikan kebajikan keluarga kita. Kita pernah menyelesaikan tuntutan bil hospital berpuluh ribu, kita juga pernah menyelesaikan tuntutan kemalangan dan juga kematian. Itu yang menjadi kepuasan dalam kerjaya kita, Helping People.

Sebagai agent takaful, kita juga boleh menjadi agent dakwah. Tak susah pun, tak perlu jadi ostat ostazah. Hanya berpesan-pesan kepada klien kita.

Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui takaful yang boleh dikongsikan kepada klien masing-masing.

• Selalu memperingati kepada klien bahawa kematian, penyakit, kemalangan dan segala ujian adalah ketentuan daripada Allah. Takaful hanya cara Allah nak bantu klien kita menghadapi ujian kewangan masing-masing dengan izinNya.


• Jika klien sakit, dimasukkan ke hospital, mereka dapat elaun harian hospital misalnya RM 750 ( RM 150 x 5 hari admit), galakkan mereka untuk infaqkan sikit elaun tersebut dengan cara sumbangan kepada masjid (tunai/hantar makanan) sebagai tanda bersyukur kerana kesihatan semakin baik. Infaq RM 100 - RM 200, tak luak duit claim elaun hospital.

• Bagi klien yang meninggal dunia, kita sebagai agent memang tiada hak langsung terhadap pampasan untuk waris mereka walaupun polisi klien kita bernilai RM 1 juta.

Tapi tak salah jika kita galakkan waris mereka untuk selesaikan hutang piutang arwah yang meninggal dunia dan menginfaqkan/wakaf RM 10,000 kepada mana-mana rumah anak yatim. 

Moga amalannya diterima dan sampai kepada arwah yang meninggal. Untuk buat sebegini, pastikan polisi takaful klien kita bukan sekadar RM 30k-40k kerana jumlah tu nak bayar hutang BLM pun belum tentu cukup.

Hidayah milik Allah, tak semua orang Allah izin rezeki dia melalui pampasan/hibah takaful.

Ada orang yang dalam familynya sendiri terjadi musibah penyakit kemalangan sebagainya, dia masih rilek takda sense untuk mendaftar takaful.

Manakala, ada orang yang sihat walafiat keturunan familynya, hanya kerana terdetik kesedaran dan tanggungjawab masa depan keluarga, dia sendiri mencari agent untuk dapatkan info takaful.

Sedekah Bila Ziarah Jenazah

Di sebalik kematian seorang lelaki bergelar ketua keluarga;


Ada yang tinggalkan isteri yang tak bekerja
Ada yang tinggalkan anak-anak yang masih kecil
Ada yang tinggalkan ibu bapa yang sudah uzur

Di hari kematian, sahabat handar sekadar mampu hadiah bersedekah RM 50 kepada waris keluarga tuan-tuan. Itu pun hanya sekali pemberian.

Ianya tidak mencukupi untuk sara BAKI kehidupan waris keluarga tuan-tuan di dunia ini. Mereka masih perlu menanggung makan minum, pendidikan anak-anak, perubatan ibu bapa, rumah tempat berteduh dan juga hutang yang ditinggal tuan-tuan semasa hayat di dunia ini.


Sebab tu abg buat takaful.

Abg nak bagi family masing-masing RM 500,000, gantikan semula pendapatan yang turut meninggal, buat dana sara hidup, dana bayar hutang, dana pendidikan lump sum, dana buat amal kebajikan melalui hibah takaful.

Abg tak kisah pada rejection.

Jangan mintak maaf pada abg.

Mintak maaf pada family sendiri.
Kerana gagal menyediakan perlindungan kewangan bertulis untuk persediaan perkara yang tiada siapa pun jangkakan.

Ambillah pengajaran daripada ujian kehidupan orang lain yang telah melalui kesempitan kewangan akibat kematian ketua keluarga.


Selalu kita dengar ayat sebegini bila mendapat khabar kematian seseorang.
"Terkejut dengar berita dia meninggal semalam. Baru je jumpa dia kelmarin."
Sebenarnya tuan-tuan, orang yang meninggal tu lebih terkejut kerana dijemput malaikat secara tiba-tiba.