Thursday, September 29, 2016

Jamal Yunus Failkan Saman Terhadap Syarikat Insurans

Pencarum insurans failkan saman terhadap syarikat insurans Prudential BSN Takaful Bhd. Jom kita ikuti kes ni sehingga selesai.

Petikan sumber berita 29 September 2016: 


KUALA LUMPUR: A businessman is suing an insurance company for alleged breach of contract and negligence for failing to speed up an insurance claim when his son was brought to a hospital after an injury on his knee. 

Picture from The Star Online

Datuk Seri Jamal Md Yunus (pix), who is also Sungai Besar Umno division chief, said his son was injured on Sept 22 when he represented his school for a football match. 

“I bought a premium insurance protection coverage for my family as I am a businessman but the insurance company rejected my application when I applied for it. 

"My son was brought to the hospital in Ampang in the morning on that day," he told a press conference at the court complex here Thursday.

Jamal said he was frustrated and had to swipe his credit card for the deposits, admission to the ward, MRI and surgery which cost him about RM40,000 at the hospital in order not to delay treatment for his 16-year-old son. 

"I expect to get a comfortable facility for my son as I have been paying a higher monthly insurance payment to get protection for this type of incidents," he said. 

He said he filed a civil claim at the Sessions Court registry for damages as he considered the matter serious and a cause for concern to others who may face a similar situation. 

"It is not my aim to gain profits by filing this claim, but to give teladan (illustrate a point) to insurance companies to be more responsible and understand the feelings of their clients," according to Jamal. 

He said his son was still being treated at the hospital. 

"My son had to undergo surgery for two hours. The doctor said he cannot be involved in football for about a year and has to go for treatment for another six months," he said. 

In the claim which he showed to the media, Jamal, who is also the president of Malay NGOs coalition, had named Prudential BSN Takaful Bhd as the sole defendant.

Jamal said he would serve the copy of the suit to the insurance company soon for their further action.

Wednesday, September 21, 2016

Beramal Melalui Takaful

Tanggapan tipikal orang, agent takaful kemaruk nak duit orang aje. Biarlah mereka dengan tanggapan tipikal itu.

Hanya kita yang dalam bidang ni saja yang tahu betapa pentingnya tugas kita dalam memastikan kebajikan keluarga kita. Kita pernah menyelesaikan tuntutan bil hospital berpuluh ribu, kita juga pernah menyelesaikan tuntutan kemalangan dan juga kematian. Itu yang menjadi kepuasan dalam kerjaya kita, Helping People.

Sebagai agent takaful, kita juga boleh menjadi agent dakwah. Tak susah pun, tak perlu jadi ostat ostazah. Hanya berpesan-pesan kepada klien kita.

Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui takaful yang boleh dikongsikan kepada klien masing-masing.

• Selalu memperingati kepada klien bahawa kematian, penyakit, kemalangan dan segala ujian adalah ketentuan daripada Allah. Takaful hanya cara Allah nak bantu klien kita menghadapi ujian kewangan masing-masing dengan izinNya.


• Jika klien sakit, dimasukkan ke hospital, mereka dapat elaun harian hospital misalnya RM 750 ( RM 150 x 5 hari admit), galakkan mereka untuk infaqkan sikit elaun tersebut dengan cara sumbangan kepada masjid (tunai/hantar makanan) sebagai tanda bersyukur kerana kesihatan semakin baik. Infaq RM 100 - RM 200, tak luak duit claim elaun hospital.

• Bagi klien yang meninggal dunia, kita sebagai agent memang tiada hak langsung terhadap pampasan untuk waris mereka walaupun polisi klien kita bernilai RM 1 juta.

Tapi tak salah jika kita galakkan waris mereka untuk selesaikan hutang piutang arwah yang meninggal dunia dan menginfaqkan/wakaf RM 10,000 kepada mana-mana rumah anak yatim. 

Moga amalannya diterima dan sampai kepada arwah yang meninggal. Untuk buat sebegini, pastikan polisi takaful klien kita bukan sekadar RM 30k-40k kerana jumlah tu nak bayar hutang BLM pun belum tentu cukup.

Hidayah milik Allah, tak semua orang Allah izin rezeki dia melalui pampasan/hibah takaful.

Ada orang yang dalam familynya sendiri terjadi musibah penyakit kemalangan sebagainya, dia masih rilek takda sense untuk mendaftar takaful.

Manakala, ada orang yang sihat walafiat keturunan familynya, hanya kerana terdetik kesedaran dan tanggungjawab masa depan keluarga, dia sendiri mencari agent untuk dapatkan info takaful.

Sedekah Bila Ziarah Jenazah

Di sebalik kematian seorang lelaki bergelar ketua keluarga;


Ada yang tinggalkan isteri yang tak bekerja
Ada yang tinggalkan anak-anak yang masih kecil
Ada yang tinggalkan ibu bapa yang sudah uzur

Di hari kematian, sahabat handar sekadar mampu hadiah bersedekah RM 50 kepada waris keluarga tuan-tuan. Itu pun hanya sekali pemberian.

Ianya tidak mencukupi untuk sara BAKI kehidupan waris keluarga tuan-tuan di dunia ini. Mereka masih perlu menanggung makan minum, pendidikan anak-anak, perubatan ibu bapa, rumah tempat berteduh dan juga hutang yang ditinggal tuan-tuan semasa hayat di dunia ini.


Sebab tu abg buat takaful.

Abg nak bagi family masing-masing RM 500,000, gantikan semula pendapatan yang turut meninggal, buat dana sara hidup, dana bayar hutang, dana pendidikan lump sum, dana buat amal kebajikan melalui hibah takaful.

Abg tak kisah pada rejection.

Jangan mintak maaf pada abg.

Mintak maaf pada family sendiri.
Kerana gagal menyediakan perlindungan kewangan bertulis untuk persediaan perkara yang tiada siapa pun jangkakan.

Ambillah pengajaran daripada ujian kehidupan orang lain yang telah melalui kesempitan kewangan akibat kematian ketua keluarga.


Selalu kita dengar ayat sebegini bila mendapat khabar kematian seseorang.
"Terkejut dengar berita dia meninggal semalam. Baru je jumpa dia kelmarin."
Sebenarnya tuan-tuan, orang yang meninggal tu lebih terkejut kerana dijemput malaikat secara tiba-tiba.

Tuesday, September 20, 2016

Wanita Paling Ramai Derita Kanser

Wanita paling ramai derita kanser. Barah menjadi punca keempat kematian di hospital kerajaan. Statistik menunjukkan kanser penyakit keempat tertinggi penyebab kematian.



Golongan wanita sangat terdedah kepada pelbagai penyakit wanita dan kanser. Kanser bukan sahaja menyebabkan penghidapnya menderita menanggung rasa sakit, malah menderita menanggung beban kewangan kerana kos bagi rawatan kanser SANGAT MAHAL sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Tiada orang yang secara sukarela nak dapat penyakit kanser, namun andai telah tertulis takdir diuji dengan penyakit kanser, apakah persediaan kewangan yang telah kita sediakan sekarang ?

Cukupkah pelan perlindungan takaful yang diambil sekarang ?

Dapatkan nasihat takaful dan pandangan kedua (review of policy) daripada abg. Hanya perlu whatsapp lampiran summary takaful untuk pandangan kedua abg tentang pelan perlindungan takaful sedia ada.

Kalau tak ada takaful langsung, tu dah kena daftar pelan takaful cepat-cepat dengan abg. Orang yang dah ada pun tak cukup coverage, apatah lagi yang tak ada langsung. :D





10 Senarai Utama Model Kereta Dicuri Tahun 2014 Dan Tahun 2015

10 senarai utama model kereta yang dicuri bagi tahun 2014 dan tahun 2015.

Senarai pertama bagi tahun 2014 dan tahun 2015 dimenangi oleh Proton Wira dan dituruti oleh Toyota Hilux di tempat kedua.

Mengapa Proton Wira menjadi sasaran Hot Car di tempat pertama? Mungkin boleh kita bincangkan bersama di ruangan komen.



Sumber daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), dicantikkan lagi oleh The Star Graphics.

Pelan Takaful Income Replacement

INCOME REPLACEMENT



Income Replacement bermaksud penggantian-semula pendapatan yang hilang akibat ditimpa musibah tertentu. Kehilangan sumber pendapatan adalah kerugian dari segi kewangan dan ia boleh diatasi atau dikurangkan kesan mudharatnya dengan mengambil pelan Takaful yang sesuai


Apa faedah yang perlu disusun dalan pelan Takaful Income Replacement?

Ia bergantung kepada jenis-jenis musibah yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang sumber pendapatan

5 Jenis Risiko Utama Yang Perlukan Income Replacement

1 - Meninggal dunia awal sebelum bersara
2 - Hilang upaya kekal dan keseluruhan hingga menyebabkan anda tidak boleh melakukan pekerjaan lebih 6 bulan

3 - Sakit kritikal yang berpanjangan (biasanya sehingga 3-4 tahun)

4 - Diwadkan di hospital untuk tempoh agak lama (melebihi sebulan)

5 - Hilang keupayaan 1 anggota badan utama (mata, tangan, kaki) akibat kemalangan



Jadi, pastikan pelan Income Replacement yang anda ambil, cukup faedah-faedah asas di atas. Pelan Income Replacement yang lengkap boleh diibaratkan seperti hidangan nasi yang cukup ramuan lauk-lauk sampingannya. Dan bukannya, pelan nasi putih sekawah kosong sahaja!




Contoh Pelan Takaful Income Replacement

Umur 30 tahun, berpendapatan bulanan RM 2,500
Pekerjaan kelas 1

1. Lumpuh / Meninggal Dunia RM 500,000

• Manfaat ini bersamaan dengan 200 bulan mata pendapatan atau hampir 16 tahun pendapatan jika berlaku lumpuh atau hilang upaya kekal untuk melakukan 3 daripada 6 aktiviti harian kehidupan atau meninggal dunia (yang mana terdahulu).

• Fungsi manfaat ini untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat tidak mampu bekerja atau pencari nafkah meninggal dunia.

• Manfaat ini akan dibayar kepada keluarga yang dinamakan sebagai penerima hibah (ibu bapa / anak-anak / isteri) bagi menggantikan pendapatan yang telah terhenti sejurus meninggal dunia. 

• Jika waris keluarga melaburkan hibah pampasan ini, pada kadar pulangan pelaburan 7% setahun, waris akan menerima pendapatan dividen berterusan sebanyak RM 35,000 (0.07xRM 500,000), bersamaan pendapatan bulanan RM 2,900.


2. Penyakit Kritikal RM 140,000

• Manfaat ini dibayar jika didiagnos menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal tersenarai.

• Fungsi manfaat ini bagi sokongan kewangan yang bersamaan dengan 56 bulan gaji yakni hampir 4 tahun gaji.


3. Elaun Harian Hospital RM 150

• Manfaat ini membayar elaun harian setiap hari sebanyak RM 150 jika diwadkan ke dalam hospital.

• Andai kata diwadkan ke dalam hospital selama 30 hari, manfaat sebanyak RM 4,500 dapat menggantikan hampir 2 bulan pendapatan sepanjang terlantar di wad hospital.



4. Khairat Kematian & Badal Haji

• Waris keluarga akan menerima bantuan khairat kematian segera sebanyak RM 2,000 untuk pengurusan jenazah dan sebanyak RM 5,000 akan diperuntukan untuk pelaksanaan badal haji (upah haji) melalui Amanah Raya Berhad.

KESEMUA MANFAAT INI BOLEH DIPEROLEH DENGAN CARUMAN BULANAN RM 200 SAHAJA

Peserta takaful umur 30 tahun, pendapatan bulanan RM 2,500 hanya memperuntukan 8% daripada pendapatan untuk melindungi 100% pendapatan yang dibawa pulang untuk keluarga dan komitmen hutang.

Whatsapp segera
013.404.4072

Monday, September 19, 2016

Insurans Company Terhenti Sejurus Bersara

Ramai yang sangka takaful ni boleh beli ikut suka, terutamanya bila nak pakai duit.

Ada pernah nampak orang baru nak beli insuran lepas rumah dia terbakar?

Ada pernah nampak orang baru lepas accident kereta baru sibuk nak beli insuran?

Jangan berharap company tanggung sampai bila-bila.

Akak ni pm abg.
Selama ni masuk hospital guna benefit medical company.

Now dah plan untuk bersara.
Dan off course, benefit medical card company akan terhenti bila beliau bersara.

Sekarang dia pm abg tanya untuk apply medical card.

Every year ada intention untuk masuk hospital untuk masalah 'wear and tear' joint disease.

Dan jawapannya, pastinya DECLINE.

Benefit medical company adalah satu advantage, tapi bukan bermakna ianya bersifat permanent selamanya.

Maka untuk itu, personal medical plan masih menjadi keperluan untuk semua orang. 

You are not the owner of the company, you just an ordinary worker. Jika company decide untuk batalkan manfaat medical untuk staffnya, pada bila-bila masa sahaja company boleh berbuat demikian. Pastinya yang dah ada rekod perubatan dan rekod claim hospital, akan mengalami masalah untuk mendapatkan pelan perubatan personal yang ada di pasaran luar.

Beringat-ingatlah ye.

Thursday, September 15, 2016

Ada Medical Card Boleh Pilih Doktor Pakar

Satu kelebihan dan benefit untuk orang yang ada medical card takaful adalah kemudahan untuk PILIH doktor.

Jika pemegang medical card mengalami masalah penyakit, sebelum pergi hospital panel, boleh search dulu doktor pakar yang nak dirujuk malah boleh pilih doktor lelaki atau perempuan bergantung pada availability doktor tersebut.

Screenshot dari website Hospital KPJ Tawakkal Specialist
http://www.kpjtawakkal.com/find-doctor.php

Kalau takda medical card, hadap je la apa yang ada. Kena tunggu turn 3 bulan, tunggu aje la. Melainkan ada banyak duit cash, boleh la cepat sikit cari doktor pakar kat hospital private.

Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam, juga antara salah satu daripada lebih 100 buah hospital pakar swasta panel medical card MAA Takaful / Zurich Takaful.

Apa yang penting sangat kemudahan untuk pilih doktor ni ? 

Abg tak nak bebel panjang-panjang dan abg ringkaskan kenapa penting untuk ada kemudahan pilih doktor;

  • Nak rawatan yang cepat. Kalau doktor pakar di sebuah hospital tu jadual dia padat, boleh cari doktor pakar di hospital panel yang lain.
  • Untuk pesakit perempuan, masalah dan penyakit perempuan, majoriti nak pilih doktor perempuan untuk buat rawatan. Jadi ada medical card, boleh pilih doktor yang berkenan di hati.
  • Paling penting, nak jumpa doktor pakar secara percuma. Hanya perlu bayar caruman medical card sahaja. Kos untuk rundingan doktor pakar, rundingan sahaja ya, belum masuk prosedur doktor dan ubat-ubat lagi, boleh mencecah RM 500 sekali jumpa (5-15 minit). RM 500 tu boleh bayar caruman medical card untuk setengah tahun beb.

Screenshot dari website Darul Ehsan Medical Centre
http://www.demc.com.my/our-doctor-2


Prosedur Transfer Hospital Dari Hospital Kerajaan Ke Hospital Swasta

Baru-baru ni berlaku kemalangan pada klien sahabat konsultan takaful abg di Kedah. Awalnya masuk ke General Hospital (GH), tapi pakar tulang belakang tak available kat hospital sana. Pakar GH yang ada hanya di Ipoh dan KL sahaja. 

Memandangkan klien tersebut ada medical card MAA Takaful / Zurich Takaful, maka sahabat abg telah bantu urusan transfer dari hospital GH ke hospital swasta. Hospital swasta yang ada pakar tulang terdekat dengan klien di Kedah Medical Centre, Alor Star (KMC). Jika masuk ke sini untuk pembedahan tanpa medical card, klien tersebut perlu sediakan on the spot deposit sebanyak RM 30,000. Oleh sebab ada medical card, guna aja benefit medical card.




Jadi berdasarkan kes yang terjadi pada sahabat konsultan abg, abg kongsikan pengalaman beliau tentang prosedur transfer dari hospital kerajaan ke hospital swasta. Prosedur ini mungkin dapat membantu pemegang medical card MAA Takaful / Zurich Takaful dan juga konsultan-konsultan MAA Takaful / Zurich Takaful pada masa akan datang.

Prosedur transfer dari Hospital Kerajaan ke Hospital Swasta bagi pemilik medical card MAA Takaful/Zurich Takaful.

Merujuk kepada kes doktor tulang di GH Kedah ang tak available untuk urgent operation/treatment.

1. Ejen kena dapatkan pengesahan doktor yang nak merawat di hospital swasta bahawa hospital tersebut boleh terima pesakit. Dan bagitau sama nak guna medical card.

2. Call bahagian kecemasan hospital swasta, maklumkan bahawa doktor dah setuju terima pesakit dan bagitau nama doktor. Bahagian kecemasan hospital swasta akan call GH untuk pengesahan dan siapkan dokumen berkaitan.

3. Ambulan dari hospital swasta akan pergi ambik pesakit di GH kerana ambulan GH takkan hantar pesakit ke hospital swasta .



4. Kemasukan wad macam biasa dengan submit Guarantee Letter (GL) ke Mediexpress. Yang ni diuruskan oleh bahagian admission hospital.

So itu saja prosedurnya.

Bagi pemilik medical card syarikat takaful lain, medical card yang claim 'medical kad 1st party', rujuklah pada ejen masing-masing ya.

Kami medical card '3rd party' sangat efisyen. Call centre, proses pengeluaran Guarantee Letter 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Takda masalah nak admit tengah malam buta sekalipun, akan dibantu oleh syarikat yang telah MAA Takaful / Zurich Takaful lantik (Mediexpress).

Kempen Penjenamaan Zurich Takaful Malaysia Berhad

Zurich Takaful Malaysia Berhad, dahulunya dikenali sebagai MAA Takaful Berhad, akan melancarkan kempen penjenamaan besar-besaran di seluruh Malaysia bermula 16 September 2016 ni !

Kempen ini meliputi liputan akhbar tempatan, siaran langsung on air di radio dan juga billboard-billboard utama di stesen LRT.

MAA Takaful kini Zurich Takaful. 
Dan kami lebih GAGAH.










Monday, September 12, 2016

Kerana Suami Bertangguh, Isteri Tanggung Hutang Suami

Tahun 2016 Mac, sharing dengan suami businessman pasal Takaful Income Replacement. Suami kata nak fikir dulu.

Lepas seminggu jumpa balik di rumah dengan isteri. Cadangkan ambil Rm250 untuk income replacement Rm500,000 sebab isteri tak kerja. 

Abg menghantar klien ke klinik untuk ujian demam denggi.

Isteri setuju. 

Suami pulak kata di belakang isteri, nanti saya fikir dulu.

Ogos tahun yang sama, isteri kejut suami bangun subuh, dah tak bangun. Meninggal masa tidur akibat kegagalan jantung. Ziarah keluarga arwah di rumah baru ni, isteri tanya, apa yang diperlukan untuk buat tuntuan kematian takaful.


Abg terkejut tak tahu nak nak jawab apa. Bila cerita perkara arwah suami tak daftar apa-apa sebab alasan nak fikir dulu, isteri terdiam dan menangis. Sebab arwah tinggalkan hutang bisnes, tambah lagi isteri tak bekerja tiada pendapatan bulanan.

Dalam hal ni, bukan salah abg.
Tapi abg tetap rasa bersalah.

Suami yang kata hold dulu, nak fikir dulu.

Memang kita boleh hold selama mana kita nak fikir, tetapi kita lupa kita tak boleh hold kematian, tak boleh hold musibah, tak boleh hold kemalangan. Ada perkara di luar kemampuan dan luar kawalan kita.

Maka kita sentiasalah beringat.

Yang dah pergi, tak boleh betulkan kesilapan yang dibuat. Yang masih hidup, belajarlah dari kesilapan orang lain.

Pindah Semua Beban Kewangan Kepada Isteri

"Saya dan isteri masing-masing bekerja. Ada pendapatan masing-masing. Jadi saya rasa belum ada keperluan untuk buat takaful."

Memang betul cakap tuan. Kalau jadi apa-apa kat tuan, isteri tuan masih boleh bekerja untuk tanggung keluarga.

Tapi, daripada elok-elok tuan suami isteri tanggung semua perbelanjaan, kini semua tu jatuh ke bahu isteri pulak untuk dia tanggung seorang diri.



Kalau tuan dah takde dan isteri tuan masih 'hot', mungkin dia mudah cari suami baru sebagai pengganti. 

Kalau dibuatnya tuan masih hidup, tapi tiada income bulanan, sebaliknya hanya menambah beban kos harian seperti dialisis buah pinggang, rawatan chemotherapy, tukar diaper hari-hari, saya khuatir tuan akan jadi seperti biawak hidup yang isteri terpaksa bela.

Sebagai suami dan ketua keluarga, tuan perlu ada Takaful Income Replacement. Walaupun masing-masing bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, adakah pasangan tuan mampu tanggung beban kewangan seorang diri ?

Thursday, September 8, 2016

Claim Kad Hospital: Pembedahan & Rawatan Harian Hospital - Buang Polyp Serviks

Medical card MAA Takaful @ Zurich Takaful ada manfaat untuk tuntutan pembedahan & rawatan harian hospital tanpa masuk wad atau lebih mudah disebut dengan bahasa 'Day Surgical'. Walaubagaimanapun, tuntutan untuk 'Day Surgical' ini terhad kepada beberapa kes dan keadaan yang dibenarkan sahaja,





Klien abg menjalani prosedur day surgical membuang ketumbuhan polyp pada bahagian serviks di hospital pakar. Caj yang dikenakan doktor RM 386.90 dan caj lain-lain (laboratory, farmasi, sebagainya) menjadikan keseluruhan bil sebanyak RM 650.00 untuk sekali rawatan.

Humang aih.

RM 650 habis dalam 2-3 jam. Gaji kerja seminggu tu.

Tapi jangan risau, klien abg boleh claim semula kos rawatan day surgical kerana ada medical card takaful. Setelah disemak dengan claim department takaful, maka klien abg boleh submit semula claim bayaran balik (reimbursement).

Lega aih.


RM 650 tu boleh bayar caruman medical card untuk setahun tau tak. Siap cover RM 50,000 setiap tahun. Fuh.




Suami Tak Izin Isteri Daftar Pelan Takaful

Ada kalangan isteri yang meminta izin dari suami untuk daftar pelan takaful. Tetapi sayangnya tidak semua suami memberi izin, malah melarang isteri daripada membuat pelan perlindungan takaful dengan alasan seperti "nanti dululah, fikir kemudian, tengok la kemudian macam mana", sehingga akhirnya apabila si isteri jatuh sakit tiba-tiba dan perlukan belanja rawatan yang besar, si suami langsung kebuntuan dan kemudiannya ada yang menghilang diri cari yang lain.

Bukan semua suami boleh menjaga isteri yang sakit.


Bila si isteri bertanya begini,
"Abang, boleh tak saya nak daftar pelan takaful ?"

Tentu suami akan jawab,


"Tak payahlah, nantilah, kemudianlah, tengok dululah."

Cuba tanya macam ni pulak,

"Abang, kalau saya sakit yang kena bayar Rm 80,000, abang boleh tanggung saya tak?"

Mungkin suami akan terkedu dan berfikir sejenak kebarangkalian ini.

Sekali lagi abg ingatkan, tidak semua suami boleh stay bila isteri sakit. Dah tu pulak, nak kena keluar belanja puluh-puluh ribu.

Sedangkan isteri yang sihat, masih bekerja pun suami boleh tinggalkan dan cari lain. Apatah lagi kalau isteri terlantar sakit dan jadi beban kewangan suami.


Suami tak bagi ambil isteri Takaful Wanita.
Tapi bila sakit belum tentu suami boleh stay dan sara isteri yang sakit.

Fikir-fikirkan.


Wednesday, September 7, 2016

Isteri Buntu Suami Tiba-Tiba Pergi Mengejut


Apabila suami tidak pernah membuat persiapan kewangan untuk menghadapi bencana kewangan, pasti kesan buruknya akan ditanggung oleh pasangan dan anak-anak yang ditinggalkan.

Kematian itu datang tanpa syarat

Sudah menjadi fitrah dan lumrah kehidupan, pastinya si isteri kebuntuan seketika apabila suami tiba-tiba pergi mengejut. Lebih-lebih lagi jika isteri tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak bekerja atau bergantung 80% pendapatan daripada si suami itu tadi.

Mungkin kata-kata ini akan diungkapkan oleh seorang isteri yang kebuntuan




Kita tidak memerlukan duit, selepas meninggal dunia esok.

Tetapi jika esok kita meninggal dunia

Mulut anak - anak yg kita tinggalkan masih perlu di suap makanan dan di berikan pendidikan - kita perlukan duit!

Isteri kita secara automatik menanggung hutang piutang dunia kita. Nak bayar hutang, kita perlukan duit!

Mak Ayah kita makin uzur di kampung dan masih perlu meneruskan hidup tanpa kita. Pun perlukan duit!

Keluarga kita nak buat jamuan tahlil, urusan pengebumian, upah haji, wakaf dan sedekah. Juga perlukan duit!

Harta-harta suami akan dibekukan sejurus kematian dan akan diagihkan mengikut hak faraid. Selalu proses pecahan faraid ini mengambil masa dan rumit lebih-lebih lagi jika wujud pertikaian pembahagian harta si mati. Maka tidak hairan sehingga hari ini sebanyak hampir RM 60 billion harta orang mati masih tidak dapat diuruskan dan diagihkan kepada keluarga yang layak. Urusan harta pusaka juga memerlukan kos belanja ya, bukannya percuma.



Cuba tanya abg, bagaimana cara nak buat persiapan kewangan untuk hadapi bencana kewangan dan cipta harta tunai segera untuk keluarga hari ini!

Jawapan abg, kena la whatsapp abg.
013.404.4072

Madu Akasia Menyekat Sel Kanser


Poster dikongsikan oleh rakan abg yang mengkaji khasiat madu lebih. Kata beliau, madu akasia (acacia honey) mampu menyekat sel kanser. Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan ikhtiar oleh pesakit kanser.

Anyway, abg tak jual madu akasia ni. Dan kawan abg juga tak jual madu ni. Mungkin boleh cari di luar.

Mampukah Isteri & Anak Ganti Pekerjaan Kita Hari Ini


"Allah dah jamin rezeki isteri dan anak-anak saya lepas saya mati."

Kata seorang brader ni kat abg lepas perkenalan takaful income replacement. Jadi abg sambung tanya,

"Encik kerja engineer sebulan gaji RM 8,000, andai kata takdir encik meninggal dulu, boleh tak isteri encik atau anak encik ganti tempat kerja encik serta-merta untuk dapatkan pendapatan encik RM 8,000 sebulan."




Terkedu brader tu. Mungkin abg tersalah tanya. So abg mntak maaf sebelum tinggalkan kesan yang lebih mendalam.

"Saya mintak maaf kalau salah cakap. Memang betul cakap encik, Allah jamin rezeki dan makan minum kita, tapi bukannya dengan cara berserah semata-mata, sebaliknya kena berusaha macam mana kita keluar usaha mencari nafkah bulanan.
Jika encik meninggal dunia, mungkin rezeki isteri dan anak-anak encik akan datang melalui perantara, antaranya duit sumbangan jiran tetangga kerana hidup serba kekurangan ataupun mungkin melalui suami baru isteri encik dan juga ayah tiri kepada anak-anak encik. Adakah encik redha keluarga encik jadi macam tu?"

Terkedu lagi. So abg stop cakap terus. Penat dah bebel rasanya. Moga bebelan abg bermanfaat untuk masa depan orang lain yang lebih mengerti.

Monday, September 5, 2016

Pesanan Kepada Pesakit Kanser

Pesanan untuk pesakit kanser.



"Saya Okay Aje Dah 60 Tahun Hidup Takda Takaful"

"Saya tak pernah ada takaful. Ok aje pun. Sekarang dah masuk umur 60 tahun dah."- Kata seorang pak cik 
 
Kita tak boleh pukul rata. Setiap orang ada bahagian ujian mereka yang berbeza.

Ada suami yang ditakdirkan meninggal usia muda, meninggalkan balu bersama-sama anak yang masih kecil. Terkontang kanting si isteri tak tahu nak bawa haluan.

Ada pula mereka yang diuji dengan penyakit sehingga melarat hilang pekerjaan seperti strok dan kanser. Terpaksa mengharap simpati orang untuk meneruskan baki kehidupan.


Tak kurang juga yang diuji dengan ditimpa kemalangan kerana kecuaian orang lain sehingga lumpur anggota badan. Hilang terus kemampuan tubuh badan untuk bekerja menjana pendapatan harian dan makan minum ahli keluarga.

Kita TAK mintak untuk semua benda-benda tu terjadi pada diri kita mahupun keluarga kita yang lain (semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang kepada kita semua), tapi sekiranya telah tertulis takdir, apa persediaan yang kita dah buat sebelum terjadinya musibah tersebut ?

Takaful adalah salah satu jalan usaha dan ikhtiar. Biarlah orang nak kata kita rugi bayar bulan-bulan, sekurang-kurangnya kita dah buat persediaan kewangan untuk diri sendiri.

Kalau susah, bukan orang berebut-rebut nak tolong kita pun. Inilah ikhtiar kita, usaha kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah swt.

Jika sihat, diberi umur yang panjang, dikurniakan kesihatan yang baik, ucaplah Alhamdulillah. Tak usah kita pertikaikan sana sini, orang lain susah pun bukan kita yang tolong makan minum keluarga mereka.

Insurans Bukan Budaya Kita

Baru ni abg jumpa seorang prospek untuk perkenalkan Takaful Income Replacement bagi persediaan kewangan di hari-hari tubuh badan tidak lagi mampu bekerja menjana pendapatan. Yang abg nak kongsikan kat sini ialah rejection yang diberikan oleh prospek tersebut;

Insurans ke takaful ke ni bukan budaya kita...
Saya tak berminatlah. Bukan budaya kita.

Secara tak sengaja abg pun jawab;

Aah ye betul cik. Insurans takaful ni bukan budaya kita. Budaya kita ni bila dah ada problem baru nak cari insurans, nak cari takaful. Bila kena reject, kata syarikat insurans takaful ni tak nak tolong. Budaya yang kita duk amalkan, buat tabung kilat sumbangan.
Tapi berapa sangat yang boleh kumpul dalam masa singkat.



Mendidik masyarakat tentang pentingnya takaful banyak cabarannya, terutama di kalangan masyarakat melayu yang berfikiran "dah kena baru nak terngadah". Walaupun begitu, bagi generasi Y pula kelihatan sudah mempunyai kesedaran melindungi kewangan daripada risiko dan musibah dalam hidup. Apa pun cabarannya, jihad takaful bagi membantu persediaan umat tetap perlu diteruskan. Tak dapat tolong orang lain, kita say "next" untuk tolong yang lain.

Adakah Anda Telah Bersedia ?

Perkhidmatan Oncology Rawatan Kanser Di Malaysia




Hospital-hospital di Malaysia yang boleh dapatkan rawatan kanser:

✔ 6 Hospital Kerajaan (MOH) - warna putih
✔ 4 Hospital universiti (MOE) - warna kuning
✔ 29 Hospital Swasta - warna merah

Info diperoleh semasa program anjuran bersama Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) & Hospital Pantai iaitu program 'Health Talk' di Hospital Pantai Bangsar pada 25 Ogos 2016 (11.30 am).

Kelebihan pemegang medical card jika menghidap kanser - AKSES HOSPITAL. Dengan medical card, pesakit kanser boleh akses perkhidmatan oncology yang terdapat di hospital swasta.

Kalau tak ada medical card, tak ada duit cash, sangat sempit dalam kewangan jika menghidap kanser. Kita bukan nak sakit, tapi bersedialah dan berusahalah untuk apa jua kemungkinan ujian dari Allah. 

Dah ada medical card ke belum ?
013.404.4072

Bayaran Takaful Secara Kad Kredit / Kad Debit On The Spot


Abg kini terima bayaran takaful secara kad kredit / kad debit. Transaksi bayaran dilaksanakan secara on the spot dan resit akan terus dihantar secara sms/emel kepada pembayar.

Kemudahan bayaran kad kredit / kad debit menggunakan CIMB Plug & Play ini hanya terdapat pada konsultan Zurich Takaful / MAA Takaful yang awesome macam abg. Tak semua agen ada kemudahan ni.





Dengan adanya kemudahan ni, maka abg tak perlu risau ke hulu ke hilir pegang duit klien sementara nak bayar ke syarikat takaful. Sekarang semua cashless. Just swipe kad kat abg. Bagi klien yang buat bayaran amaun besar, klien selamat tak perlu keluar cash, abg pun selamat tak perlu kendong cash.

"Saya nak bincang dengan isteri"

"Saya nak bincang dengan isteri"


Ni antara alasan orang lelaki untuk elak ambil takaful. Kalau dia bincang nak buat pilihan Hibah RM 1 juta atau RM 2 juta takpe jugak. Hahahahaha :D

Yang kesiannya, bila kematian datang mengejut, accident, heart attack, stroke sebagainya.... Tiba-tiba isterinya tanya;
"Cik, arwah suami saya dulu ada jumpa cik dia ambil pelan takaful berapa ya?"

Abg jawab jujur aje la ye
"Maaflah puan, arwah tak amek apa-apa dengan saya. Dia cakap nak bincang dulu dengan puan."
Satu sen pun tak tinggal untuk isteri dan anak-anak.
Malah yang tinggal JELAS hanya angka-angka hutang-piutang si suami.


Ko tak nak sign up takaful.
Ko bagi la alasan apa pun kat abg.
Abg LANGSUNG tak kisah.
Sebab abg dah selesaikan bahagian tanggungjawab abg.
Tinggal bahagian tanggungjawab korang aje.

Masa berjalan.
Badan dan organ semakin tua.
Umur tinggal sikit.

Jangan kemudian hari kata abg tak cakap, abg tak pesan, abg tak cerita pasal takaful na....

Peluang Menambah Pendapatan Melalui Perniagaan Takaful Secara Part Time

Abg sedang mencari agent-agent baharu untuk digilap dalam kerjaya takaful dan bersama-sama sertai group takaful abg di Selangor & Kuala Lumpur.

Boleh buat secara Part Time
Boleh juga buat secara Full Time
Tak kisah

Yang penting INCOME masuk
Kita dapat tolong orang
Hati pun senang

Meh contact abg kita sembang
013.404.4072