Tanggapan tipikal orang, agent takaful kemaruk nak duit orang aje. Biarlah mereka dengan tanggapan tipikal itu.
Hanya kita yang dalam bidang ni saja yang tahu betapa pentingnya tugas kita dalam memastikan kebajikan keluarga kita. Kita pernah menyelesaikan tuntutan bil hospital berpuluh ribu, kita juga pernah menyelesaikan tuntutan kemalangan dan juga kematian. Itu yang menjadi kepuasan dalam kerjaya kita, Helping People.
Sebagai agent takaful, kita juga boleh menjadi agent dakwah. Tak susah pun, tak perlu jadi ostat ostazah. Hanya berpesan-pesan kepada klien kita.
Antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui takaful yang boleh dikongsikan kepada klien masing-masing.
• Selalu memperingati kepada klien bahawa kematian, penyakit, kemalangan dan segala ujian adalah ketentuan daripada Allah. Takaful hanya cara Allah nak bantu klien kita menghadapi ujian kewangan masing-masing dengan izinNya.
• Jika klien sakit, dimasukkan ke hospital, mereka dapat elaun harian hospital misalnya RM 750 ( RM 150 x 5 hari admit), galakkan mereka untuk infaqkan sikit elaun tersebut dengan cara sumbangan kepada masjid (tunai/hantar makanan) sebagai tanda bersyukur kerana kesihatan semakin baik. Infaq RM 100 - RM 200, tak luak duit claim elaun hospital.
• Bagi klien yang meninggal dunia, kita sebagai agent memang tiada hak langsung terhadap pampasan untuk waris mereka walaupun polisi klien kita bernilai RM 1 juta.
Tapi tak salah jika kita galakkan waris mereka untuk selesaikan hutang piutang arwah yang meninggal dunia dan menginfaqkan/wakaf RM 10,000 kepada mana-mana rumah anak yatim.
Moga amalannya diterima dan sampai kepada arwah yang meninggal. Untuk buat sebegini, pastikan polisi takaful klien kita bukan sekadar RM 30k-40k kerana jumlah tu nak bayar hutang BLM pun belum tentu cukup.
Hidayah milik Allah, tak semua orang Allah izin rezeki dia melalui pampasan/hibah takaful.
Ada orang yang dalam familynya sendiri terjadi musibah penyakit kemalangan sebagainya, dia masih rilek takda sense untuk mendaftar takaful.
Manakala, ada orang yang sihat walafiat keturunan familynya, hanya kerana terdetik kesedaran dan tanggungjawab masa depan keluarga, dia sendiri mencari agent untuk dapatkan info takaful.
About Author:
Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072
Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus