Monday, August 8, 2016

Perkongsian Ilmu National Sales Kongress MAA Takaful 2016

Setiap tahun MAA Takaful akan mengadakan Kongres Jualan Nasional atau lebih dikenali dengan nama NSC (National Sales Congress). Program ini diadakan pada setiap tahun di mana semua konsultan MAA Takaful dari seluruh pelusuk negara akan berkumpul bersama-sama bagi menuntut ilmu baharu. Speaker jemputan dibawa khas dari dalam negara dan juga dari luar negara.

Di bawah ini perkongsian cacatan sesi NSC 2016 MAA Takaful. Antara beberapa GOLDEN POINT yang sempat abg catat untuk sesi yang abg masuk, abg kongsi kat bawah untuk manfaat bersama.

Ramai yang masuk sesi menonong tak catat apa, dibimbangi segala ilmu tersebut akan berlalu pergi kerana TERLUPA. Semoga catatan ilmu yang dibuat ini dapat kita amalkan untuk manfaat pada hidup kita dan hidup orang lain.


Bergambar bersama-sama rakan konsultan yang hebat²


Sesi Ustaz Elyas Ismail
Tajuk Rahsia Bahagia, Kaya & Berjaya

5 rahsia untuk rasa bahagia, kaya dan berjaya

1. Being humble, merendah diri

• Rasa diri bagus membuatkan kita tak bagus
• Rasakan diri serba kurang maka kita akan sentiasa merendah diri, tidak bangga diri

2. Fahami makna rezeki

• Rezeki adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada kita
• Harta yang kita miliki belum tentu rezeki kita
• Dalam sepinggan harta kita, telah tertulisnya rezeki untuk makhluk lain
• Kenapa setiap rezeki manusia itu berbeza-beza adalah kerana Allah hendak manusia saling sama tolong-menolong sesama kita
• Jika semua menjadi kaya, dapat 1 juta, maka kehidupan akan jadi susah dan rumit kerana semua orang ada duit.
• Jangan terlalu sibuk mencari rezeki, takut tak sempat menikmati rezeki kerana diundang mati terlebih dahulu.
• Nikmati kehidupan sepanjang perjalanan hidup kerana belum tentu kita boleh menikmatinya di penghujung jalan.

3. Bersyukur

(Ustaz buat aktiviti senaraikan 5 perkara yang paling kita syukuri dan kemudian mintak kita potong 4 daripadanya, tinggalkan satu perkara utama paling disyukuri)
• Allah bagi nikmat terlalu banyak pada manusia sehingga manusia tidak tahu nikmat mana untuk disyukuri
• Mengucap tahniah apabila mendengar kebaikan orang lain adalah sunnah nabi
• Syukur is law of attitude
• Tanda kita bahagia adalah bila kita suke tengok orang lain bahagia

• Ada 3 katergori manusia;

i. Manusia wajib - adanya menyenangkan, perginya menyedihkan
ii. Manusia sunat - adanya okay, tak adanya pun tak terasa sangat
iii. Manusia haram - adanya menyusahkan, perginya sangat disyukuri

4. Berjiwa besar

• Ramai orang dewasa ada masalah 'baby in the big body. Badan besar, jiwa kecil.
• Orang berjiwa besar melihat masalah sebagai perkara kecil.
• Orang berjiwa kecil melihat masalah sebagai perkara besar.

5. Berbuat baik kepada orang tua kita

• Duit yang kita dapat, tolong kongsi dengan orang tua kita.
• Apabila kita berjaya, kita perlu celebrate dengan semua orang kerana kejayaan kita adalah doa daripada semua orang. Termasuk dengan orang yang kritik kita, kerana asbab kritikan mereka, kita boleh berjaya.

♥ LAIN-LAIN PERKONGSIAN USTAZ DI NSC ♥

1. Doa untuk diamalkan oleh mereka yang belum dikurniakan zuriat. Amalkan

i. Surah As Saffat - Ayat 100
ii. Surah Al Imran - Ayat 38

2. Sesiapa yang berusaha luar biasa, Allah akan berikan ganjaran jalan usaha baginya - Surah Al Ankabut Ayat 69

3. Kalau kita tak buat preparation, maka kita akan banyak buat correction.

4. Ustaz kongsikan cerita cacing yang total OKU, boleh hidup besar dalam tanah.

5. Solat adalah RnR bagi hati manusia


Speaker Istimewa Dari Indonesia ~ Esra Manurung

Sesi Esra Manurung (Indonesia)
Tajuk Selling with Attitude

1. Bagaimana Esra Manurung bermula dalam industri ansuransi dengan latar belakang keluarga yang miskin dan susah.

2. Beliau adalah LIFETIME MDRT Indonesia

3. Ibu beliau meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar, meninggalkankan beliau bersama 7 orang adik beradik bersama seorang ayah.

4. Pernah bekerja di bank sebagai kerani biasa selama 9 tahun. Banyak melalukan kesilapan sehingga kerapkali dibodohkan dan ditololkan oleh kakitangan bank.

5. Beliau CUBA menjual insurans, katanya walaupun suami isteri adalah orang miskin, tetapi sekiranya kedua-duanya saling bergabung, bisa menjadi cocok dan meletup.

6. Menjual ansurasi adalah pekerja yang mulia kerana menolong orang lain membayar wang kecil untuk wang lebih besar.

7. Satu point yang sangat menarik dari beliau, kita MESTI berusaha dari sekarang untuk hidup senang kerana kita masih mempunyai ibu bapa untuk kita balas budi. Katanya, apa guna kita miliki BMW, Merc sedangkan kita sudah tak boleh beri kebahagiaan kepada orang tua kita.




Sesi Azzam Sabtu
Perkasa Diri Dengan NLP

1. Pembelajaran definisi Neuro Linguistic Programming

2. Sistem kepercayaan ibarat meja dan kaki, meja ialah kepercayaan dan kaki-kakinya adalah bukti. Nak hapuskan kepercayaan, hapuskan bukti-bukti yang menyokong kepercayaan tersebut.

3. Aktiviti genggaman tumbukan, memisahkan genggaman hanya menggunakan 2 jari.

4. Aktiviti cucuk belon dengan lidi sate (memecah kepercayaan bahawa belon akan meletup jika cucuk benda tajam)

5. Aktiviti tali rafia (yang ni abg tak dapat)

6. Aktiviti memadam api dengan genggaman tangan (memecahkan ketakutan - fear)

7. Kalau rasa diri down, cara buang hormon cortisol ialah dengan

i. mendongak kepala ke langit
ii. buat power pose (boleh google - pose superman, pose gorila, pos letak kaki atas meja)

Faktor Kejayaan :
20% - Strategi
80% - psycology

Kunci Kejayaan :
20% - IQ
80% - EQ

*Maka, sebelum berjaya, kena PERCAYA!*

Whether u believe u can, or u can't, either way , u are right -Henry Ford . 


Therefore, we must choose to believe that I CAN!

Apa yang kita fokuskan, akan MEMBESAR.
Maka, focus terhadap Sukses.
Fokus pada apa yang kita boleh buat!

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D