Tuesday, August 23, 2016

Claim Kad Hospital - KPJ Pahang Specialist Hospital - Upper Respiratory Tract Infection RM 3,541.82

Seorang klien abg di Pahang admit kat KPJ Pahang. Dah ambil medical card hampir 1 tahun tempoh polisi. Daftar medical card dengan abg September 2015, nak jadi cerita sakit Julai 2016.

Asalnya demam tak baik-baik, dah pergi klinik semua kemudian refer pergi hospital. Sebab ada medical card, refer ke hospital KPJ Pahang Specialist.



Doktor diagnosis Upper Respirator Tract Infection. Maka klien abg ditahan wad untuk 3 hari. Jumlah kos medical card takaful tanggung sepanjang rawatan klien sebanyak RM 3,451.82

Klien abg ni guna kad pelan ekonomi, setiap tahun cover RM 50,000. Maka bagi period tahun pertama, masih ada baki boleh guna di hospital sebanyak RM 46,458.18

Masuk ulang tahun kedua polisi medical card nanti, amaun tu akan reset semula kepada RM 50,000. Maksudnya setiap tahun klien nak admit guna RM 50,000 pun takda masalah. Medical card ni TIADA had limit seumur hidup (lifetime limit) macam kad takaful yang lain kenakan.


Berbaloi-baloi guna medical card. Bulanan klien abg ni cuma bayar RM 70 aje sebulan. Baru 11 bulan bayar, dah guna RM 3,500.

Monday, August 22, 2016

Claim Kad Hospital - KPJ Penang Specialist Hospital - Influenza A RM 5,330.48

Ramai klien, maka banyak juga kemasukan hospital klien abg. Kali ni rawatan Influenza A di KPJ Penang Specialist Hospital. Dengan jumlah kos ditanggung terus kad hospital sebanyak RM 5,330.48


Setiap hari admission kat hospital, klien abg layak terima elaun harian wad. Bolehlah buat ganti pendapatan harian yang hilang kerana terpaksa duduk dalam wad hospital. Dapat la claim RM 500 lepas keluar wad, boleh ambil cuti berehat kat Cameron Highland 2-3 hari,


Oleh kerana terdapat keperluan rawatan susulan atau followup secara pesakit luar (outpatient), setiap rawatan susulan klien abg boleh claim semula. Bagi rawatan susulan pesakit luar, asas yang digunakan adalah Pay and Claim iaitu bayar dahulu dan boleh tuntut semula dan rawatan susulan hendaklah tidak melebih 60 hari daripada tarikh keluar (discharge dari hospital). 

Boleh la pay and claim pun, takda la bayar hangus buta-buta macam orang kat luar yang takda takaful.


Lepas abg kira-kira balik, caruman yang klien abg bayar hanya sedikit dan jumlah yang klien dah mencapai puluhan ribu ringgit. Mujur klien abg sedar keperluan takaful dan daftar sebelum ada masalah penyakit. Penyakit ni macam-macam, dia nak datang dia tak kira siapa. Dan dia tak kira kita ada takaful ke, takde duit ke, dia tetap datang kalau dah tertulis takdirNya.

Claim Kad Hospital - KPJ Tawakkal Specialist Hospital - Acute Infective Bronchitis RM 3,623.50

Claim rawatan hospital KPJ Tawakkal Specialist Hospital. Klien abg diwadkan kerana Acute Infective Bronchitis. Kos keseluruhan takaful tanggung dengan menggunakan kad hospital sebanyak RM 3,623.50


Klien abg ni ambil pelan komprehensif kad hospital dengan takaful hayat. Oleh itu, selepas beliau discharge, abg pun claimkan elaun harian hospital. Dapatlah RM 270 (RM90 sehari). Bolehlah buat belanja makan saudara-mara yang datang melawat, ada lebih nak masuk duit ke tabung masjid sebagai tanda syukur dah sihat pun boleh.


Semua claim klien boleh view secara online guna Apps Mediexpress dan bagi proses claim elaun harian, setiap proses (penerimaan claim, bayaran claim) akan dimaklumkan terus kepada klien melalui sms dan juga email.


Monday, August 8, 2016

Faraid & Tanggungjawab

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.


Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.



Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki, bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.

Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil , yang memberi rugi padanya ditinggalkan.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup si mati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupin semuanya kerja best-best.

2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu).

3. Simpanan si mati ada dalam 10k di bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Si mati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati utk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.

6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan si balu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak. Dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah semua dijual waris.

Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.

Walaupun berhak pada harta si mati tapi kene tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri.

Ya.
Tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni, berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita, adik-adik kite suami kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah si mati menyediakan nafkah untuk anak si mati.

Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang dibawahnya.

Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim selain menjelaskan hutang-piutang si mati.

INGAT YA ! 
Dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam
Perkongsian Ustazah Nik Salida Suhaila- al maraaya, tv al hijrah

Perkongsian Ilmu National Sales Kongress MAA Takaful 2016

Setiap tahun MAA Takaful akan mengadakan Kongres Jualan Nasional atau lebih dikenali dengan nama NSC (National Sales Congress). Program ini diadakan pada setiap tahun di mana semua konsultan MAA Takaful dari seluruh pelusuk negara akan berkumpul bersama-sama bagi menuntut ilmu baharu. Speaker jemputan dibawa khas dari dalam negara dan juga dari luar negara.

Di bawah ini perkongsian cacatan sesi NSC 2016 MAA Takaful. Antara beberapa GOLDEN POINT yang sempat abg catat untuk sesi yang abg masuk, abg kongsi kat bawah untuk manfaat bersama.

Ramai yang masuk sesi menonong tak catat apa, dibimbangi segala ilmu tersebut akan berlalu pergi kerana TERLUPA. Semoga catatan ilmu yang dibuat ini dapat kita amalkan untuk manfaat pada hidup kita dan hidup orang lain.


Bergambar bersama-sama rakan konsultan yang hebat²


Sesi Ustaz Elyas Ismail
Tajuk Rahsia Bahagia, Kaya & Berjaya

5 rahsia untuk rasa bahagia, kaya dan berjaya

1. Being humble, merendah diri

• Rasa diri bagus membuatkan kita tak bagus
• Rasakan diri serba kurang maka kita akan sentiasa merendah diri, tidak bangga diri

2. Fahami makna rezeki

• Rezeki adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada kita
• Harta yang kita miliki belum tentu rezeki kita
• Dalam sepinggan harta kita, telah tertulisnya rezeki untuk makhluk lain
• Kenapa setiap rezeki manusia itu berbeza-beza adalah kerana Allah hendak manusia saling sama tolong-menolong sesama kita
• Jika semua menjadi kaya, dapat 1 juta, maka kehidupan akan jadi susah dan rumit kerana semua orang ada duit.
• Jangan terlalu sibuk mencari rezeki, takut tak sempat menikmati rezeki kerana diundang mati terlebih dahulu.
• Nikmati kehidupan sepanjang perjalanan hidup kerana belum tentu kita boleh menikmatinya di penghujung jalan.

3. Bersyukur

(Ustaz buat aktiviti senaraikan 5 perkara yang paling kita syukuri dan kemudian mintak kita potong 4 daripadanya, tinggalkan satu perkara utama paling disyukuri)
• Allah bagi nikmat terlalu banyak pada manusia sehingga manusia tidak tahu nikmat mana untuk disyukuri
• Mengucap tahniah apabila mendengar kebaikan orang lain adalah sunnah nabi
• Syukur is law of attitude
• Tanda kita bahagia adalah bila kita suke tengok orang lain bahagia

• Ada 3 katergori manusia;

i. Manusia wajib - adanya menyenangkan, perginya menyedihkan
ii. Manusia sunat - adanya okay, tak adanya pun tak terasa sangat
iii. Manusia haram - adanya menyusahkan, perginya sangat disyukuri

4. Berjiwa besar

• Ramai orang dewasa ada masalah 'baby in the big body. Badan besar, jiwa kecil.
• Orang berjiwa besar melihat masalah sebagai perkara kecil.
• Orang berjiwa kecil melihat masalah sebagai perkara besar.

5. Berbuat baik kepada orang tua kita

• Duit yang kita dapat, tolong kongsi dengan orang tua kita.
• Apabila kita berjaya, kita perlu celebrate dengan semua orang kerana kejayaan kita adalah doa daripada semua orang. Termasuk dengan orang yang kritik kita, kerana asbab kritikan mereka, kita boleh berjaya.

♥ LAIN-LAIN PERKONGSIAN USTAZ DI NSC ♥

1. Doa untuk diamalkan oleh mereka yang belum dikurniakan zuriat. Amalkan

i. Surah As Saffat - Ayat 100
ii. Surah Al Imran - Ayat 38

2. Sesiapa yang berusaha luar biasa, Allah akan berikan ganjaran jalan usaha baginya - Surah Al Ankabut Ayat 69

3. Kalau kita tak buat preparation, maka kita akan banyak buat correction.

4. Ustaz kongsikan cerita cacing yang total OKU, boleh hidup besar dalam tanah.

5. Solat adalah RnR bagi hati manusia


Speaker Istimewa Dari Indonesia ~ Esra Manurung

Sesi Esra Manurung (Indonesia)
Tajuk Selling with Attitude

1. Bagaimana Esra Manurung bermula dalam industri ansuransi dengan latar belakang keluarga yang miskin dan susah.

2. Beliau adalah LIFETIME MDRT Indonesia

3. Ibu beliau meninggal dunia selepas melahirkan anak kembar, meninggalkankan beliau bersama 7 orang adik beradik bersama seorang ayah.

4. Pernah bekerja di bank sebagai kerani biasa selama 9 tahun. Banyak melalukan kesilapan sehingga kerapkali dibodohkan dan ditololkan oleh kakitangan bank.

5. Beliau CUBA menjual insurans, katanya walaupun suami isteri adalah orang miskin, tetapi sekiranya kedua-duanya saling bergabung, bisa menjadi cocok dan meletup.

6. Menjual ansurasi adalah pekerja yang mulia kerana menolong orang lain membayar wang kecil untuk wang lebih besar.

7. Satu point yang sangat menarik dari beliau, kita MESTI berusaha dari sekarang untuk hidup senang kerana kita masih mempunyai ibu bapa untuk kita balas budi. Katanya, apa guna kita miliki BMW, Merc sedangkan kita sudah tak boleh beri kebahagiaan kepada orang tua kita.




Sesi Azzam Sabtu
Perkasa Diri Dengan NLP

1. Pembelajaran definisi Neuro Linguistic Programming

2. Sistem kepercayaan ibarat meja dan kaki, meja ialah kepercayaan dan kaki-kakinya adalah bukti. Nak hapuskan kepercayaan, hapuskan bukti-bukti yang menyokong kepercayaan tersebut.

3. Aktiviti genggaman tumbukan, memisahkan genggaman hanya menggunakan 2 jari.

4. Aktiviti cucuk belon dengan lidi sate (memecah kepercayaan bahawa belon akan meletup jika cucuk benda tajam)

5. Aktiviti tali rafia (yang ni abg tak dapat)

6. Aktiviti memadam api dengan genggaman tangan (memecahkan ketakutan - fear)

7. Kalau rasa diri down, cara buang hormon cortisol ialah dengan

i. mendongak kepala ke langit
ii. buat power pose (boleh google - pose superman, pose gorila, pos letak kaki atas meja)

Faktor Kejayaan :
20% - Strategi
80% - psycology

Kunci Kejayaan :
20% - IQ
80% - EQ

*Maka, sebelum berjaya, kena PERCAYA!*

Whether u believe u can, or u can't, either way , u are right -Henry Ford . 


Therefore, we must choose to believe that I CAN!

Apa yang kita fokuskan, akan MEMBESAR.
Maka, focus terhadap Sukses.
Fokus pada apa yang kita boleh buat!