Bermula 1 Julai 2016, proses pemgambilalihan MAA Takaful oleh Zurich Insurance Group telah selesai sepenuhnya.
Pengambilalihan ini membolehkan gabungan jenama antarabangsa dan gabungan kepakaran tempatan serta global dalam memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya pelanggan MAA Takaful.
MAA Takaful Berhad akan dijenamakan semula dalam tempoh terdekat bagi mencerminkan penggabungan antarabangsa bersama Zurich Insurance Group. Jenama MAA Takaful Berhad yang baharu adalah Zurich Takaful Malaysia Berhad.
Sebagai konsultan MAA Takaful, penggabungan ini memberi banyak manfaat kepada pelanggan di mana lebih banyak cawangan akan dibuka bagi memudahkan servis pelanggan dan yang paling menarik ialah produk-produk perlindungan akan datang lebih kompetitif setaraf dengan pasaran global antarabangsa dan diadaptasi serta diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan penyesuaian agar ianya mematuhi keperluan syariah dan dapat melengkapkan keperluan perlindungan kewangan khususnya untuk umat Islam.
Hari ni kami semakin BESAR, KUAT, MANTAP dan bertaraf ANTARABANGSA.
Your future is here
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D