Ramai orang tertipu dengan agen takaful. Buktinya ialah bila dia tanya
"Saya ambil pelan takaful yang ada SAVING"
"Saya nak cari pelan SAVING"
Abg cakap siap-siap la, hangpa cakap pelan "SAVING", hangpa kena sembelih la.
Mana ada pelan SAVING, dengan nak bayar caj coverage takaful lagi, wakalah fee lagi, lepas tu nak sumbat saving pulak.
Walaupun ada rider Takaful Saver, sejujur dan sebanyak manakah agent tersebut meletakkan rider tersebut dalam polisi yang dinamakan takaful saving ? Rata-ratanya akan allocate caruman kepada regular contribution dan hanya sedikit sahaja di rider Takaful Saver.
Apabila takaful diambil untuk saving, maka caruman yang sepatutnya RM 150, RM 200, akan melonjak naik kepada RM 300, RM 400. Ini kerana setiap item perlindungan ada caj yang perlu dibayar, ianya tidak diberikan secara percuma. Ditambah lagi caj wakalah, hanya sebahagian sahaja wang caruman yang dimasukkan ke dalam ''saving'' atau akaun pelaburan peserta takaful. Maka untuk mewujudkan 'saving' tersebut, hangpa terpaksa bayar caruman lebih mahal lagi bagi membolehkan lebihan yang lebih banyak diperuntukkan ke dalam akaun pelaburan peserta.
Bagi pemegang polisi takaful pelan saving, selepas 2-3 tahun mencarum dan dapat statement takaful, jangan terkejut apabila melihat 'saving' hangpa tidak seperti yang hangpa harapkan.
Lagi sadis, bila berlaku musibah pada pemegang polisi saving, cuma dapat ganti rugi pampasan setakat RM 20k, RM 30k. Nak bayar hutang pun tak cukup weh, apa lagi nak cerita family survival dengan amaun banyak tu pada tahun-tahun mendatang.
"Saya bayar mahal, beratus-ratus setiap bulan, ini aja saya dapat dari takaful ?"
Abg tegaskan setegas-tegasnya, takaful BUKAN INSTRUMENT SIMPANAN. Ianya adalah instrument perlindungan (protection) untuk musibah kehidupan dan melindungi kepentingan kewangan ahli keluarga kita pada saat musibah menimpa.
Polisi takaful mana yang hangpa akan pilih ?
A. Bayar RM 150
- Perlindungan hibah kematian/hilang upaya RM 500,000
- Tiada simpanan
B. Bayar RM 150
- Perlindungan hibah kematian/hilang upaya RM 30,000
- Anggaran simpanan tahun ke-10 sebanyak RM 8,000
Bayaran yang sama, tetapi jumlah manfaat yang berlainan. Jika Encik A sebagai pemegang polisi ditimpa kemalangan hilang upaya, apakah polisi B mampu menyelesaikan masalah kewangan beliau ?
Jika beliau ambil polisi A, RM 500,000 boleh bertahan selama 10 tahun malah jika dilaburkan semula, ianya boleh menjana pendapatan berterusan untuk Encik A meneruskan kehidupan tanpa bekerja, menyelesaikan hutang-piutang yang bersangkutan, malah jika diizinkan Allah, Encik A boleh terus menunaikan haji dengan wang takaful tersebut.
Renung-renungkan dan buka minda hangpa. Jangan tertipu dengan istilah 'saving' dalam pelan takaful. Utamakan jumlah COVERAGE hangpa.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D