Thursday, June 30, 2016

Takaful For "Dummies"

Takaful For "Dummies"

Penerangan ringkas abg tentang program takaful untuk dummies. Nak tahu lebih lanjut, kena la buat appoinment dengan abg okay.

Takaful atau insurans telah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan seharian. Takaful menawarkan pelan perlindungan & pelaburan komprehensif yang berteraskan kepada nilai² Islam dan mengikut syariah. Takaful bebas dari unsur riba, perjudian dan ketidakpastian.


Kenapa perlu takaful?

Konsepnya sama seperti kenapa anda mengambil takaful atau insurans untuk kenderaan anda seperti motorsikal dan kereta. Tujuannya adalah bagi melindungi harta anda daripada kerugian kewangan yang bakal berlaku dari pelbagai risiko seperti kemalangan, kecurian dan sebagainya.


Akan tetapi, persepsi masyarakat Malaysia terhadap takaful untuk diri sendiri masih di tahap yang rendah. Mereka ini tidak mengetahui bahawa diri mereka adalah lebih bernilai daripada harta benda yang lain dan seharusnya diri mereka perlu mendapat perlindungan takaful.






Apabila sesuatu bencana atau musibah berlaku terhadap diri anda, anda bakal kehilangan perkara yang penting dalam kehidupan anda iaitu PENDAPATAN


Kita perlukan pendapatan untuk menyara kehidupan seharian seperti makan & minum, membayar rumah, kenderaan dan sebagainya. Dalam pada kita menguruskan pendapatan kita, ramai yang terlupa untuk melindungi PUNCA PENDAPATAN itu, itu DIRI empunya badan.

Sekiranya anda meninggal dunia, keluarga anda akan kehilangan 3 perkara:


1) Kehilangan suami / isteri
2) Kehilangan ayah / ibu
3) Kehilangan pendapatan

Anda tidak akan nampak keperluan dan manfaat takaful ketika waktu sekarang. Tetapi anda akan bersyukur kerana anda telah mempunyai pelan perlindungan takaful apabila sampai waktu anda memerlukannya.

Takaful menawarkan perlindungan bagi perkara seperti :

1) Kad rawatan hospital (medical card)
2) Pampasan penyakit kritikal
3) Pampasan tuntuntan kemalangan
4) Pampasan kecacatan kekal
5) Pampasan kematian
6) Khairat kematian





Jangan tunggu sehingga esok kerana anda tidak tahu apakah bencana atau musibah yang bakal menanti di hari esok. Mulakan langkah anda untuk mendapatkan perlindungan & pelaburan shariah sekarang.



Jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, sila jangan malu untuk bertanya. Tak tanya, sesat jalan.


Add facebook di sini 

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D