Sikit-sikit stop insurans.
Yeah, abg faham dalam hidup ni memang banyak perkara nak pakai duit. Tapi itu bukan alasan untuk kita stopkan insurans.
Nak kahwin, dapat anak, beli rumah, nak pergi bercuti, terus nak stop bayar insurans. Sedangkan insurans atau takaful ini adalah ASAS perlindungan kewangan yang utama.
Terus terang abg cakap, orang kita memang macam ni. Terlalu lemah dalam mengalihkan risiko dan membuat perancangan awal.
Tengok pada bangsa lain. Mereka kaya raya hasil daripada tinggalan perlindungan insurans yang diambil oleh ahli keluarga mereka. Waris mereka yang dapat duit pampasan insurans, mereka bertindak bijak dengan bukak bisnes melalui duit pampasan takaful, modal perniagaan mereka dapat sekaligus tanpa perlu berhutang dengan sesiapa dan mereka menggajikan orang lain untuk buat kerja-kerja melakukan perniagaan mereka.
Mereka yang dapat pampasan insurans, menggunakan wang tersebut untuk hantar anak study oversea tanpa buat hutang langsung.
Berbeza dengan pemikiran orang kita, bila dah terkena penyakit, kalut nak cari insurans. Tengah-tengah malam whatsapp/sms agent tanya nak daftar takaful macam mana. Bila bagitahu dah tak layak nak daftar, mulalah salahkan sana salahkan sini. Lepas tu orang kita salahkan pada takdir bulat-bulat. Sedangkan ikhtiar dan usaha tak dibuat ketika zaman sihat dan senangnya.
Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf iaitu kisah 7 tahun subur dan 7 tahun kemarau. Jika tidak keberatan, sila buka Al-Qur'an terjemahan, Surah Yusof, juz 12, ayat 43 hingga 53 dan baca terjemahannya dan cuba fahaminya. Bagi mengetahui intipatinya secara terperinci, rujuklah ustaz, orang alim, ulama', para hafiz untuk mendalami jus yang terkandung di dalamnya.
Secara ringkasnya, kisah ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu iaitu di zaman Nabi Allah Yusof a.s. Pada ketika itu baginda Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan kerana fitnah Zulaihka. Raja Mesir ketika itu, Al-Aziz telah bermimpi bahawa 7 ekor lembu betina yang gemuk telah ditelan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus, 7 biji gandum yang hijau dan 7 biji gandum yang kering, kemudian hujan. Hanya mukjizat Nabi Allah Yusof a.s. sahaja yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut iaitu:- 7 tahun yang pertama (kiasan 7 ekor lembu gemuk) adalah 7 tahun yang makmur, bertanamlah dengan sungguh-sungguh, kemudian hasil tuaian itu sedikit digunakan dan banyak disimpan. Akan berlaku 7 tahun kemarau (kiasan 7 ekor lembu kurus) dan semua tanaman mati sehingga habis hasil yang disimpan semasa 7 tahun yang makmur tadi. Kemudian barulah turun hujan dan bermulalah pula 7 tahun yang makmur semula.
Kaitannya dalam kehidupan kita ialah kesenangan yang kita ada sekarang perlulah kita simpan dan beringat untuk waktu kesusahan yang akan datang.
Jadi jom ubah mindset kita dan dengan menyediakan perlindungan kewangan takaful patuh shariah untuk kesenangan waris-waris kita pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D