Membuat rayuan derma online nampak macam mudah. Buat satu posting, kemudian share post ke group-group Facebook dan whatsapp supaya ianya menjadi viral. Tetapi soalnya berapa banyak hasilnya yang boleh dikumpul dalam tempoh masa yang pendek ?
Mungkin ini hasil rayuan derma online yang boleh dikumpul dalam tempoh terdekat:
RM 40,000, menyamai dengan kos rawatan pintasan jantung. Jika minggu depan ada ahli keluarga kita yang perlu buat pembedahan dengan kos RM 40,000, berhasilkah kita untuk kumpul cash RM 40,000 dengan rayuan kepada manusia di medium online ? Beranikah kita tebalkan muka kutip duit derma dari meja ke meja ?
RM 40,000, ramai yang boleh ucapkan simpati, tetapi tak ramai yang boleh menghulurkan sumbangan di saat anda BENAR-BENAR memerlukannya.
Jika seorang boleh sumbangkan RM 1, maka anda perlu jumpa dan cari 40,000 orang dalam masa seminggu untuk cukupkan RM 40,000. Okay, abang up sikit sorang sumbang RM 10, still anda perlu mencari 4,000 orang untuk derma RM 10 dalam masa seminggu.
Pesanan ikhlas abang, sementara masih ada nikmat sihat dan berkemampuan bekerja, daftarlah takaful sebagai kebajikan diri sendiri. Nak harapkan kat siapa lagi bila terkena batang hidung kita sendiri nanti. Setakat viral, ianya tidak akan menyelesaikan masalah kewangan yang kita hadapi.
RM 40,000 susah untuk dicari dalam masa seminggu, tapi syarikat takaful boleh bagi lebih daripada RM 40,000 dalam masa sehari untuk selesaikan bil dan kos rawatan hospital bila kita dah daftar takaful (kad hospital).
Hidup akan diuji.
Berikhtiarlah.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D