Wednesday, June 29, 2016

Pemohon Takaful Dengan Masalah Darah Tinggi (High Blood)

Sejak akhir-akhir ini beberapa rakan abg yang mohon takaful ditolak atau ditangguh permohonannya. 

Puncanya? 

Bacaan TEKANAN DARAH yang TINGGI

Sekadar nasihat umum . MOHON TAKAFUL SEKARANG sementara anda masih sihat. Walaupun anda rasa tak minat atau tak perlukan, pasangan dan anak anak anda akan perlukan pampasan takaful itu untuk meneruskan kehidupan mereka. 


Walaupun sekarang majikan cover anda dengan skim kelompok, akan tiba masanya anda tak lagi bersama majikan (diberhentikan atau bersara). 

Pada ketika itu anda akan kehilangan coverage dari majikan dan syarikat Takaful BELUM TENTU akan menerima anda kerana kesihatan atau bacaan BMI anda mungkin tak mengizinkan.

Nah abg share sikit kes-kes pemohon takaful yang ada masalah darah tinggi, tapi baru nak daftar masuk takaful.


Ada yang kena loading (bayar lebih daripada orang normal), ada yang kena pengecualian penyakit yang berkaitan darah tinggi dan worst come to worst permohonan terus ditolak (decline). Umur muda-muda pun banyak dah kes darah tinggi. Jadi, penyakit ni dah tak ada diskriminasi, tak kira umur, tak kira siapa pun.

Dapatkan nasihat pakar dari abg.
Demi kesejahteraan hidup anda sekeluarga

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D