Thursday, June 30, 2016

Kenapa Takaful Tak Cover Orang Yang Dah SEDIA ADA Penyakit?

Selalunya soalan ini akan ditanya oleh orang yang dah sedia ada penyakit tapi tak dapat nak daftar takaful lagi;

Kenapa Takaful Tak Cover Orang Yang Dah Sedia ADA Penyakit

Komen abg, syarikat takaful BUKAN badan kebajikan. Syarikat takaful selaku pengendali wang caruman peserta takaful, menguruskan duit peserta yang mencarum selama mereka sihat dan adalah sangat TIDAK ADIL bila orang yang dah sakit masuk TERUS HABISKAN duit tabung yang dikumpul oleh peserta yang masuk dalam keadaan sihat.

Perlu diingatkan, duit claim yang dibayar adalah datangnya daripada hasil tabung tabarru' yang disumbangkan oleh setiap peserta takaful. Jadi kalau orang yang dah sedia ada penyakit, kemudian baru ada kesedaran nak daftar, lepas daftar terus pulak nak masuk hospital, sekali claim RM 90,000, agak-agak apa jadi pada tabung tabarru' tadi ? Lingkup la duit peserta-peserta lain yang dah daftar awal-awal masa sihat untuk jamin masa depan mereka ketika sakit. Kan abg dah cakap di awal tadi, takaful bukan badan kebajikan untuk orang yang dah ada penyakit 'tukar' duit kecil menjadi duit besar dalam masa singkat !

Jadi, abg terus terang cakap, kalau dah sakit tak memang tak boleh nak daftar la terutama pelan berkaitan perubatan, elaun hospital. Hanya pelan-pelan tertentu sahaja yang boleh diambil oleh orang yang dah sakit, bergantung pada jenis dan tahap penyakit yang dihidapi. Itu pun abg tak jamin permohonan boleh lulus.


Di posting ini juga abg nak share satu perkongsian dari rakan MAA Takaful, Tuan Sobri Sunan (Add FB beliau di sini) berkenaan maklumbalas seorang abam yang tidak berpuas hati dengan takaful.

Sebenarnya, abam ni duk pertikai kenapa takaful tak terima orang dah sakit. Mungkin abam ni juga terlupa, bukan setakat syarikat takaful menolak permohonan pendaftaran orang sakit, hatta kalau abam ni pergi ke pejabat kebajikan, pejabat zakat sekali pun, abam ni tak akan dapat bantuan kewangan penuh sekalipun memerlukan kos puluhan ribu ringgit. Kenapa tidak abam tu pertikaian bahagian bantuan kewangan tersebut ?

Ha, apa pun kita baca sendiri perkongsian rakan abg di bawah ini;


Ada yg PANAS dengan post saya tentang Takaful dan Tawakkal semalam. Jadi ini lah sms yg saya terima (gambar).





-------------------------------
SOALAN PERTAMA
-------------------------------


Abam ni query kenapa syarikat Takaful tak nak cover orang yg dah ada sakit kritikal kalau dah yakin pada kuasa Allah.

Jawapan saya mudah..

Katakan ahli keluarga / best frend abam disahkan sakit jantung teruk yg tak dapat nak diubati lagi, dan dia nak pinjam RM20,000 untuk belanja sara hidup keluarga. Agaknya abam nak beri pinjam atau tak?

Kalau beri pinjam dan dia meninggal, siapa yg akan bayar hutang tu, betul?
Hutang tu tak kan tiba-tiba dibayar habis walau setinggi mana iman abam kan?

Jadinya..
Sama juga dengan syarikat Takaful.
Yg dah ada sakit kritikal ni berisiko sangat tinggi dan memang akan claim banyak berbanding orang sihat.
Jadi, produk Takaful biasa memang tak boleh apply. Ada produk special lain untuk apply..
Tiada isu keyakinan pada Allah atau tidak.
Disebabkan yakin lah perlu ada Takaful supaya kita lebih bersedia hadapi ujianNya.
Tak ada duit ni abam, iman pun boleh goyah tau.

---------------------------
SOALAN KEDUA
---------------------------

Abam ni cakap kalau syarikat Takaful tak boleh allow orang sakit kritikal untuk ambil polisi, jadi jangan persoalkan orang lain yg yakin dengan ketentuan Allah.

Jawapan saya....

Kami sebagai konsultan, tak pernah pun persoalkan keyakinan abam pada Qada' dan Qadar Tuhan. Bagus tu. Saya pun wajib percaya kerana ianya sebahagian dari Rukun Iman.

Yakin dan bersangka baik pada Allah itu wajib bagi kita orang Muslim. Tapi abam, andai perlu pilih, samada sakit berduit macam biasa atau sakit jatuh miskin susah, mana yg abam mahu??

Haa...tahu pula pilih nak berduit.

Abam, masuk syurga pun kena berusaha beribadah tau. Bukan dok goyang kaki + bersangka baik dan yakin ja terus dapat greenlight boleh masuk. Kalau tak buat ibadah, ke neraka lah kita.

Jadi,
Ibadah itu USAHA kita untuk ke syurga Allah.
Takaful juga USAHA kita untuk hadapi ujian Allah.
Saya tak nampak ada salah dan tipunya..

Wallahualam.. 

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D